Kajian buktikan rakyat hilang kepercayaan pada sistem demokrasi negara, kata pengkritik
Dalam
tinjauan Transparency International Malaysia (TI-M), rakyat Malaysia
menunjukkan tanda-tanda mereka hilang kepercayaan kepada sistem
demokrasi negara, sementara Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian
mengatakan rakyat Malaysia mendakwa pernah berdepan dengan situasi
rasuah yang kecil mahupun besar. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Mei,
2014. Hasil tinjauan Transparency International Malaysia
(TI-M) yang menunjukkan parti politik dianggap sebagai paling dirasuah
dalam negara, memperlihatkan petanda rakyat Malaysia hilang kepercayaan
terhadap sistem demokrasi negara, kata badan anti rasuah dan
penganalisis.Kesedaran itu timbul berikutan kos kehidupan semakin meningkat selain capaian akses Internet yang memberi pendedahan kepada rakyat tentang kesan amalan rasuah yang menjejaskan hidup mereka.
Badan tinjauan bebas Merdeka Center berkata hasil kajian TI-M itu padan dengan keputusan yang dijalankan mereka.
Laporan Barometer Rasuah Malaysia (MCB) 2014 yang dikeluarkan TI-M semalam mendapati rakyat Malaysia melihat parti politik tempatan lebih kuat rasuah berbanding polis, penjawat awam, ahli Parlimen dan badan perundangan.
Kajian menemubual 2,000 rakyat Malaysia sebagai responden, 45% daripadanya berkata parti politik paling dirasuah, dengan polis (42%), pegawai dan penjawat awam (31%) dan ahli Parlimen serta pengamal undang-undang (23%).
No comments:
Post a Comment