LOGIKKAH ALASAN MCA TIDAK BERTANDING DI BUKIT GELUGOR?
Penamaan calon telah selesai dengan calon DAP Ramkarpal Singh, akan ditentang oleh Huan Cheng Guan (Presiden PCM), Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan.
MCA tidak meletakkan calonnya. Alasannya yang diberikan oleh Setiausaha Agong dan Presidennya adalah kerana mahu memberi tumpuan pada isu hudud yang dihadapi sekarang. Alasan ini tidak masuk akal.
Mengapa begitu ya sikap pemimpin politik ini, sering memberi alasan yang rendah kualitinya? Selalunya inilah yang berlaku menyebabkan rakyat menjadi bosan dengan pemimpin sebegini. Lebih teruk lagi jika pemimpin sebeginilah nanti yang dilantik menjadi menteri.
Jika sayalah dikehendaki berhujah, saya akan katakan melihat kepada keputusan PRU-13, MCA tidak mempunyai sokongan yang kuat di kawasan ini. Oleh itu, MCA merasakan wajar untuk mengukuhkan dahulu kedudukan parti di kawasan ini daripada bertanding.
PM pula memberi alasan BN tidak meletakkan calonnya kerana MCA dalam proses konsolidasi untuk mengukuhkan partinya. Alasan PM hujah diplomatik yang baik. Cuma, kata PM lagi, BN mungkin akan menyokong calon yang mesra BN. Siapakah calon itu? Wajarkah BN menyokong calon Bebas?
No comments:
Post a Comment