KEMELUT DI TERENGGANU
Kalau kemelut di Terengganu itu berlaku dalam Pas barang kali kita sudah mengetahui apakah penamatnya. Dua peristiwa sebelum ini menunjukkan keadaan sama bila dihadapi parti pembangkan ia sangat rapuh dan Umno dapat mengambil kerajaan dengan mudah tanpa berpenat lelah.
Setengah abad lalu kerajaan Pas Terengganu yang menang dengan majoriti mudah, kelebihan tiga undi telah jatuh apabila undi tidak percaya dilakukan. Dua orang wakil rakyat Pas bertindak menyokong Umno semasa undi tidak percaya dikemukakan dalam Dewan.
Begitu juga di Perak apabila tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan mengistyharkan diri mereka bebas, menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat hilang majoriti. Ketiga calon bebas menyokong UBN. Undi tidak percaya tidak diperlukan, kerana Sultan Perak menggunakan budi bicaranya. Akhirnya Zamary Kadir dari Umno mengangkat sumpah menjadi MB.
Hal yang sama berlaku di Terengganu dalam tempoh 48 jam semalam. Hakikinya apabila tiga Adunnya keluar parti, kerajaan Umno Terengganu sudah tumbang apabila kerajaanya tidak lagi mendapat majoriti. Kedudukan Umno dengan Pas sama 15 :14+1. Dengan kedudukan itu tidak wajar perlantikan MB baru dilakukan.
Kenapa Tuanku Sultan tidak menggunakan budi bicara untuk menentukan parti mana berhak, kerana Ahmad Said dan dua lagi rakannya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) itu mengumumkan mereka menjadi bebas selepas upacara angkat sumpah MB sudah berlangsung. Kalau pengumuman itu dibuat sebelum jam 8:00 12 Mei keadaan jadi lain kemungkinan majlis angkat sumpah itu akan ditangguhkan.
Tuanku Sultan akan memanggil semua parti untuk menentukan dan memutuskan keadaan. Keperluan itu disebut dalam perlembagaan tubuh negeri Terengganu. Kalau Tuanku panggil dan bertanya pendirian tiga Adun yang keluar itu dan mereka menjawab, mereka tidak menyokong Umno maka keputusan untuk lantik Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai MB sukar. Jalan terbaik ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Terengganu.
Di sini kalau Amat Said bercadang hendak menggocangkan kerajaan Umno nampak beliau tidak berstrategi. Sepatutnya beliau dan rakannya, mengumum awal-awal, sebaiknya apabila beliau diberitahu telah dipecat sebagai MB. Dalam hal ini Najib Razak lebih cerdik.
Umno adalah parti yang cekap, pantas, berani dan mempunyai kekuatan kewangan. Dengan segala kelebihan itu Umno dapat kounter balik menenangkan keadaan. Hari ini ternyata, apabila salah seorang Adun yang mengistyharkan diri, Roslee Daud sudah kembali semula kepada Umno.
Proses pemujaan dan convince terus dilakukan. Saya percaya selepas ini dua lagi Adun itu akan rujuk kepada Umno tanpa pun melakukan Cina buta. Akhirnya yang tinggal nanti adalah Ahmad Said terkontang-konting. Itu pun kalau kena cara dan bahasa yang baik Ahmad Said juga akan menarik diri dan akan menangis di hadapan Najib agar dia diterima semula sebagai Adun Umno. Mungkin beliau akan berkata, "tak boleh jadi Hang Tuah pun tak apa, asalkan boleh jadi Hang Kebun."
Dalam hal ini ternyata Pas sebuah parti yang baik dan ingin menennag dengan cara baik. Seperti kata Pesruhjaya Pas Terengganu, pihaknya tidak akan melamar wakil rakyat Umno ertinya mengambil kesematan atas kemelut yang berlaku. Baguslah parti Islam kena begitu. Sebab bagi Pas kemenangan bukan bererti benar, kekalahan juga adalah kemenangan. [wm.kl.2:37 pm 14/05/14]

No comments:
Post a Comment