Monday, May 12, 2014

ORANG KAMPUNG : BILA DAH NAK MAMPUIH, BARU NAK INGAT KAMI KA ???

Umno perlu menang sokongan ‘penduduk kampung bandar’ untuk terus hidup, kata Najib - OLEH LEE SHI-IAN


 
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bercakap kepada ahli Umno semasa majlis sambutan ulang tahun penubuhan ke-68 parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, malam ini. –

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bercakap kepada ahli Umno semasa majlis sambutan ulang tahun penubuhan ke-68 parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, malam ini. –

Semasa sambutan ulang tahun penubuhannya awalnya hari ini, ahli Umno diingatkan untuk terus hidup, parti itu perlu memberi perhatian kepada kawasan bandar dan separa bandar, bukannya luar bandar sahaja, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata, sementara sokongan masyarakat luar bandar dikekalkan, parti itu juga terpaksa berusaha memenangi "penduduk kampung bandar", atau mereka yang bekerja di bandar tetapi kembali ke kampung untuk mengundi.

"Inilah kumpulan yang Umno perlu beri perhatian, kita tidak hanya boleh dilihat sebagai sebuah parti untuk orang luar bandar," kata Najib kepada ahli Umno pada ulang tahun ke-68 parti itu.

"Dalam usaha untuk terus berkuasa, kita melihat bukan sahaja pada kekuatan tetapi juga mana-mana bahagian yang boleh kita lakukan penambahbaikan," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam ini.

Najib mengenal pasti pasti penduduk kampung bandar sebagai kunci untuk menarik lebih ramai sokongan untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Mereka bekerja di bandar tetapi apabila pilihan raya umum diadakan, mereka kembali ke kampung untuk membuang undi," kata Najib.

Najib berkata sokongan penduduk luar bandar perlu kekal menjadi teras parti, tetapi pada masa yang sama, dengan penghijrahan dan perubahan demografi, Umno perlu membaca dan memahami perubahan ini.

"Ini adalah untuk terus memperoleh sokongan daripada rakyat tidak kira di mana mereka berada," katanya.

"Perubahan ini mesti dinilai teliti oleh Umno, parti mesti melakukan penyelarasan terhadap dasar lama dan mengambil pendekatan baru serta tindakan dalam peringkat bahagian dan cawangan.

"Ia adalah untuk mengenali hati dan jiwa serta sokongan masyarakat luar bandar dan pada masa yang sama tidak ditolak oleh komuniti bandar."

Menurut Najib, pemimpin parti dan ahli Umno untuk bertanya kepada diri sendiri, apakah Umno parti pilihan pengundi Generasi -Y.

Menurut Wikipedia, Generasi -Y adalah “kohort” demografi selepas Generasi X.

Tiada tarikh yang tepat bila bermula dan berakhirnya generasi ini.

Penyelidik dan pengulas menggunakan tahun lahir dari awal tahun 1980-an sehinga awal tahun 2000.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas, BN membentuk kerajaan selepas menang dengan majoriti mudah, walaupun mereka kehilangan undi popular.

Najib berkata Malaysia mempunyai pengguna media sosial terbesar iaitu sebanyak 14 juta rakyat mempunyai akaun Facebook.

"Faktor utama adalah mereka yang berjaya mempengaruhi pengguna media sosial dan mendapat sokongan mereka," kata Najib.

Najib berkata, mempunyai penulis blog yang ramai tidak sepenting kualiti.

"Adalah lebih baik mempunyai beberapa penulis blog yang diikuti satu jumlah yang besar daripada mempunyai ramai penulis blog," kata beliau sambil menambah bahawa pengaruh mereka adalah kunci kepada keberkesanannya. –

Malaysia Insider.

No comments:

Post a Comment