Monday, May 12, 2014

MENTERI GST : DEPA NIH SELALU NAK KANTOIKAN AKU ...

[Wajib Baca] GST Lebarkan Jurang Pendapatan Rakyat, Bagaimana? Baca!!!

[KD] KUALA LUMPUR 11 MEI: Kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu merapatkan jurang kekayaan dilihat tidak masuk akal.
“Tidak mungkin sama sekali cukai itu dapat merapatkan jurang pendapatan rakyat. Mungkin menteri tersebut tidak faham apa masalah sebenar yang menyebabkan jurang pendapatan,”
“Itu cuma alasan untuk membenarkan cukai GST dilaksanakan. Kenyataan bahawa cukai yang dikenakan akan merapatkan jurang pendapatan sangat tidak masuk akal,” tegas Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad
Shafie sebelum ini berkata GST melalui pengecualian cukai ke atas barangan tertentu dapat membantu meringankan beban hidup seterusnya meringankan kesan ke atas pendapatan yang diperoleh rakyat.
Beliau juga mendakwa cadangan menangguhkan perlaksanaan GST sehingga jurang pendapatan antara rakyat diselesaikan adalah tidak relevan kerana cukai itu sendiri boleh merapatkan jurang berkenaan.
Mengulas perkara itu, Dr Dzulkefly berkata, GST boleh difahami sekiranya melihat kepada sifatnya yang regresif iaitu lebih membebankan golongan miskin berbanding kaya.
“Semua pakar ekonomi menyimpulkan bahawa cukai kepenggunaan atau consumption tax sememangnya regresif atau tidak adil, atau songsang. GST terkuat kuasa kepada semua, kaya atau miskin, bilionaire atau asnaf, muda atau tua, bahkan kanak-kanak.
“Maka cukai pasti akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan lebih parah berbanding golongan kaya. Itu maksud regresif,” ujarnya.
Menurutnya, ia berbeza dengan cukai pendapatan yang sifatnya progresif kerana hanya dikenakan kepada golongan kaya, manakala mereka berpendapatan rendah dikecualikan cukai tersebut.
“Bagaimana GST melebarkan jurang pendapatan, jawapannya mudah sahaja. Golongan pembayar cukai pendapatan dan korporat akan dapat reduction atau tax cut (potongan cukai). Maka sementara mereka mendapat peningkatan pendapatan, golongan miskin tidak mendapat manfaat apa-apa daripada potongan cukai pendapatan. Maka jurang kaya miskin akan semakin melebar,” ujarnya. - Rusnizam Mahat dan Azuan Abd Rahman

No comments:

Post a Comment