Sunday, June 29, 2014

UMNO/BN : KALAU DEPA SEDAR AWAI, MAMPUIH KITA ...

Muhasabah untuk Pakatan

Muhasabah untuk Pakatan daripada Dr. Dzul
Oleh ABD SHUKUR HARUN

SANGAT menarik ucapan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kelana Jaya, Selangor Ahad lalu, yang saya kira membuka minda kita dalam banyak perkara.

Ucapannya itu bersifat muhasabah, memeriksa kekuatan dan kelemahan bukan saja PAS, tetapi juga semua komponan dalam Pakatan Rakyat. Dengan pandangan yang terus terang ini, pada pendapat saya Dr. Dzul telah menyerlahkan kejujuran dan keterbukaannya untuk menjadi renungan dalam usaha memperbaiki kedudukan PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya itu beliau berkata, seteru PAS dan Pakatan sangat tahu bahawa hanya isu Hudud mampu 'memporak-perandakan' Pakatan.

PAS jauh lebih superior dan unggul dalam penggarapan semua isu pertentangan agama seumpama ‘Isu Kalimah Allah’ dan ‘Penghayatan Tasaamuh Beragama’ dalam isu kitab Injil, serangan Rumah Ibadat dan lain-lain, sebab PAS tahu benar-benar tuntutan ‘Wasatiyyah, sementara Najib Tun Razak dan UBN hanya pandai mewiridkan kalimat itu macam semua Mufti, Perkasa, Jati dan ISMA yakni NGO yang pro-UBN.

Kata Dr. Dzul, mereka memang menampilkan Islam yang ganas dan agresif dengan penganut agama yang lain dan sangat berlawan dengan sifat Islam yang Rahmah dan Adil kepada semua.

“Maka PAS wajar tahu bahawa parti Islam ini tidak perlu membuktikan bahawa PASlah yang telah secara konsisten dan komited sejak berzaman memperjuangkan Islam. Mutakhir ini lebih mantap dan 'releven' dalam pengolahan polisi dan dasar-dasar sesuai dengan tuntutan Perlembagaan PAS dalam Fasal 5 (i) dan (ii) yang menekankan persoalan nilai dan hukum-hakam bagi membina sebuah masyarakat dan pemerintahan dalam negara ini untuk mendapatkan keredhaan Allah.

“Nilai-nilai itu adalah seluruh ahklak dan moral yang dianjurkan Islam dari segi penghayatan individu dan masyarakat. Hukum-hukum itu pula adalah yang menyangkut mengenai hal urusan Fiqh Ibadat, Munakahat (Nikah-Kahwin), Mu'amalat (Urusan Komersial-Perniagaan-Harta) dan Ahwal-Syakshiah (Undang-undang Keluarga). Terkini yang dibacarakan PAS adalah untuk melaksanakan satu lagi juzuk Syariat Allah yang telah PAS Undang-undangkan (Taqninkan atau Enakmenkan) menjadi Undang-Undang Jenayah Syar'iyyah II (Kelantan -1993),” katanya.

Bagi beliau, PAS sangat memahami bahawa dalam berusaha untuk melaksanakan tuntutan agama ini yang menjadi sebahagian dari tuntutan Syariat Allah, PAS berdepan dengan masalah bukan saja dengan seteru dan lawannya Umno-BN, tetapi juga dengan kawan-kawannya dalam Pakatan Rakyat.

Dakwaan bahawa Hudud tidak 'constitutional', kata Dr. Dzul, sudah cukup menyiksakan umat Islam, tidak termasuk pula segala kelemahan negara umat Islam yang melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam ini.

Katanya, betul kalau dilihat dari segi aspek korupsi atau ketirisan dan integriti, namun dari segi statistik, keberkesanan dari segi pencegahan jenayah seperti curi dan rompakan contohnya wajar membawa wacana dan diskusi untuk memaparkan keberkesanan atau efikasi undang-undang Jenayah Islam.

Dr. Dzul menyebutkan, bagi perbandingkan rompakan contohnya yakni sumber statistik adalah dari Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation). Bagi setiap 100,000 penduduk, perhatikan kekerapan rompakan berlaku di negara yang dianggap 'failed states' seperti Pakistan atau Arab Saudi berbanding negara maju.

Di Arab Saudi 2.9 kes setiap 100,000, Pakistan 1.0 kes pada setiap 100,000. Bandingkan USA 146.4 kes setiap 100,000, Sweden 94.2kes setiap 100,000 dan Denmark 48.8 setiap 100,000.

Namun PAS, kata beliau, perlu tahu banyak lagi aspek-aspek yang perlu diyakinkan kepada semua pihak termasuk aspek 'prosedural laws' atau 'undang-undang tata cara' serta betapa perlaksanaaan jenayah membantu memurnikan dan membersihkan rakyat dan tidak memangsakan golongan miskin dan melepaskan yang kaya dan penguasa.

“Meskipun isu ini menjadi cabaran paling besar buat PAS dalam mempastikan keutuhan dan survival Pakatan sebagai wadah koalisi atau Muafakat Politik, saya masih optimis bahawa kebijkasanaan pimpinan tertinggi parti akan mampu mengatasi dan mengemudi laluan getir ini. Semua pihak perlu sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah satu-satunya wadah yang berupaya menumbangkan dan menamatkan kezaliman dan kegelojohan pentadbiran buruk UBN.

“Pada waktu yang sama seandainya PAS berjaya mengurus isu ini dengan baik dan bijak, maka PAS akan keluar daripada kemelut ini dengan satu pengalaman atau Tajribah Perjuangan ‘Political Islam’ yang sangat unik dan segar serta pastinya ia berkait rapat dengan tokoh kepemimpinan tertinggi PAS, kedua-dua Mursiyidul Amnya dan Presidennya yang menguasai realiti masyarakat majmuk dan politik pluralisme di negara ini yang sarat dengan tuntutan yang kerapnya bertentangan atau mutually exclusive,” kata Dr Dzul.

Cabaran ini, menurutnya, pastinya tidak mudah iaitu PAS dan Pakatan mesti berani menggarap isu ini dengan penyelesaian yang lebih berjangka panjang dan bukan dengan cara 'melepaskankan' tengkuk masing-masing atau menjaga 'tapak sokongan masing-masing'. Walau apa punyelesaiannya, kata beliau, Pakatan dan PAS mesti mendepaninya secara bersama.

Beliau menyatakan rasa sukar untuknya mmemperincikan hal ini di sini, meskipun sangat diharapkan bahawa Pakatan akan mampu mengatasinya dan terus membuat penerangan yang lebih bersepadu dan konsisten.

“Kalau PAS dan Pakatan benar-benar punya kewibawaan kepemimpinan dan polisi yang lebih konsisiten dan berkesan, serta berani membuat penerangan ke seluruh negara bersama-sama dan bergandingan, maka layaklah pusingan akan datang adalah giliran Pakatan Rakyat untuk mentadbir pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Sebaliknya kalau dua kali kali lima saja dengan UBN dari segi hendak menjaga kerusi dan kepentingan kepartian sempit masing-masing, kata Dr. Dzul, maka sekali lagi penentu kemenangan akan bergantung kepada ‘Politik BRIM dan Politik Kuasa Melayu’ kerana kononya PAS dan Melayu PKR tidak mampu mempertahankan kepentingan orang Melayu kerana Hudud pun PAS tidak boleh perjuangkan.

Akhirnya beliau mengingatkan bahawa, adalah kesilapan berterusan PAS, DAP dan PKR andainya doktrin ini terus dibiarkan kukuh, iaitu biar Umno terus memerintah walaupun mereka rasuah, membazir dan membolot kekayaan negara, sebab yang pentingnya, konon, kuasa politik masih di tangan orang Melayu. -

PERKASA/UMNO : BAB NEH KAMI TAKI SUKA DENGAR ...

Pakatan-Rakyat-Leaders-Parlimen

Roketkini.com


KUALA LUMPUR, 28 JUN: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyeru semua parti dalam Pakatan Rakyat agar sentiasa mengutamakan dasar bersama Pakatan Rakyat, jika benar-benar ingin mendapatkan sokongan rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang.

"Rakyat Malaysia ingin terus menyokong Pakatan dan ingin melihat kita menggantikan BN sebagai kerajaan. Namun ia bersyarat – Pakatan perlu menunaikan kepercayaan rakyat untuk mengutamakan dasar bersama (seperti yang dijanjikan).

"Ini akan menjadi ujian besar untuk pimpinan Pakatan dalam DAP, PAS dan PKR, sama ada mereka berjaya mengatasi krisis serta menunaikan janji (untuk memperjuangkan dasar yang dipersetujui bersama) itu kepada rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau membangkitkan kejayaan Pakatan mendapat 52 peratus undi popular pada Pilihanraya Umum yang lalu – pertama kali dalam sejarah – berkat kerjasama utuh, terutama dalam memperjuangkan isu yang dipersetujui bersama.

Awal tahun ini, isu pelaksanaan hudud sekali lagi menimbulkan pergeseran dalam Pakatan, terutama antara PAS dan DAP.

Walaupun isu itu kini tidak lagi panas berbanding beberapa bulan sebelumnya, tiada siapa yang dapat menolak ia sekali lagi diperalatkan Umno BN untuk memecahbelahkan Pakatan, terutama menuju PRU ke-14 beberapa tahun dari sekarang.

Mengulas lanjut, beliau membangkitkan kebimbangan yang semakin bertambah di kalangan rakyat, sama ada Pakatan akan mengikuti jejak yang dilalui Barisan Alternatif (BA) yang hanya mampu bertahan untuk satu PRU sahaja.

"Adakah Pakatan akan sama seperti BA yang hanya berjaya bertanding dalam PRU 1999? Atau kita akan kekal bersama sebagai satu pakatan untuk bertanding dalam PRU ke-14, seterusnya menggantikan tempat BN di Putrajaya?," soalnya.

Beliau berkata, Pakatan berjaya mengatasi krisis yang melanda pada akhir 2011, dengan menyelesaikan perbezaan antara parti dan membuat penegasan untuk terus memperjuangkan dasar bersama Pakatan dalam kenyataan bersama pada 28 September 2011.

Maka, katanya lagi, tiada jalan lain selain meneruskan komitmen itu untuk masa akan datang, terutama bagi menghadapi PRU ke-14.-Roketkini.com

PM KITA : AKU NAK DIA JADI APA KALAU TAK TOLONG PERABEH BERAS? AKU TAKUT, DIA GENG 3 LINE...

shahbudindotcom


Baru semalam Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin menyindir mengenai kabinet Najib Razak yang disifatkannya bersaiz XXL yang membuatkan rakyat berhak berharapan besar juga tetapi dibimbangi hanya menghabiskan beras saja.

Dalam penutup tulisan di blognya, beliau menulis, "Oleh kerana Perdana Menteri suka besar, maka kita berhak berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita adalah kabinet XXL Mohd Najib ini akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

"Rugilah kita kalau kabinet XXl itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja."

Malangnya hari ini, seorang menteri kanan dalam pentadbiran Najib sudah pun menunjukkan kedudukannya sekadar menghabiskan beras saja. Seluruh rakyat, pengundi Bagan Datoh, ahli UMNO, pengundi bukan ahli UMNO, pengundi tidak berparti, malah budak-budak sekolah patut malu dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi berhubung insiden kepala lembu yang didapati dilemparkan di hadapan rumah ADUN DAP RSN Rayer.

Jauh dari menunjukkan sikap yang sewajarnya sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, Zahid sebaliknya menyifatkan kejadian itu adalah harga yang perlu dibayar kerana kecelurapan RSN Rayer sendiri sebelum ini.

RSN Rayer sebelum ini mengundang kemarahan ramai pemimpin dan ahli UMNO berhubung ungkapan "UMNO Celaka" yang dilakukan dalam sidang DUN Pulau Pinang, baru-baru ini.

Meskipun ungkapan Rayer itu tidak seharusnya disokong atau dialu-alukan, tetapi membalasnya dengan melemparkan kepala lembu yang dianggap suci kepada penganut agama Hindu, memanglah agak keterlaluan. Ungkapan kesat dan meyakitkan hati, kalau pun mahu dilawan, seharusnya dibalas dengan ungkapan yang bermaksud serupa juga. Itulah politik.

UMNO dan para peminpinnya juga pernah melemparkan tuduhan dan kata-kata tidak wajar kepada pembangkang seperti DAP komunis, PAS parti syaitan, Pas parti sesat dan sebagainya. Pemimpin pembangkang pula kemudian membalasnya dengan perkataan lain yang juga pedih maksudnya dalam ceramah-ceramah.

Meskipun tidak diketahui siapa yang melakukan lemparan kepala lembu itu, tetapi lebih tidak wajar dan keterlaluan ialah sikap yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi, sebagai pemimpin kanan dalam dalam UMNO dan kerajaan ketika memberi reaksi. Menyifatkan kejadian kejadian meletakkan kepala lembu itu sebagai harga yang perlu dibayar atas keceluparan Rayer, tidak menunjukkan jiwa besarnya sebagai pemimpin dalam kerajaan. Malah ia seperti menyokong dan menyetujui perbuatan melemparkan kepala lembu itu.

Zahid seharusnya sedar beliau adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, bukannya ketua cawangan, macai UMNO atau ahli JKKK tetapi komennya menunjukkan beliau tidak lebih dari itu standardnya.

Memandangkan kepala lembu berkaitan dengan kepercayaan agama lain, sikap "menghabiskan beras" yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi tidak mustahil mengundang serangan balas daripada penganut agama Hindu kepada orang Islam pula. Jika ia berlaku atau berterusan berlaku, tentulah mengundang ketidakharmonian dalam negara yang berbilang kaum dan agama ini.

Nampaknya belum pun lama kebimbangan ramai bahawa saiz kabinet yang besar yang dilakukan oleh Najib ini bukan saja tidak wajar, sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja, ia mula terserlah satu demi satu.

Setelah sekian banyak penonjolan watak menteri yang menghabiskan beras yang sudah pun diketahui dan dibualkan umum sebelum ini, Zahid Hamidi kini merupakan menteri dan pemimpin kanan UMNO yang terbaru menunjukkan perwatakan seperti itu.

MACAI UMNO : INI NAMA DIA "KABINET PERABEH DUIT RAKYAT"

lge parlimen

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Bagi Malaysia, sebuah negara dengan populasi penduduk 28 juta, kabinet dianggotai 35 menteri penuh dan 27 timbalan menteri 'begitu membusung' kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, keadaan ini tidak munasabah dibandingkan dengan tiga negara yang mempunyai populasi lebih besar tetapi hanya mempunyai 23 menteri kabinet, seperti United Kingdom dengan 63 juta rakyat, Amerika Syarikat 313 juta rakyat, malahan India yang mempunyai 1.1 bilion penduduk.

"Atas dasar dan logik apa Malaysia yang mempunyai bilangan penduduk sedikit berbanding UK, USA dan India, tetapi mempunyai 50% lebih anggota kabinet? kata Guan eng dalam kenyataannya hari ini.

Tambahnya, lebih malang lagi apabila pelantikan mereka tidak disertai sebarang inisiatif dasar baru seperti melawan rasuah, mengisytiharkan harta para menteri secara terbuka atau menamatkan tender runding terus dan memberi laluan kepada sistem tender terbuka.

Selain itu, antara dasar yang gagal diupayakan termasuk penginstitusian dana tahunan untuk sekolah Cina dan Tamil, selain menumpukan sumber kepolisan untuk membanteras jenayah, agar rakyat bukan sahaja selamat, tetapi yakin mereka selamat.

Kata Guan Eng, pelantikan seorang menteri Kabinet dari Gerakan, dua Menteri Kabinet MCA dan tiga Timbalan Menteri MCA hanya 'kejayaan peribadi', sebaliknya menewaskan kepentingan umum serta prinsip terhadap jawatan politik selain kekuasaan Umno ke atas BN.

Tambahan, lantikan ke jawatan kosong tanpa portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuktikan pengaruh wakil MCA dan Gerakan terhadap dasar BN lebih kecil berbanding Perkasa.

Walaupun MCA mempunyai tujuh kerusi parlimen berbanding empat dimiliki MIC, parti itu memegang portfolio berpengaruh seperti Sumber Asli & Alam Sekitar dijawat oleh Datuk G. Palanivel, sementara Kementerian Kesihatan dipegang Datuk S Subramaniam.

"Orang ramai berharap supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekurang-kurangnya menggantikan beberapa menteri kabinet Umno untuk mengembalikan portfolio tradisional kepada MCA. Bagaimanapun, ini tidak berlaku," kata Guan Eng.

Tambahnya, MCA tidak boleh mendakwa mereka diberi jumlah jawatan kabinet yang sedikit kerana mereka menang jumlah kerusi yang sedikit pada pilihanraya umum 2013.

"Walaupun MCA menyelamatkan Umno-BN daripada kekalahan pada pilihanraya umum 1999, bilangan jawatan menteri mereka tidak bertambah, malah kekal sebanyak empat jawatan.

"Jelas sekali MCA dilayan tidak lebih daripada pengemis politik dan memperolehi apa sahaja yang tersisa. Tidak dianugerah (jawatan) apabila menang besar, tidak pula dihormati apabila tewas," kata Guan Eng.

Tambahnya, kemasukan semula MCA dan Gerakan ke dalam kabinet tidak akan membuat sebarang perubahan, sebaliknya hanya sandiwara politik yang bingit, 'membantah di luar, tetapi menikus diam di dalam'.

"Jelas sekali dua MCA dan Gerakan tidak mengambil pelajaran daripada kekalahan mereka dalam pilihan raya 2013. Nampaknya tetap kembali kepada cara lama, tunduk patuh kepada kekuasaan Umno," tegas Guan Eng – Roketkini.com

BLOGGER UMNO : KAMI BERTUNJANGKAN ARTIS ...

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Ulama PAS menafikan sayap utama parti Islam itu tidak agresif sehingga memperlihatkan ia 'tenggelam' berbanding dengan sayap-sayap lain.
 
Sebaliknya Ketua Penerangan Dewan Ulama Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan sayap itu tetap memainkan peranan utama dengan mempunyai anggota di setiap dewan.
 
"Ya, tetap...sebab PAS ini ada dua perkara iaitu politik dan juga dakwah. Dakwah tunjangnya ialah ulama, politik oleh kerana ini adalah politik Islam tunjangnya ialah ulama.
 
"Sama ada mengawal, duduk di belakang atau di hadapan yang penting tetap memberi peranan besar dalam parti supaya mengawal agenda parti dan juga dasar-dasar parti," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos baru-baru ini.
 
Justeru jelas beliau tidak timbul bahawa Dewan Ulama PAS tidak bergerak seiring dengan sayap lain iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
 
"Dewan Ulama mempunyai ruang yang sangat besar sebenarnya sebab ulama berada di semua posisi, dalam Dewan Pemuda ada ahli ulama, dalam Dewan Muslimat pun ada kalangan alimat dan dalam AJK Pusat ada ulama.
 
"Bererti ulama kedudukanya lebih global, berada di mana-mana...ertinya suara mereka sampai samaada menerusi medium Dewan Ulama sendiri atau menerusi mesyuarat PAS Pusat kerana kita ada wakil di sana yang hadir yang menjadi AJK PAS Pusat.
 
"Contohnya kita ada Tantawi (Nasrudin Hassan)sebagai AJK PAS Pusat dan AJK Ulama Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga AJK PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh selaku AJK PAS Pusat dan kita juga ada suara di peringkat dewan yang mana mereka sebahagiannya ustaz-ustaz yang bernaung di peringkat negeri masing-masing," katanya.
 
Ulama PAS selesa bergerak di belakang tabir
 
Selain mengisi peranan dalam parti ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus ini, golongan ulama dalam PAS turut berperanan penting dalam program berbentuk keagamaan.
 
"Jadi ertinya suara ulama disampaikan dengan pelbagai wajah, itu suara di samping kita terlibat dengan program tarbiyah.
 
"Kalau ceramah agama dan kuliah tentulah kita, tasbih haraki tentulah kita...siapa lagi yang boleh mengisi, usrah siapa yang naqib tentulah kita.
 
"Jadi medium sebenarnya tersangat besar cuma sejauh mana dilihat ke depan itu persepsi, persepsi kerana melihat dewan hanya dewan sedangkan ahli dewan berada di mana-mana," katanya.
 
Tambah Mohd Khairuddin, mungkin Dewan Ulama PAS nampak tidak berada di hadapan kerana sayap itu lebih selesa bergerak di sebalik tabir dengan menggerakkan gerak kerja parti.
 
"Cuma kenyataan rasmi menerusi sayalah sebagai ketua penerangan, kalau dihihglight pandangan kita orang akan tahu...kalau tak highligh orang tak tahulah," katanya.
 
Menurut beliau, Dewan Ulama PAS bertanggungjawab untuk menjaga dasar serta memberi nasihat kepada kepimpinan parti sekiranya perlu.
 
"Pertama sekali Dewan Ulama ini dewan yang kanan, tugasnya untuk menjaga parti, dasar parti serta memberi nasihat kepada kepimpinan parti.
 
"Sebab itulah kita yang paling concern ialah memberi pandangan kepada masyarakat sama ada kepada ahli parti atau pun umat Islam," katanya.
 
Kata Mohd Khariddin lagi, sayap itu sentiasa bersuara dalam pelbagai isu terutamanya berkaitan dengan agama Islam. 
 
"Kita menerusi saya punya lajnah iaitu lajnah penerangan selalu bawa pelbagai isu dalam masyarakat dan isu itu selalunya kita paparkan di page Dewan Ulama PAS.
 
"Jadi kalau nak tahu apa isunya boleh lihat isu-isu umat yang kita bawa dalam Dewan Ulama PAS Pusat," katanya.

UMNO : MCA NAK TUNJUK KATA DIA BUAT KEJA ...

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan biadab Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen yang mengaitkan PAS dengan pengkhianat.

Chai meminta pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS)  memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh jihad yang dilaungkan bekas pemimpin Dewan Ulamak PASyang telah dipecat, Ustaz Lotfi Ariffin telah menyerap kepada ahli PAS.

"Kenyataan biadab dari seorang pemimpin MCA, apa alasan untuk beliau menyuruh polis siasat seluruh ahli-ahli PAS, adakah kami semua pengganas.

"Kalau macam itu, penglibatan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam pengganas Sulu, maka keseluruhan anggota polis dan TLDM juga ingin disiasat," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kesal dengan kenyataan MCA itu dan mengganggap ia sebagai tidak berasas serta mencari publisiti murahan.

"Kalau ini kenyataan dari pimpinan MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meneliti semula pelantikan mereka di dalam kabinet.

"Bila diberikan jawatan, MCA tidak mengenang budi bercakap hanya untuk mencari publisiti tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Najib serta Umno perlu menelitinya kembali," sambung beliau lagi.

Friday, June 27, 2014

TPM KITA : INI KISAH SADIS DAN PILU .....

Kisah sedih Muhyiddin....

Oleh YUSOF HARUN


BERITA mengenai Muhyiddin Yassin hendak meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh dikategorikan satu lagi cerita panas. Cerita-cerita begini popular dan mudah dipercayai umum. Contoh terdekat ialah kehilangan pesawat MH370 yang kini masih misteri. Ada yang percaya pesawat itu disorok.

Bagaimanapun penafian Muhyiddin berjaya menamatkan spekulasi itu tetapi kesannya terus dirasai. Dengan disusuli penjelasan Perdana Menteri Najib Razak, keyakinan ahli Umno terhadap hubungan kedua-dua tokoh ini baik belaka dapat dipulihkan.

Berita peletakan jawatan TPM bukan saja menjejaskan kerajaan, malah menimbulkan persepsi iaitu Najib dan Muhyiddin tidak boleh lagi bekerjasama.

Bagi Najib, hubungan mereka berada dalam keadaan baik dan mengatakan berita tersebut adalah 'rekaan politik'. Kita kurang pasti motifnya tapi tidak menolak elemen melaga-laga atau dendam.

Bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan mereka yang terpengaruh. Cerita begini sedap didengar macam tiga bomoh yang mahu menjejaki MH370.

Sejarah khabar angin di negara ini bukan suatu yang baharu. Perbalahan antara Dr Mahathir Mohamad dan Musa Hitam juga bermula dengan khabar angin sebelum Musa secara drastik meletakkan jawatan TPM. Begitu juga Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir dikatakan mula retak ekoran rancangan puak Anwar hendak menjatuhkan PM.

Akhirnya berita itu benar. Ia menyaksikan kemelut berpanjangan antara kedua-dua tokoh ini. Dan sejak itu seperti disebut tadi khabar angin tidak lagi dianggap betul. Ia sudah jadi seperti bunyi guruh di langit sebelum hari hujan.

Secara amnya hubungan Muhyiddin dengan Najib sejak jadi TPM pada 2009 baik-baik belaka. Ia samalah macam gandingan Dr Mahathir-Musa pada peringkat awal. Malah kerjasama Najib dan timbalannya adalah resipi yang membuahkan kemenangan BN tempoh hari.

Ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada 2009, Muhyiddin memperoleh sokongan padu daripada akar umbi serta rakyat kebanyakan. Beliau menang bergaya walau tanpa disokong Najib secara rasmi.

Kebanyakan orang Johor mahu melihat tokoh berasal dari Muar ini meneruskan tradisi tokoh-tokoh sebelum itu. Dalam erti kata lain, jika sesuatu berlaku pada Najib maka beliau bakal menggalas tugas penting parti dan negara.

Justeru tiada siapa percaya satu lagi tokoh Johor bakal bergelar timbalan Najib ekoran peletakan jawatan Muhyiddin. Cerita hubungan dingin dua tokoh ini juga dianggap karut.

Kalaulah Muhyiddin ada impian nak jadi PM, itu perkara biasa. Musa Hitam dan Ku Li pernah menaruh minat ini tapi takdir tidak memihak mereka. Dalam konteks sama, Presiden Pas pun sama. Puaknya berpendapat melalui jawatan PM, perjuangan melaksanakan hudud dan pemerintahan lslam lebih mudah.

Kadangkala yang lebih-lebih bukan bos tapi penyokong. Perbuatan mereka menimbulkan ketegangan dalam parti sama ada menguntungkan bos atau sebaliknya dapat dilihat dalam putaran sejarah.

Pada era Tunku Abdul Rahman lagi, konon timbalannya Tun Razak, tidak sabar-sabar hendak ambil alih jawatan. Tetapi terbukti hubungan mereka kekal sehingga apabila Tunku bersara beliau menyerah jawatan pada Razak. Tun Hussein Onn melalui apa yang dialami Tunku. Haji Sulaimen Palestin yang menentangnya bagi jawatan Presiden Umno dilihat proxy Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga tidak terkecuali dilanda pelbagai political experiment. Beliau mempunyai empat timbalan sebelum yang terakhir, Pak Lah confirm jadi penggantinya. Pak Lah bernasib baik menjadi pengganti Dr Mahathir tetapi eranya sebagai perdana menteri diwarnai kritikan bekas bosnya. Ini gara-gara dasarnya mengkaji pelbagai dasar Dr Mahathir, termasuk menghentikan pelbagai projek yang diluluskan pada zaman sebelum itu.

Nasib dilalui Muhyiddin sudah dilalui beberapa TPM sebelum ini. Kini gilirannya mendepani persepsi negatif yang ditanam dengan tujuan yang kita sama-sama faham.

Bagi mereka yang membuat pelbagai andaian mereka terlupa faktor hubungan Najib dan Muhyiddin sepanjang enam tahun adalah baik-baik belaka. Tidak ada tanda-tanda Muhyiddin menyimpan hasrat melawat bosnya semata-mata bagi memenuhi impian menjadi perdana menteri.

Untuk menjadi perdana menteri secara logiknya, Muhyiddin perlu menjadi Presiden Umno. Tak susah rebut saja jawatan nombor satu itu. Dengan imej Najib tercalar ekoran prestasi BN pada PRU 5 Mei lalu memberinya peluang keemasan.

Bukannya mengambil opsyen pertama, sebaliknya Muhyiddin memilih memberi laluan mudah pada Najib mengekalkan jawatan Presiden Umno. Melalui sokongan Najib pula memudahkan Muhyiddin mempertahankan jawatan disandang sejak 2009.

Pelbagai drama dipentaskan secara sedar atau di sebalik tabir menjadi perhatian. Sementara semua ini berlaku, harapan rakyat ialah apa yang menimpa Muhyiddin tempoh hari bukan satu lagi sandiwara atau sesuatu yang sedih menunggu di hujung terowong.

KABINET BN : KERJA TAK DAK, HANYA MAKAN GAJI BUTA ...


BN cipta jawatan baru kabinet, ‘Menteri Tanpa Tugas’

KUALA LUMPUR, : Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyifatkan rombakan kabinet semalam hanya menambah bilangan ‘Menteri Tanpa Tugas’, terutama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang kini memiliki sepuluh Menteri.
Malaysia kini memiliki Menteri di JPM paling banyak dalam sejarah, bertambah dari lapan kepada sepuluh dengan pelantikan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
“Wee dan Mah akan mendapat pejabat, kereta, pegawai dan kelebihan lain namun mereka tidak ada portfolio untuk dijaga.
“Mungkin kerajaan boleh pelopori jawatan kabinet baru iaitu Menteri Tanpa Tugas,” kata Kit Siang sinis.
Tambahnya, pelantikan Wee dan Mah ke dalam ‘gerombolan’ Menteri di JPM hanya menambah kekeliruan berhubung tugas dan fungsi masing-masing.
Malah sehingga kini, selepas Pilihanraya Umum ke-13, masih banyak kekeliruan berhubung tugas sebenar lapan menteri sedia ada di JPM.
“Najib sendiri masih tidak tahu apa tugas yang akan diberikan kepada mereka,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam menyaksikan kembalinya MCA dan Gerakan ke dalam Kabinet selepas menolak menyertainya ekoran kekalahan teruk dua parti itu dalam PRU lalu.
Turut dilantik antaranya ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan) serta dua Naib Presiden MCA Datuk CHew Mei Fun (Timbalan Menteri Wanita) dan Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan).
Kerajaan kini memiliki sebanyak 35 menteri dan 27 timbalan menteri, jauh lebih banyak berbanding negara yang jauh lebih besar seperti Australia (19 menteri) dan India (24 menteri).
“Jika Najib serius dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), beliau perlu melaksanakan dasar ‘kerajaan minimum, tadbir urus maksimum’ dengan mengecilkan saiz kabinet kepada 20 menteri sahaja.
“Mengapa Malaysia perlu terus menjadi salah satu negara yang memiliki Kabinet terbesar di dunia?” soalnya lagi.

PM UMNO : TAK DAPAT TAMBAH AHLI UMNO, DAPAT TAMBAH AHLI KABINET PUN OK JUGAK ...


Kegagalan rombak kabinet serlah kelemahan Najib

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Kegagalan melakukan rombakan dalam barisan kabinet menyerlahkan kelemahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Kata Chin Tong, Najib sebaliknya hanya memperbesarkan saiz kabinet dan gagal menggugurkan individu tidak berprestasi selain tidak membentangkan senarai calon baru Menteri daripada parti Umno.
“Sebelum pilihanraya umum (PRU) ke-13, kabinet Najib mempunyai 29 menteri, 32 selepas PRU-13 dan sekarang 35 orang.
“Sebelum PRU-13, Jabatan Perdana Menteri mempunyai lima menteri, selepas PRU-13 lapan, dan kini sepuluh,” kata Chin Tong dalam kenyataannya.
Semalam, Najib mengumumkan penyertaan kembali pemimpin MCA dan Gerakan sebagai menteri penuh ke dalam kabinet yang terdiri dari Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan), Datuk Wee Ka Siong (Menteri di JPM) dan Datuk Mah Siew Keong (Menteri di JPM)
Tiga nama lain ialah Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri), Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga & Masyarakat)
Kata Chin Tong, perubahan saiz kabinet sebanyak tiga kali oleh Najib langsung tidak bermakna dalam agenda perubahan, sebaliknya menyerlahkan lagi kelemahannya.
Terdahulu semenjak akhir 2013, spekulasi rombakan Kabinet disebut selepas semua komponen BN menyelesaikan pemilihan parti masing-masing.

Rakyat menjangkakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri konservatif, digugurkan bagi membolehkan negara bergerak ke hadapan dan bersifat lebih moderat.
Namun perubahan tidak terjadi, sebaliknya Najib pula yang gagal sehingga hari ini melantik Menteri Kewangan sepenuh masa bagi menangani cabaran ekonomi negara yang memuncak.
Dalam masa sama Menteri Luar Anifah Aman dikekalkan biar pun prestasinya merudum sejak insiden kehilangan pesawat MAS MH370.
Manakala Jamil Khir (Menteri di JPM), Tengku Adnan (Menteri Wilayah & Kesejahteraan Bandar) dan Hassan Malik (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan) kekal meskipun tidak cekap dan dikaitkan dengan pelbagai skandal.
“Najib gagal menggerakkan Umno walau seinci pun.
“Semua ini menunjukkan betapa Najib tidak dapat mengekang partinya sendiri dan menyebabkan negara terus terperangkap,” ujar Chin Tong.

Thursday, June 26, 2014

BRIM : BUDGET UNTUK TENGOK PANDA ...

Tunggu BRIM kalau nak tengok Panda..


KUALA LUMPUR, - RM50 dikenakan untuk melihat panda gergasi apabila Pusat Pemuliharaan Giant Panda (GPCC) dibuka kepada orang ramai esok.

 Bayaran bagi pengunjung berumur 12 tahun ke atas, termasuk tiket masuk Zoo Negara RM30 dan RM20 tambahan untuk memasuki pusat panda.

 Kanak-kanak di bawah 12, bagaimanapun, boleh mendapat kemasukan percuma mulai esok hingga 27 Julai.

 Warga asing akan dikenakan RM50 (dewasa), RM25 (kanak-kanak berusia tiga hingga 12) dan RM40 (warga emas berusia 65 tahun ke atas) di samping bayaran masuk ke Zoo Negara.

 Tidak ada caj tambahan untuk orang kurang upaya.

 Naib Presiden Kebun binatang ini, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata selepas 27 Julai, yuran bagi rakyat Malaysia akan menjadi RM10 untuk kanak-kanak berumur tiga hingga 12 dan RM15 untuk warga emas yang berumur 65 tahun ke atas.

 "Mungkin ramai yang mengatakan yuran agak terlalu mahal tetapi ia adalah sesuai dengan tahap pengurusan yang kita berikan kepada panda," katanya kepada pemberita semalam di GPCC.

PM UMNO : DIA TUH MEMANG TAK LAYAK, SEBAB TU AKU MAU ...

Takziah buat Noh Omar dari Khalid Samad...


Khalid Samad mengucapkan ‘takziah’ kepada Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang gagal menempatkan diri dalam rombakan kabinet semalam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata beliau bersimpati dengan Noh yang begitu lantang membela Umno-BN dalam Dewan Rakyat tetapi tidak dilantik menjadi menteri semula.

Katanya, usaha Noh itu kelihatan sia-sia apabila tidak dihargai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walaupun dia begitu lantang dalam Parlimen tetapi nampak gaya matlamat diimpikan untuk menzahirkan kehebatan dalam Parlimen tidak tercapai.

“Dia dengan jelas tidak dilantik menjadi menteri dalam rombakan baru-baru ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pembesaran kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Pada masa sama, Khalid turut menasihati Najib untuk menonjolkan hero lain jika benar-benar serius mahu mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang. 

“Kalau dia serius, cubalah cari orang lain selain Noh Omar.

“Noh Omar juga seolah-olah perkenalkan begitu (calon Menteri Besar) kerana kerap bercakap pasal Selangor.

“Jika begitu, boleh dikatakan tiada harapan, cari hero lain,” katanya lagi.

PUTERI UMNO : PASAI APA TAK MAU KAWAN DENGAN KAMI ???

Rara.. Si gadis manis aka ikon Puteri BERSIH menyertai DAP

 

PERKASA/UMNO : JAHANAM PUNYA DAP !!! BIADAP !!!

Negeri DAP keluar arahan hotel & restoran perlu ada surau

Hotel, restoran perlu ada surau
Abdul Malik menunjukkan senarai surau yang berdaftar dengan JHEAIPP selepas sidang media, semalam.
Abdul Malik menunjukkan senarai surau yang berdaftar
dengan JHEAIPP selepas sidang media, semalam.
GEORGETOWN - Kerajaan negeri menyarankan semua hotel dan restoran yang menyediakan pakej berbuka puasa sempena Ramadan supaya menyediakan surau untuk pelanggannya.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, penyediaan surau itu perlu kondusif untuk pengunjung menunaikan solat selepas berbuka puasa di premis berkenaan.

"Jarak solat Maghrib dengan Isyak kira-kira sejam 15 minit. Kita sarankan pengusaha hotel dan restoran yang menawarkan pakej berbuka puasa supaya menyediakan ruang solat atau surau yang kondusif supaya pelanggan boleh bersolat.

"Kita akan buat pemantauan tentang perkara ini bagi membolehkan pelanggan selesa untuk berbuka puasa di hotel mahupun restoran. Selain itu, pengusaha hotel dan restoran perlu memiliki sijil halal sebelum menawarkan pakej berbuka puasa," katanya kepada media semalam.

Dalam perkembangan lain, Abdul Malik berkata, kerajaan negeri dalam usahanya untuk memastikan surau di negeri ini diselenggarakan dan ditadbir dengan baik dan berkesan.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 596 surau di negeri ini iaitu 456 daripadanya berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang kebanyakan terdapat di kampung dan kawasan perumahan.

"Selain itu, 131 surau lagi hanya berdaftar dengan masjid kariah. Saya pasti, JHEAIPP sedang mengemas kini maklumat. Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk surau awam yang terdapat di pusat membeli belah, hotel, restoran, stesen minyak dan sebagainya," katanya.

Y.B UMNO : APA STANDARD NAEK BESKAL ....


Kenapa pula bekas Mufti Perlis suka lihat gambar ini

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: “Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan,” tulis bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebooknya, kelmarin.




Bagi beliau, secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.


“Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat,” tulisnya lagi.


Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob akan berbasikal ke masjid berhampiran kediamannya setiap kali masuk waktu solat.

“Beginilah rutin YAB Menteri Besar Kelantan apabila berada di kediamannya,” tulis admin facebook Ustaz Ahmad yang turut memuatkan gambar berkenaan.

BESARNYA KABINET DIA? BERAPA NAK BAYAR TUH ???

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia iaitu 71 orang anggota.

"Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30," tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.

Menurutnya, kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Berikut tulisan penuh beliau.

BANYAK orang kita suka catat rekod. Tapi kebanyakan rekod yang orang kita cacat adalah dalam kategori lawak atau standard Malaysia saja.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang tidak gemar kepada rekod lawak, saya bersyukur kerana kita (mungkin) belum berjaya mencatatkan rekod kabinet terbesar di dunia. Itu pun belum tentu. Minta pencerahan para pembaca.

Dan oleh sebab pasukan bola kita masih dalam kategori jaguh kampung maka tidak adalah rekod pemain kita melakukan perbuatan yang mencatat rekod seperti yang dilakukan oleh penjaring gol Uruguay, Luis "the biter" Suarez.

Sebagai penyokong Uruguay, saya menyokong penuh keputusan Fédération Internationale de Futbol Association (FIFA) menggantung beliau sebanyak sembilan perlawanan Piala Dunia dan mengharamkannya selama empat bulan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini. Suarez ni dia ada rekod suka tokak!

Sumbangan biar besar juga

Berbalik kepada penambahan bilangan anggota kabinet Mohd Najib Abdul Razak kepada 35 orang pada 25 Jun, ia mungkin berupa rekod nasional. Minta sesiapa sahkan!

Saya tidak ingat kalau ada Perdana Menteri sebelum beliau yang mempunyai kabinet sebesar itu. Nampaknya Perdana Menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.

Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung.

Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia - 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.

Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30. Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Mohd Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Mengikut laporan 2011 itu lagi, purata bilangan ahli kabinet negara di dunia adalah 30. Jadi dengan 35 orang, kita telah "berjaya" mengatasi purata dunia.

Oleh sebab Perdana Menteri suka besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita ialah kabinet XXL Mohd Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja.

Wednesday, June 25, 2014

PETRONAS : APA KOMEN NAJIB ???

CEO Petronas Hentam Pemimpin Umno di sekeliling Najib

http://www.kinibiz.com/wp-content/uploads/2014/02/Petronas-CEO-Featured-360x154.jpg
Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata minyak dan gas bukan milik orang Melayu dan Bumiputera semata-mata tetapi milik semua rakyat Malaysia tidak kira kerajaan atau pembangkang.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu berkata, Akta Pembangunan Petroleum (PDA) menyebutkan dengan jelas minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia.

"Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja. Kami (Petronas) ini adalah penjaga,” katanya dalam wawancara eksklusif akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris, The Edge keluaran 23-29 Jun, 2014.

Beliau berkata, pada 2010 Petronas menyusun semula struktur semua organisasinya, termasuk komposisi lembaga pengarah dengan memasukkan mereka yang berkebolehan.

"Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.

"Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman,” katanya.

Beliau berkata, campur tangan golongan birokrat dari dalam kerajaan menyukarkan Petronas untuk membuat keputusan.

"Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan.

“Bolehkah awak bayangkan masalah yang saya alami?”

Shamsul berkata, syarikat minyak negara itu mengamalkan kecekapan dan meritokrasi untuk setanding dengan syarikat minyak global dan keputusan yang dicatatkan oleh Petronas setiap tahun menunjukkan mereka melaksanakan tanggungjawab untuk kekal berdaya saing di peringkat global.

"Adalah terlalu sukar untuk membuat kerja dengan jujur. Awak menghabiskan masa melakukan tugas lain daripada kerja hakiki.

"Keputusan kewangan menunjukkan keadaan sebenar, ia amat baik. Tidak seperti orang luar (yang menjadikan sesuatu perkara sukar) dan juga orang daripada kerajaan-birokrat. Campur tangan birokrat menjadikan sesuatu perkara menjadi susah,” katanya.

Wawancara yang bertajuk “Adakah kami tidak berminat pada kecekapan” itu dibuat sebagai mengulas khabar angin menyatakan Shamsul akan meletak jawatan.

Dalam wawancara itu, beliau berkata, sebahagian daripada transformasi Petronas adalah untuk menjadikan syarikat minyak negara itu model baharu dunia korporat Malaysia daripada segi profesionalisme.

Shamsul berkata, DNA Petronas adalah kurangnya campur tangan kerajaan, akan membolehkan Petronas bertindak secara profesional.

"Pada masa sama mereka (kerajaan) mahukan Petronas menjadi sebuah syarikat minyak global yang setara dengan Exxonmobils dan Shell, dan kami mahu menjadi seperti itu. Tetapi Shell dan Exxonmobils tidak banyak diganggu oleh kerajaan mereka,” katanya.

Beliau juga mendedahkan beberapa syarikat seperti Labuan (Shipyard) yang memerlukan lesen fabrikasi dan kerajaan meminta Petronas membantu kerana mereka mempunyai limbungan.

Katanya, Petronas membantu syarikat itu dengan memberikan lesen dengan syarat akan ada proses bida dan tender ditawarkan di peringkat serantau. Tetapi selepas mendapat lesen, syarikat itu mahu peruntukan pula.

"Saya orang Melayu dan saya bangga... awak fikir saya tidak akan bantu kaum saya? Sudah tentu saya mahu bantu mereka, tetapi dengan cara yang lebih sesuai, bukannya melalui pemberian dan suapan,” katanya. ~tmi

MENTERI KABINET BERTAMBAH, TIADA DIGUGURKAN : BERMAKNA ROMPAKAN KABINET BERTAMBAH LAH ???

Najib dah umum rombakan kabinet sebentar tadi.. ini dia menteri baru..!!

  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:

Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan

Wee Ka Siong - Menteri di JPM

Mah Siew Keong - Menteri di JPM

Lee Chi Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan

Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat.

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat, katanya.

Beliau tidak menyebut nama mana-mana anggota jemaah menteri yang digugurkan.

Najib mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari.

Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu.

BLOGGER UMNO : NAIK ELEKTRIK BUKTI NEGARA MAJU ....

Jika benarlah tarif elektrik naik lagi memang celaka anak haram jadah lah kerajaan Najib 1Malaysia nie..!!

Tarif elektrik naik lagi?
OLEH MD IZWAN


Kenaikan tarif elektrik dijangka bermula bulan depan, selepas Putrajaya umum tarif baru Januari lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.

Agensi tenaga elektrik, MyPower Corp Bhd menjangka kenaikan tarif elektrik bermula bulan depan, enam bulan selepas Putrajaya mengumumkan tarif elektrik baru Januari lalu.

MyPower berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan harga gas antarabangsa.

"MyPower menyatakan mereka mencadangkan Kabinet kekal dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan.

"Penyelarian pertama dijangka bulan depan yang akan menyebabkan tarif elektrik naik kerana harga domestik gas rendah daripada antarabangsa," kata MyPower yang dipetik daripada The Star hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (EC) dan juga penasihat MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kenaikan yang bakal diumumkan kerajaan.

"Apa yang boleh saya beritahu ialah harga cecair gas asli (LNG) naik. Terdapat kuantum yang naik dan turun," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan MyPower Azimah Abdul Aziz berkata antara Januari hingga Jun, harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut.

Bagaimanapun, Azimah berkata kenaikan tarif perlu dijalankan untuk merapatkan jurang antara kos sebenar janakuasa tenaga dengan tarif yang disubsidikan ketika ini.

"Kos sebenar kuasa tanpa subsidi sekitar 42 sen per kWh seperti dicadangkan ke atas tarif semasa 38.53 sen per kWh.

"Memandangkan kos minyak dijangka naik, jurang antara kos sebenar dan tarif semasa dijangka akan melebar," kata Azimah.

Azimah berkata, sekiranya tarif semasa dikekalkan, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan akan mencapai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion bagi tahun ini saja.

Semakan terakhir tarif elektrik dijalankan pada Januari lalu yang menyaksikan peningkatan 15% kepada 38.53 sen per kilowatt-jam (kWh)

PERKASA : HUDUD TAK MAU, PANCUNG KAMI MAU ...

Isu pancung: Ruslan Kassim dah kecut teloq terus buat Uturn

Dikritik kerana mengeluarkan ugutan untuk 'pancung' kepala pihak yang mempersenda Islam dan Sultan Selangor, Ketua Penerangan PERKASA Datuk Ruslan Kassim kini mendakwa bahawa kenyataan itu hanya satu bentuk ucapan.

Sebaliknya katanya, apa yang dimaksudkan adalah untuk "memancung masa depan politik" empat ahli parlimen PAS - Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Mereka menggesa kerajaan negeri Selangor untuk meminda undang-undang dan menghadkan kuasa Selangor Majlis Agama Islam Selangor.

"Tak (pancung). Sebenarnya saya ketika berucap ... semangat orang tu ... Saya kata sebenarnya dalam hati, saya bukan nak pancung kepala, pancung dari segi politik, sebab yang terlibat keempat-empat, orang politik.

"Jadi kita pancung masa depan politik dia, tapi tak terkeluar masa depan politik tu, terkeluar pancung leher.

"Tak ada lah kita nak mengasah parang. Tak ada. Kita cintakan keamanan dan kedamaian," katanya Ruslan berseloroh kepadaMalaysiakini yang menyiarkan ucapannya

ROMBAKAN KABINET @ "ROMPAKAN" KABINET, SAMA SAJA ...

Rombakan Kabinet akan berlaku tidak lama lagi selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi bayangannya hari ini.
Dalam ucapannya ketika merasmikan terminal tambang murah Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (klia2), Najib mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein atas kerja kerasnya terutama beberapa bulan lalu dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.
"Ini mungkin acara terakhirnya sebagai menteri pengangkutan," katanya.
Spekulasi timbul Najib akan mengadakan rombakan Kabinet bagi membolehkan presiden parti komponen dalam Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan menjawat jawatan menteri.
Laporan mendakwa barisan Kabinet baru akan diumumkan dalam masa terdekat sehingga selepas Hari Raya yang dijangka jatuh pada 28 Julai.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan empat ahli Parlimen MCA dan dua daripada Gerakan akan dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri sebagai   sebahagian kecil rombakan dengan tiada menteri digugurkan.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong disahkan menjawat jawatan menteri setelah Mah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Sebanyak 32 menteri berada dalam jawatan Kabinet hari ini.
Jawatan menteri pengangkutan yang biasanya diberikan kepada MCA dipangku Hishammuddin selepas pilihan raya umum lalu apabila MCA enggan menerima jawatan dalam Kabinet akibat prestasi buruk dalam pilihan raya.
Parti Cina itu bagaimanapun menarik balik keputusan itu awal tahun ini.
Tiga lagi kekosongan adalah jawatan timbalan menteri kewangan, pelancongan dan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Monday, June 23, 2014

UMNO/BN : SAPA LAGI KALAU BUKAN KAMI YANG BAGI ???


(Oleh: Lyn Nasir)
PUCHONG 22 JUN : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan untuk membangunkan pusat kasino kedua  terbesar di Malaysia.
"Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan?"
"Kerana kita bantah, cukuplah dengan keadaan sekarang ni," katanya dalam sidang media, selepas Ceramah Kebangkitan Asia, di Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat, Puchong.
Vincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 Bilion untuk sebuah Kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.
Sekiranya dibina, ia merupakan kasino kedua terbesar di Malaysia, selepas Pusat Kasino terbesar di Genting Highland.
Dalam satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak berkuasa telah meluluskan pelan pembangunan kasino tersebut
Malah Vincent sudah merancang untuk memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki oleh syarikat beliau, Berjaya Corporation.
Namun kelulusan tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom baru-baru ini yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di parlimen.
"Saya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik.
"Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara tersebut walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskan perkara itu.
"Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya ditolak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng sendiri," ujarnya.

Monday, June 16, 2014

KAMI NAK KONSERT DANGDUT, BUKAN CERAMAH AGAMA ...

Isu Kuliah Agama Ustaz Azhar Idrus Di Johor : Lain Kali Ustaz Azhar Idrus Kena Buat Konsert Dangdut, Baru Jabatan Agama Lulus








Majlis ilmu oleh UAI tidak dibenarkan oleh MAIJ !

Apa sebenarnya yang mahukan..?, Maksiat langsung tidak dicegah, Tapi majlis Agama tidak dibenarkan.

Apa fungsi Jabatan Agama sebenarnya ?, Agaknya lepas ni UIA kena tukar tajuk dari kuliah agama ke KONSERT DANGDUT UIA baru Jabatan Agama ni nak bagi kebenaran !

UMNO ROSAK :KAMI NAK KONSERT DANGDUT, BUKAN CERAMAH AGAMA ...

Isu Kuliah Agama Ustaz Azhar Idrus Di Johor : Lain Kali Ustaz Azhar Idrus Kena Buat Konsert Dangdut, Baru Jabatan Agama Lulus








Majlis ilmu oleh UAI tidak dibenarkan oleh MAIJ !

Apa sebenarnya yang mahukan..?, Maksiat langsung tidak dicegah, Tapi majlis Agama tidak dibenarkan.

Apa fungsi Jabatan Agama sebenarnya ?, Agaknya lepas ni UIA kena tukar tajuk dari kuliah agama ke KONSERT DANGDUT UIA baru Jabatan Agama ni nak bagi kebenaran !

TAKKAN BENDA MACAM NEH PUN NAK KLENTONG JUGAK ???

Percayalah, aku tidak pernah tahu berdusta .... bohong cikit-cikit tu adalah....


PUTRAJAYA, 9 Jun - Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menggesa orang ramai untuk mempercayai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa tiada wang tebusan telah dibayar untuk membebaskan dua wanita merampas di luar pantai timur Sabah baru-baru ini.

 Sebagai Perdana Menteri Malaysia Najib adalah lebih patut dipercayai daripada tawanan yang dibebaskan yang mendakwa bahawa wang tebusan yang besar telah dibayar, katanya.

 "Jangan percaya kata-kata mereka. Mengapa anda mahu mendengar kepada mereka apabila Perdana Menteri sendiri telah menyatakannya?" Khalid kepada pemberita di Kementerian Dalam Negeri.

 "Kita perlu mengambil kata-kata orang nombor 1 negara kita. Kita tidak boleh hanya mendengar setiap Ah Chong, Ah Kow dan Muthu."

 Semalam, media Filipina melaporkan salah seorang wanita diculik, Filipina Mercelita Dayawam sebagai berkata bahawa keluarga mangsa Cina, Gao Hua Yan, dibayar 300 juta peso (RM2.2 juta) untuk membebaskan beliau.

 Agensi berita antarabangsa Reuters pula melaporkan "tebusan besar" telah dibayar untuk membebaskan wanita, memetik sumber-sumber tanpa nama. 

Mengumumkan bahawa wanita-wanita tersebut telah dibebaskan oleh penculik mereka dua minggu lalu, Najib menegaskan bahawa tidak ada wang tebusan dibayar untuk menjamin kebebasan mereka.

 Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga memberitahu pemberita minggu lalu bahawa tiada wang tebusan telah dibayar, bertentangan dengan laporan berita antarabangsa yang memetik sumber dari polis Filipina.

 Menurut Reuters, adalah jarang untuk militan untuk membebaskan tebusan mereka tanpa apa-apa wang tebusan dibayar, tetapi Hishammuddin menafikan tuntutan itu, berkata sudah ada precedence ketika beliau masih Menteri dalam negeri sebelum ini.

 Kementerian Dalam Negeri Malaysia berkata pada April bahawa pihak berkuasa telah berunding dengan penculik yang telah menuntut 500 juta peso (RM36.4 juta) sebagai pertukaran untuk Gao. SUMBER
Untuk beritanya, sila klik di sini

SASARAN YANG TERSASAR ...

Sasaran Malaysia layak ke Piala Dunia 2014 dikritik di Dewan Rakyat

 
KUALA LUMPUR: Sebahagian Anggota Parlimen hari ini mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang gagal menunaikan janjinya apabila sasaran pasukan negara untuk layak ke Piala Dunia 2014 tidak menjadi kenyataan.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan kemampuan pasukan bola sepak negara yang masih gagal mencapai sasaran berkenaan ketika pertandingan berprestij itu sedang berlangsung di Brazil.

Menjawab pertanyaan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau tidak mempunyai jawapan tentang perkara itu kerana sasaran terbabit diletakkan oleh FAM yang sepatutnya bertanggungjawab menjadikannya sebagai kenyataan.

Bagaimanapun, Khairy berkata, beliau yakin pasukan negara akan berupaya beraksi di Piala Dunia suatu masa nanti melalui program pembangunan bola sepak yang dilaksanakan kementeriannya, namun tidak mahu meletakkan sasaran khusus seperti FAM.

"Saya bukan Presiden FAM dan tidak boleh menjawab perkara ini, cuma kita berharap melalui pelan pembangunan bola sepak yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kita akan layak ke Piala Dunia, namun tidak mahu meletakkan sasaran bila? Nanti saya kena jawab pula nanti, macam hari ini," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Khairy berkata:"Melalui pelan pembagunan ini kita kena bermula semula dari awal. Kita sudah bincangkan sebelum ini saiz bukanlah halangan, contohnya pasukan kegemaran saya Argentina pagi tadi masih mampu mencipta kemenangan walaupun saiz pemainnya tidak begitu besar."

Katanya, masalah yang dihadapi negara sehingga masih belum berupaya melayakkan diri ke Piala Dunia adalah disebabkan tidak memberi tumpuan kepada aspek pembangunan bola sepak.

Malah beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden FAM menyedari bahawa peruntukan untuk tujuan pembangunan bola sepak cukup kecil, begitu juga persatuan negeri lebih memberi tumpuan kepada soal pembayaran gaji pemain senior.

Sementara itu menjawab mengenai pembangunan infrastrukrur sukan bagi tujuan Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung di Perlis baru-baru ini, beliau berkata ia tidak akan dijadikan gajah putih sebaliknya akan digunakan bagi pembangunan sukan khususnya melatih bakat baharu.

Katanya, sehingga kini hanya Kelantan saja yang belum menganjurkan Sukma kerana negeri itu tidak pernah mengemukakan permohonan penganjuran sukan terbabit yang boleh dijadikan sebagai batu loncatan pembinaan infrastruktur sukan peringkat negeri.