Lihat sendiri prihatinnya Dr Mahathir dengan rakan seagama dengannya..
Tetapi dalam hal rakan seagama dengannya, Mahathir sanggup mencemar duli turun bersama-sama ke mahkamah..
PUTRAJAYA, 6 Mei -- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan perkarangan mahkamah selepas hadir mengikuti kes bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menetapkan 17 Julai depan bagi memutuskan sama ada Kassim dibicarakan dahulu di mahkamah ini atas tuduhan menghina agama Islam atau sehingga prosiding semakan kehakiman berhubung isu bidang kuasa di mahkamah sivil selesai.
--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
PUTRAJAYA, 6 Mei -- Bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad meninggalkan perkarangan mahkamah selepas Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menetapkan 17 Julai depan bagi memutuskan sama ada beliau dibicarakan dahulu di mahkamah ini atas tuduhan menghina agama Islam atau sehingga prosiding semakan kehakiman berhubung isu bidang kuasa di mahkamah sivil selesai.
Kassim antaranya dituduh menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina selain mengingkari pihak berkuasa agama, perintah yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis Agama Islam atau Mufti. Dia dituduh mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Apa tujuan Mahathir turun, apakah nak mempengaruhi hakim untuk mengambil tindakan kepada Kasim Ahmad,, aku harap Hakim yang bertugas lebih takut kepada Allah... bukan takut kepada manusia..
No comments:
Post a Comment