Naib Ketua Pemuda #UMNO Sebenarnya #MrArrogant @azwanbro @khairykj @NajibRazak
Pada dasarnya kenyataan Mr Arrogant ini tidak sepatutnya disebarkan kepada khalayak sebab ianya merupakan perbualan tertutup tapi agaknya si Badrrul ni geram sangat, langsung disebarkan melalui media sosial.
Saya juga tak berminat nak mainkan isu mengaibkan pemimpin Pemuda UMNO ini tetapi apabila ia melibatkan 'kecerdikan' yang tidak guna sebaiknya, ia membuatkan saya terfikir untuk membuat artikel bosan seperti ini.
Come on lah Azwan, awak tu memang lah lahir dari keluarga yang berada dan tahap struggle kehidupan awak tak seperti rakyat lain dan tidak seperti saya yang terpaksa survive untuk meneruskan kehidupan yang baik di dalam bandar Kuala Lumpur.
Azwan perlu bercakap mewakili suara rakyat yang bertaraf rendah atau sederhana ataupun peringkat marhein dan bukannya bersuara seolah-olah orang Melayu sudah berada pada satu tahap yang memuaskan & tak perlu mengharapkan bantuan kerajaan Malaysia secara total.
Kemudian kita melihat Ketua Pemuda UMNO, Khairy pula retweet kenyataan ringkas daripada seorang Exco lantikan yang gemar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris iaitu Rahman Hussin di mana turut menyokong kenyataan poyo AzwanBro.
Lihat seperti di bawah ;
Weihhh beb, korang ni semua pemimpin UMNO bukannya pemimpin parti Cina ataupun parti cinta sayang or else. Agak-agaklah kalau nak keluarkan kenyataan kononnya nak to be fair pada orang Melayu dan nak suruh orang Melayu jangan bergantung harap pada status kaum pada borang.
Weihhhh hangpa semua adalah kalangan pemimpin muda yang berjaya. Cuba pikiaq sikit nasib orang-orang Melayu luar bandar yang mana mereka masih memerlukan tongkat (pertolongan / bimbingan) dan perhatian khas daripada pemimpin UMNO.
Khairy adalah Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bertaraf seperti Naib Presiden UMNO kerana memegang tampuk kepimpinan sayap parti. Azwan Bro pula dilantik menjadi MT UMNO atas kapasiti NKP UMNO Malaysia. So bila dah duduk dalam MT tu, janganlah keluarkan statement lebih sudu dari kuah.
Kalau keadaan masih berterusan begini dan Azwan tetap mahu mengekalkan sikap arrogant nya, lebih baik duduk dalam kem DAP. Jadi sombong macam burung merak asyik dia jer yang hebat.
Dah terang-terang buat salah tapi tetap sombong tak nak mohon maaf kepada orang yang terkena tempias dari sikapnya.
Sebelum habis menulis artikel ni, meh saya tunjukkan pada Mr Arrogant borang Universiti Harvard yang jelas tertera ruangan 'Religious Preference'.
Buat Azwan Arrogant,
Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak pernah berpesan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang terdahulu (saya tak pasti sama ada Azwan Bro mengikuti ucapan Presiden ataupun sibuk berada di Riverside) UMNO perlu transformasi dari ekslusif kepada inklusif jika mahu mengekalkan kuasa. Dengar denyutan nadi rakyat, bukannya menghina rakyat marhein.
Kalau nak menang PRU 14, jaga hati orang Melayu dan Bumiputera bukannya terus bersikap seperti Mr Arrogant.
No comments:
Post a Comment