Dok Kira BABI aja yang HARAM, nie cara Untung Atas Angin & 'Duit Free' apa pula hukumnya..?
Disebabkan
hal dan perkara ini sentiasa berlaku di syarikat swasta dan kerajaan,
saya merasakan amat baik jika artikel ini dibaca dan dihayati kembali
oleh pelawat web saya. Khususnya di musim kegawatan ekonomi dan
kebanyakan pekerja sedang memikirkan pelabagi kaedah dan cara untuk
mencari wang sampingan dan tambahan. Beringat-ingatlah dalam mencari
wang sampingan, jangan sampai menyumbat bara api neraka ke dalam mulut
isteri dan anakmu.
Tajuk
utama surat khabar New Straits Times pada 11 September 2007 memaparkan
isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga
luar biasa.
Hal ini
terbongkar apabila pihak Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan
telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini.
Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah :-
1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700.
2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224.
3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta (Kementerian Belia & Sukan).
4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap.
5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254.
6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56.
7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta.
-
1) Penipuan oleh pegawai bertanggungjawab yang mengambil keuntungan atas angin.
-
2) Rasuah menyebabkan harga termasuk harga bayaran rasuah.
-
3) Salah teknikal dan pengiraan.
Menurut Islam, jika ia berlaku dengan sebab item 1 dan 2, sudah tentu hukumnya haram. Dalil pengharaman rasuah adalah :-
1) Firman Allah s.w.t
وَلاَ
تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى
الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ
وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : "
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di
antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa
(urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian
daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal
kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
2) Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
Ertinya :
"Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah
dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" (
Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Manakala dalil pengharaman penipuan juga sangat jelas dalam urusan perniagaan secara umum, iaitu :-
1) Sebuah hadis :-
أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها
فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال
أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ
الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya
: "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki
yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya,
kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila
dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang
dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)
2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya
: Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram
jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (
Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )
3) Nabi
SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan
daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil
lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu
terus berkata :-
قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
Ertinya
: "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah
mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan),
lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil
jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )
Hasil
dari kumpulan hadis ini, bentuk tindakan yang dilakukan seperti adalah
HARAM dari sudut hukum Islam jika ia benar-benar dilakukan atas dasar
penipuan dan rasuah. Manakala, jika berlaku atas kesilapan teknikal, ia
tidak termasuk dalam kesalahan dari sudut hukum. Ia hanya kelemahan
pengurusan dan tindakan bergantung kepada pihak berwajib.
No comments:
Post a Comment