Thursday, May 22, 2014

BLOGGER UMNO : ALAMAK ! RAMAINYA DYANA DALAM DAP ...

Lebih ramai Lady Di muncul dari kalangan ahli DAP bagi menghantui Umno

Berapa ramai Dyana yang tersembunyi di dalam DAP? Jelas sekali, ia menghantui Umno yang telah menerajui Perikatan-Barisan Nasional selama lebih 57 tahun.
Ketika MCA, MIC dan Gerakan ditolak majoriti pengundi Semenanjung pada PRU12 dan PRU13, Umno muncul sebagai satu-satunya parti yang memerintah Malaysia hari ini – bukan BN.
Namun, ia kekal angkuh dan degil seperti biasa. Umno enggan berubah bagi memastikan kelangsungannya.
Sekiranya ia mencermin diri, sudah tentu Umno telah lama sedar ia tidak lagi mampu mentadbir negara dengan cara lama, di mana salahguna kuasa dibiarkan sahaja.
Pihak polis sewajarnya berkhidmat bagi menjaga keamanan kita semua dan bukan membiarkan sahaja tindakan samsengan Umno.
Namun, kemunculan peguam jelita Dyana Sofya Mohd Daud selaku calon DAP bagi pilihanraya kecil Teluk Intan pada 31 Mei ini telah menyebabkan rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mula menaruh harapan baru.
Sudah jelas, DAP mempunyai seorang ahli politik sensasi bagi melakar 1Malaysia – dengan Bangsa Malaysia sebenar.
Malah, Dyana dibesarkan oleh ahli kelurga yang menyertai parti Melayu itu!
Ini menyebabkan Umno ketakutan yang amat, lantas laskar sibernya menyerang peribadi si gadis itu sebelum pencalonannya diumumkan.
Dyana terlalu cerdik dan menjadi ancaman kepada juak-juak Umno yang kebingungan.
Namun, jika Umno menganggap Dyana satu-satunya ancaman buat mereka, kini muncul pula Syerleena Rashid
Syerleena merupakan ahli Wanita DAP Bukit Bendera yang juga pengarah pendidikan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.
Setelah berdepan serangan ke atasnya yang dimulakan pemimpin Umno serta petugas kempen BN di Teluk Intan, Syerleen menulis satu artikel “Melayu dalam DAP: Melangkaui Ngauman Dyana!” yang dimuatnaik Malaysia Chronicle hari ini.
Berbeza dengan cercaan Umno terhadap Dyana, Syerleen mempamerkan kecerdasan di dalam menjelaskan harapan yang dipikul semua warga Malaysia.
Inilah kata-katanya:
Terdapat pelbagai spekulasi tentang mengapa DAP menampilkan Dyana Sofya Mohd Daud bagi PRK Teluk Intan. Ada yang melihatnya sebagai anak didik Lim Kit Siang, dan ada yang masih keliru mengapa Dyana memilih DAP. Mereka ini telah mula mempertikai imej serta kredibilitinya.
Sebenarnya, mana-mana calon Melayu akan dicerca dan difitnah sebegitu. Pada masa dulu, calon-calon Melayu ditempelak golongan berhaluan kanan yang penuh kebencian.
Kerana usia yang muda (berbanding ahli parlimen yang ada sekarang), dan jelita (walaupun pandangan mata berbeza), beliau dijadikan sasaran. Pengkritik bagaimanapun tidak sedar, Dyana Sofya amat bijak dan merupakan harapan bagi membawa angin perubahan di negara ini.
Sudah tentu, rakyat Malaysia tahu pihak yang memegang kuasa akan bertindak ganas bagi menyempurnakan agenda mereka, dan beberapa minggu ini, mereka menampilkan sifat sebenar mereka.
Parti Cina
Selama berdekad, DAP digelar parti Cina, dan didakwa chauvanis. Memang benar ramai anggotanya dari kalangan masyarakat Cina kerana dasar Umno yang hanya mengutamakan golongan Melayu. Malah media kawalan kerajaan BN turut menyebabkan kita membuat pandangan sebegitu. Namun, seperti namanya Democratic Action Party, DAP mengamalkan dasar demokrasi. Ketika Umno-Baru dan pendokongnya menghambur kata-kata nista, sudah jelas mereka tidak sedar bahawa parti mereka mengamalkan dasar bersifat perkauman yang termaktub di dalam nama mereka (Umno Baru, MIC & MCA).
Lanskap politik Malaysia sebelum kehadiran media alternatif amat mudah. Samada anda bersama-sama kami, atau sebaliknya. Ia merupakan taktik yang berkesan bagi Umno-Baru namun sampai masanya, ia menjadi terlampau selesa dan kini di ambang kemusnahan.
Ramai di antara kita sedar kelemahan sistem yang ada, kita sedar dasar dan dana disalahguna. Kita tahu peluang perniagaan akan diberi jika kita berjanji akan taat setia. Namun keadaan sudah berbeza, kerana kita mahu negara bergerak ke hadapan – bersama-sama. Kita sudah penat dibezakan berdasarkan kaum dan agama. Kita tidak perlu diberitahu dengan siapa kita perlu berkawan.
Murtad menyertai DAP
Apabila orang Melayu beragama Islam menyertai DAP, kami diftnah sebagai murtad, pengkhianat dan tidak berterima kasih dengan keistimewaan yang dijamin Perlembagaan. Sebenarnya, kesetiaan kami tidak perlu dipertikai. Perlembagaan tidak menyebelahi mana-mana parti tetapi menegakkan hak semua warga Malaysia. Sistem kita tidak menuntut rakyat Malaysia menurut secara buta-tuli mana-mana doktrin politik dan tidak menyuruh kita menggelar sesiapasebagai tidak mengenang budi. Kesetiaan tidak bermakna kita menurut segala-galanya.
Kesetiaan memerlukan ikatan di antara rakyat berdasarkan prinsip dan tujuan. Ia bukan sekadar sentimen atau pendapat tetapi kefahaman bahaw ia bukan sekadar patuh secara mekanikal. Rakyat Malaysia dibolehkan mengikut apa sahaja nilai yang tulus dan asli, tanpa dikenakan apa-apa tekanan.
Tetapi kami menyertai kerana mahu menyumbang tenaga
Ramai di kalangan kami menyertai DAP (dan Pakatan Rakyat) kerana kami melihat peluang menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Negara kita. Ini pentas bagi kami bersuara dan bagi pendapat kami dikongsi bersama. Ia lebih baik daripada peluang yang diberi Umno-Baru. Umno-Baru dilihat terperosok dengan amalan rasuah dan telah berhenti mendengar keluhan rakyat jelata.
Kami tahu pihak pemerintah akan memberi habuan dalam bentuk wang ringgit dan mengaku bahawa mereka perihatin dengan masalah komuniti tetapi mereka tidak menekankan pembangunan berterusan. Saya percaya “Kita beri seseorang makan ikan, habis makanannya. Tetapi jika kita ajar dia mengail, dia akan dapat makan sampai bila-bil.” Inilah pembangunan yang mampu memperkasa rakyat Malaysia dan seharusnya menjadi faktor utama transformasi negara ke arah mencapai status negara maju
Ia tidak memerlukan kita merompak RM250 juta dari rakyat yang memerlukan wang itu.
Ya, kebanyakan keluarga yang pernah dan sedang menyokong Umno tahu kesusahan keluarga di Malaysia yang tiada hubungan istimewa dengan pemimpin tertentu. Mereka sukar mendapat tempat dii universiti awam dan gagal mendapat bantuan kewangan yang diperlukan. Ini menyebabkan kami bersuara menentang penindasan dan diskriminasi.
Ramai di kalangan kami yang melihat harapan dan keyakinan ini pada Dyana Sofya, Senator Ariffin Omar, Zairil Khir Johari dan Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Kami mendapat inspirasi dari mereka. Bagi ahli politik dan ahli DAP yang lain daripada keturunan Melayu dan beragama Islam, Hari Raya tahun ini sudah semestinya lebih menarik dan mengujakan.
Mesej kepada Umno jelas! Kami mahu menjadi rakyat Malaysia!

No comments:

Post a Comment