Menteri Umno Lompat Parit lari dari wartawan Malaysiakini?
Ketua
penerangan Umno Datuk Seri Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan
Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil
anjuran BN sebelum ini.
Menteri
tersebut malah mengelak daripada meninggalkan majlis melalui pintu utama
dan sanggup menyeberangi satu parit demi mengelak dari bersemuka dengan
wartawan Malaysiakini dan KiniTV yang menunggunya.
Drama
tersebut berlangsung pada kira-kira jam 10.40 malam tadi, selepas Ahmad
menyampaikan satu ucapan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan
kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.
Terdahulu
semasa beliau sedang berucap, seorang lelaki memakai baju kempen BN
mendekati wartawan Malaysiakini dan meminta pengenalan daripada mereka.
Lelaki
tersebut kembali ke tempat duduknya tanpa sepatah kata selepas mendapat
tahu bahawa wakil Malaysiakini sedang membuat liputan majlis tersebut
dan dilihat mencatat sesuatu di atas sekeping kertas.
Beliau
seterusnya dilihat menyampaikan nota berkenaan kepada Ahmad yang sedang
berucap. Ahmad selepas itu membacakan nota berkenaan dengan kuat
"Malaysiakini sedang rakam ucapan".
Selepas
ucapannya tamat dan bergambar dengan hadirin di majlis tersebut, Ahmad
meminta pembantunya menunjukkan tempat di mana wartawan Malaysiakini dan
KiniTV sedang menunggu, di pintu masuk dewan.
Beliau
kemudian membuka langkah ke satu longkang berdekatan dan melintas
longkang tersebut untuk keluar dari kawasan berkenaan. Seorang pembantu
yang membawa lampu suluh turut membantu menunjukkan jalan kepada Ahmad.
Ahmad
seterusnya berjalan cepat-cepat untuk keluar dari kawasan berkenaan dan
mengelak dari lensa sertai enggan melayan permintaan untuk
menemubualnya.
Beliau yang dikawal oleh lima orang pembantu bergegas ke sebuah kenderaan sambil dikejar oleh para wartawan.
Wartawan
berkenaan mahu beliau menjelaskan mengenai program melibatkan
sekumpulan penyokong DAP yang dikatakan mahu berpaling tadah.
No comments:
Post a Comment