Jika kata nama UMNO BN tu, buatlah menatang apa pun semua 'HALAL'
Speaker
Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Law Choo Kiang menyatakan rasa
kecewa dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden merempuh masuk ke dalam
Dewan oleh sekumpulan lelaki hari ini yang tidak berpuas hati dengan
kenyataan anggota DUN Seri Delima R.S.N Rayer semalam mengenai Umno.
Law dalam kenyataan yang dibacakan ketika memulakan sidang DUN pada sesi
petang berkata perkara ini tidak pernah berlaku dalam persidangan DUN
dan ia mencemar sejarah politik negara.
"Saya melihat masih ada ruang yang lebih beradab untuk menyatakan
ketidapuasan terhadap sesuatu isu daripada melakukan tindakan yang kasar
dengan merempuh pagar utama DUN dan mencemar kemuliaan dewan yang jelas
melanggar undang-undang," katanya.
Beliau meminta polis menyiasat segera insiden itu dan mengawal pintu
masuk DUN bagi memastikan keselamatan dan persidangan Dewan terpelihara.
Sekumpulan 100 lelaki terdiri daripada anggota Umno dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) merempuh pagar utama DUN Pulau Pinang untuk mencari
Rayer yang mengatakan "Umno Celaka" pada persidangan Dewan semalam.
Rayer mengeluarkan perkatan itu ketika membahaskan ucapan perasmian Yang
Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dengan mendakwa
beberapa pemimpin Umno di negeri itu cuba menghasut rakyat melalui satu
demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.
Kumpulan berkenaan yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang
Jasmin Noordin kemudian memasuki dewan persidangan tetapi gagal menemui
Rayer yang tidak hadir pada sesi petang persidangan.
Mereka mahu Rayer meminta maaf berhubung kenyataannnya semalam.
Persidangan terhenti lebih satu jam berikutan insiden itu dan Ketua
Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid bersama sepasukan
anggota polis menenangkan anggpta kumpulan itu serta mengarahkan mereka
beredar dari situ.
Setakat pukul 5.45 petang, polis menahan 12 orang yang dikenal pasti
masuk ke dalam dewan persidangan untuk direkod keterangan dan disiasat.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar)
juga melahirkan rasa kesal terhadap insiden yang berlaku.
Jahara turut menegur Rayer kerana dalam sejarah persidangan DUN itu juga
belum ada anggota yang mengeluarkan perkataan menghina seseorang dan
parti dengan perkataan terlalu keji.
Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian membahaskan usul
tergempar yang dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Koon Yeow (DAP-Padang
Kota).
"Dalam tempoh enam tahun ini kami cukup sabar dengan cara pengendalian
ucapan dan perkataan serta tohmahan yang diberi, 10 orang kami (Adun BN)
boleh bendung tetapi kami juga tidak tahan, tidak suka dikata begitu
tetapi sebab menghormati dan menjaga kemuliaan Dewan dan Speaker, kami
teruskan bersabar," katanya.
Sementara itu, Jasmin yang ditemui berkata sebagai seorang wakil rakyat
dan peguam, Rayer tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap imuniti
DUN dengan mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang Melayu
khususnya ahli Umno.
"Kalau berani saya cabar Rayer untuk mengulangi ungkapannya semalam di
hadapan kami dan jangan hanya berani di dalam DUN. Kalau beliau mendakwa
Umno celaka itu melibatkan keseluruhan tiga juta ahlinya," katanya.
Beliau berkata dalam pertemuan yang diaturkan pihak polis untuk bertemu
Law dan Jahara, Speaker itu berjanji akan meminta Rayer memohon maaf
atas kenyataannya itu pada persidangan Dewan esok.
- Bernama
No comments:
Post a Comment