Undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan
FAIZ ABDULLAH
SEREMBAN:
Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia, di sini,
membuat satu kejutan apabila sebulat suara meluluskan usul tergempar
membabitkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan,
Dato’ Seri Mohamad Hasan, yang didakwa menyalahgunakan kuasa.
Ketua
Umno Cawangan Pantai, Dato’ Ishak Ismail mendakwa Mohamad telah
melakukan perbuatan sedemikian dalam urusan pemilihan Pengerusi dan
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung
Batu 7, Batu 8 dan Batu 9, Pantai, di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Ishak
yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng berkata,
jelas sekali, keputusan tersebut dibuat tanpa merujuk dan mempedulikan
segala cadangan dikemukakan oleh pihak Umno Cawangan Pantai dan Pantai
Setia.
“Beliau
(Mohamad) selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri langsung tidak
mahu mendengar dan mengambil kira suara ahli Umno yang lain.
Maka, tiada gunanya kita bertuankan orang seperti ini lagi,” katanya kepada pemberita di Dewan Masyarakat Pantai, dekat sini.
Susulan
itu, beliau berkata, Mesyuarat Agung Tahunan Umno berkenaan turut
membahas dan meluluskan usul bagi menolak perlantikan jawatan Pengerusi
dan Setiausaha JKKK yang telah dibuat oleh kerajaan negeri, baru-baru
ini.
“Kita
menolak pelantikan terbabit berikutan mendapati individu yang dipilih
tidak memenuhi kriteria ditetapkan seperti mempunyai rekod jenayah,
bukan ahli Umno tempatan, tidak menetap dalam kawasan jagaan dan
membantu pembangkang berkempen semasa Pilihan Raya Umum ke-13 tahun
lalu.
“Justeru,
kita akan bawa perkara ini ke Mahkamah Sesyen Seremban. Kita mahu
mahkamah membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri
dalam pelantikan jawatan JKKK terbabit,” katanya yang bersedia menerima
sebarang risiko, termasuk kehilangan jawatan dimiliki sekarang.
Timbalan
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abdul Rahman pula bertanya
jika Mohamad tidak berlaku adil pada ahli Umno sendiri bagaimana pula
ingin berlaku adil pada rakyat biasa?
“Jika
benar dakwaan Ishak berhubung perlantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKK
itu, maka ini menunjukkan Mohamad tidak berlaku adil dan tidak
menghormati ahli Umno sendiri. Bagaimana pula beliau hendak berlaku adil
dan menghormati pada rakyat biasa?
“Malah jika dakwaan ini benar, ini juga menunjukkan kepincangan pentadbiran Mohamad yang mengamalkan kronisme.
Sepatutnya
Mohamad perlu dengar suara akar umbi dan memilih Pengerusi dan
Setiausaha JKKK berdasarkan merit atau menepati kriteria tertentu
seperti yang dinyatakan oleh Ishak.
“Secara
logiknya mestilah melantik orang yang menetap di dalam kawasan jagaan
seperti kata Ishak,” ujar MK Ibrahim yang juga merupakan Yang Dipertua
PAS Seremban -Harakah
No comments:
Post a Comment