Thursday, May 15, 2014

UMNO KEDAH : BAU KENTUT TERENGGANU JANGAN MAI KEDAH ...

Mukhriz - Semua Ahli Umno Perlu Setia.. KAHKAHKAH

ALOR SETAR  - Kemelut politik yang melanda Terengganu ekoran berlakunya pertukaran Menteri Besar perlu dijadikan pengajaran kepada setiap ahli UMNO agar lebih setia kepada parti.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, apa yang berlaku tersebut sangat mencemaskan kerana Barisan Nasional (BN) hanya menang dengan majoriti mudah di negeri itu.

“Yang penting pengajaran yang kita dapat daripada kemelut ini ialah kesetiaan kepada parti mesti mengatasi segalanya.

“Saya faham mungkin ada isu peribadi dan mungkin ada pendekatan yang lebih baik boleh diambil, apa yang harus kita utamakan ialah kepentingan rakyat," katanya di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Semalam, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar daripada UMNO dan mengumumkan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.

Ahmad menyandang jawatan Menteri Besar sejak 2008 setelah mengambil alih teraju kepemimpinan negeri daripada Datuk Seri Idris Jusoh, juga dalam keadaan penuh kontroversi.

Tindakan itu kemudian turut diikuti ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.

Bagaimanapun kemelut tersebut dianggap selesai apabila ketiga-tiga mereka hari ini kembali menyertai UMNO.

Menurut Mukhriz, setiap wakil rakyat perlu sentiasa mengingati bahawa gelaran 'Yang Berhormat' yang diperoleh merupakan ihsan daripada rakyat.

“Setiap daripada kita adalah wakil parti dan wakil rakyat, kita dipilih mungkin sebahagian kecil disebabkan peribadi dan sebahagian besar lagi disebabkan kita mewakili sebuah parti yang diyakini," jelasnya.

- utuseks

No comments:

Post a Comment