Bongkar!! Kisah Bekas Pengerusi Bank Rakyat Yang Disorok Oleh Media Pro Umno
Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan
khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang
dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana
Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut
menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman
berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan
menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa
menteri?".
Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan
Malek yang bertindak masuk campur tangan.
"Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua'," kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.
Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk
menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki
pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui
120 keping cek "post dated".
"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah,"
kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.
Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan tersebut, Hasan tidak berpuas
hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat beliau
sebagai pengerusi Bank Rakyat.
Sabbaruddin menunjukkan surat yang ditandatangani Datuk Seri Hasan Malek
yang mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat
supaya mengikut telunjuknya – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan
Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.
"Sebenarnya penggal saya berakhir pada 8 April dan Bank Negara sudah
bersetuju, tetapi menteri tidak mahu menandatangan," katanya.
Malah, Sabbaruddin juga mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan
individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.
"Selepas itu baru kita tahu sudah ada mesyuarat pada Januari lalu, cek
sudah tersedia untuk bulan Januari, Februari dan Mac cuma tunggu
didepositkan sahaja," kata Sabbaruddin.
The Malaysian Insider difahamkan individu yang berhutang tersebut
merupakan pemilik kepada sebuah syarikat karpet di ibu kota yang pernah
menimbulkan kontroversi sebelum ini.
Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada
The Malaysian Insider yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada
Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya.
Kemelut tersebut menjadi serius apabila Pengarah Urusan Mustafa Razak
diarahkan membawa perkara tersebut ke Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk
bersetuju dengan pembayaran hutang itu pada Mac lalu.
Bahkan, Sabbaruddin berkata Bank Rakyat sehingga kini tidak lagi mempunyai pengerusi selepas khidmatnya tidak disambung.
"Sampai hari ini, pengerusi baru Bank Rakyat belum ada pengganti," kata beliau.
Cubaan The Malaysian Insider menghubungi Hasan gagal kerana beliau sekarang ini berada di luar negara atas urusan kerja.
Individu berhutang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.
Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah
di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80%
saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah
bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita
Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. ~tmi
No comments:
Post a Comment