Thursday, May 29, 2014

PM UMNO : DIA NEH SAJA NAK CARI PASAI NGAN AKU ...

OLEH MD IZWAN

Barisan Nasional akan tewas pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan pengundi muda, kata bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik. Gambar fail The Malaysian Insider.Barisan Nasional akan tewas pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan pengundi muda, kata bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik membayangkan Datuk Seri Najib Razak akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tiada sokongan pengundi muda.
Sabaruddin berkata, generasi muda tidak lagi bodoh dan keputusan lebih buruk akan menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya tiada perubahan dalam pentadbiran Najib.
"Pilihan raya umum seterusnya, saya takut kalau kita tidak buat sesuatu, kita akan terima lebih banyak azab.
"Orang muda, tidak banyak, banyak generasi Y ini tidak bersama dengan kita," kata Sabbaruddin dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Menyifatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu (PRU13) lalu sebagai paling teruk, Sabaruddin tidak menolak dalam pilihan raya akan datang BN akan hilang setengah kerusi di Parlimen yang mereka miliki ketika ini.
"Kalau tidak ada perubahan yang serius, kita akan hilang setengah, sekarang dua pertiga," katanya yang pernah memegang jawatan setiausaha agung Umno pada 1996.
Sabaruddin berkata, isu rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran antara faktor utama penolakan generasi muda.
"Rasuah, ketirisan dan ketelusan perlu ditekankan," katanya.
Pentadbiran Najib tercalar dengan beberapa isu ketirisan, beberapa laporan Ketua Audit Negara beberapa tahun kebelakangan ini mencerminkan ketempangan dalam pentadbiran beliau.
Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2013 baru-baru ini juga tidak mencerminkan imej transformasi, apabila beberapa kontroversi ketirisan didedahkan dalam laporan tersebut.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga terpaksa memanggil lima kementerian untuk memberi keterangan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Bagi Siri Pertama.
Usaha Najib untuk memulihkan imej bersih pentadbirannya menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada 2009 juga tidak berjaya.
Namun, laporan yang dikeluarkan Transparency International-Malaysia (TI-M) bagi 2013 menunjukkan Malaysia hanya memperbaiki kedudukan satu anak tangga, naik daripada kedudukan 54 ke 53 berbanding 2012.
Kedudukan tersebut tidak berjalan seiring dengan transformasi yang dilaungkan oleh perdana menteri.
Mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri walaupun prestasinya lebih buruk jika dibandingkan dengan perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabbaruddin berkata Najib bernasib baik.
"Najib bernasib baik kerana ambil alih daripada Pak Lah, jika beliau ambil alih daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) pasti dia pun kena letak jawatan.
"Najib bernasib baik, tapi beliau tidak boleh bergantung dengan nasib," katanya.
Abdullah terpaksa melepaskan jawatannya pada 2009 susulan tekanan daripada perdana menteri paling lama berkhidmat itu dan pemimpin Umno lain akibat keputusan buruk pilihan raya umum pada 2008.
Walaupun prestasi Najib lebih buruk berbanding Abdullah, beliau masih terselamat kerana tiada desakan untuk menurunkannya daripada tampuk kuasa walaupun pada awalnya desas-desus mengatakan ada usaha sedemikian.
Sabbaruddin berkata, tindakan mendesak Abdullah meletak jawatan tersebut sebagai tidak wajar dilakukan.
"Sepatutnya, Pak Lah dahulu tidak disuruh pun letak jawatan.
"Pak Lah tidak bernasib baik sebab ambil alih daripada Dr Mahathir kerana ketika itu beliau masih sangat kuat," katanya.
Sabbaruddin berkata, ketiadaan tokoh dan penganti yang berkemampuan dalam Umno juga punca tiada sesiapa yang berani mendesak Najib daripada meletak jawatan.
"Najib kurang tapi tiada sesiapa yang suruh beliau undur.
"Bukan selesa atau tiada yang mahu Najib diganti, tapi orang Umno takut kalau dia dipaksa pergi siapa hendak ganti beliau," katanya.
Genap setahun PRU13 pada 5 Mei lalu, pentadbiran Najib dilihat lemah dan tidak berfungsi dengan sepenuhnya, pengkritik dan pemerhati politik negara berkata ia berpunca daripada keputusan pilihan raya tersebut.
Najib mendapat mandat pertamanya secara rasmi selepas memenangi 133 kerusi Parlimen daripada 222 jumlah kerusi keseluruhan, namun keputusan itu masih buruk kerana BN hilang undi popular buat kali pertama.
Najib juga ketika ini bergelut dengan tekanan dan bahang kemelut melibatkan isu kaum dan agama yang masih tiada penghujung.
Kewujudan kumpulan ekstremis seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menurut pengkritik berpunca daripada kelemahan yang datang daripada pentadbiran Najib sendiri.

No comments:

Post a Comment