Mungkin ini antara punca kenapa ada masjid-masjid di N.Sembilan suram, jemaahnya terlalu sedikit
Di
N.Sembilan, pemilihan AJK masjid ditentukan oleh YB. Oleh kerana
pemilihan di buat oleh YB, suasana di masjid dan kariah makin teruk
hingga ketiadaan jemaah. Analoginya begini, kata parti A ambil ahli
jawatankuasa dari kalangan mereka yang menganggotai parti A. Dalam parti
A pula terdapat pecahan kumpulan yang lain.
Bila YB
pilih AJK daripada kumpulan yang menyokongnya, maka makin terpinggirlah
masjid berkenaan kerana tidak puas hati dan sebagainya – Dato Hj Mohd
Murtadza bin Hj Ahmad (petikan majalah Milenia Muslim)
"Dan
berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu
bercerai berai, dan ingatlah akan ni`mat Allah kepadamu ketika kamu
dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan
hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni`mat Allah orang-orang yang
bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah
menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan
ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk" - Ali Imran 103
No comments:
Post a Comment