Monday, May 12, 2014

UMNO/BN : KAMI CUKUP SAKIT HATI KES MACAM NEH ...

[ PRK Bukit Gelugor ] DAP DAN PAS SEMAKIN ERAT... UMNO KEPUNAN HE HE HE HE...


Ramkarpal Singh (tengah, ketiga kiri) dilihat berganding tangan dengan Pakatan Rakyat di pusat pencalonan di Dewan Sri Pinang hari ini. Ramkarpal ialah anak ketiga Karpal Singh yang mati dalam kemalangan jalan raya pada 17 April, 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 12 Mei, 2014.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama mengiringi calon DAP Ramkarpal Singh Deo ke Pusat Penamaan Calon yang dilangsungkan di Dewan Seri Pinang bagi Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Bukit Gelugor kerana menganggapnya seperti calon parti itu, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Pulau Pinang itu, Kemenangan Ramkarpal penting untuk melengkapkan jalan kemenangan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) di negeri tersebut, termasuk pilihan raya umum akan datang.

"Semua ahli PAS, khususnya di Pulau Pinang dikerah berhimpun di sini bersama Tuan Guru Presiden bersebab, kerana Haji Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) sudahpun menyebut bahawa Ramkarpal adalah 'calon PAS' juga, walaupun bertanding guna bendera roket DAP saja," katanya seperti dilapor lidah rasmi PAS, Harakahdaily hari ini.

Presiden PAS sendiri mengetuai PAS mengiringi Ramkarpal, bersama-sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail masuk ke pusat penamaan calon pada pukul 9.06 pagi.

Turut hadir menyokong Ramkarpal adalah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Mohd Ramli, Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan ramai lagi.
Mereka melaungkan "Reformasi", "Ubah", "I Am Karpal", "Hidup Pakatan, Tumbang Bebas" dan "hancur GST, Tumbang BN".

Di bawah pengendalian Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Bukit Gelugor, Kapten (B), Anuar Yahya, pengundian membabitkan 82,431 pemilih berdaftar dari Daftar Pemilih Induk (DPI).

Daripada jumlah itu, 82,255 adalah pengundi biasa, manakala, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara.

Seramai 1,095 petugas pilihan raya turut dilantik untuk menguruskan proses pilihan raya kali ini, termasuk 21 pusat mengundi.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian bekas pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Ipoh pada 17 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 21 Mei, manakala penamaan calon pada 12 Mei. 

Pada PRU13 lalu, mendiang Karpal Singh yang mendapat 55,839 undi memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Teh Beng Yeam, yang mendapat 13,597 undi. – 12 Mei, 2014.

No comments:

Post a Comment