400,000 netbook untuk guru..ada baik dan buruknya, yang pasti duit negara akan di faraid lagi..!!
Agus: Kaji semula pemberian netbook.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
SHAH ALAM - Cadangan kerajaan bagi membekalkan netbook kepada 400,000
guru perlu dikaji keberkesannya terlebih dahulu sebelum keputusan
muktamad dibuat.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, pemberian tersebut sama sekali tidak dapat membantu pendidik malah merugikan negara.
“Pertanyaan saya, untuk apa dibekalkan komputer tersebut?
“Bagi saya ia projek membazir yang boleh merugikan duit negara.
“Alasannya mudah, bagi saya, sudah ramai guru yang mempunyai laptop peribadi, laptop guru lebih ‘canggih’ daripada netbook yang hendak dibekalkan kerajaan.
“Netbook sudah ketinggalan zaman kerana spesifikasi yang terhad. Ultrabook adalah lebih sesuai.
“Oleh itu, saya tidak melihat penggunaan netbook sebagai keutamaan pada guru sekarang malah ianya bukan satu kriteria untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara,” katanya yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.
Mengulas lanjut , Agus berpandangan adalah lebih baik guru diberi
peruntukan untuk menyelenggarakan komputer mereka seperti lesen untuk
antivirus dan langganan internet.Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, pemberian tersebut sama sekali tidak dapat membantu pendidik malah merugikan negara.
“Pertanyaan saya, untuk apa dibekalkan komputer tersebut?
“Bagi saya ia projek membazir yang boleh merugikan duit negara.
“Alasannya mudah, bagi saya, sudah ramai guru yang mempunyai laptop peribadi, laptop guru lebih ‘canggih’ daripada netbook yang hendak dibekalkan kerajaan.
“Netbook sudah ketinggalan zaman kerana spesifikasi yang terhad. Ultrabook adalah lebih sesuai.
“Oleh itu, saya tidak melihat penggunaan netbook sebagai keutamaan pada guru sekarang malah ianya bukan satu kriteria untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara,” katanya yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.
“Oleh itu, semoga rancangan kerajaan membekalkan netbook kepada para guru ini dapat dinilai semula,” katanya.
Pemberian netbook kepada guru adalah cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi menghargai jasa pendidik.
Shabery dalam kenyataanya berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.
Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan.
No comments:
Post a Comment