GST - Jawapan buat PM DS Najib ..
Pembangkang Kutuk GST Tapi Tidak Sedia Alternatif - Najib
Diterbitkan: Sabtu, 3 Mei 2014 11:48 PM
Boleh baca Klik Sini
Namun rungutan bangang dari PM 1Malaysia telah diberikan jawapan oleh seorang ahli akedemik,,,
Ayuh jimatkan perbelanjaan negara
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
SHAH ALAM - Bagi menjimatkan perbelanjaan negara beberapa langkah yang diperkenalkan calon presiden dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi boleh dipraktikan di negara ini.
Penganalisis Politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof berkata, antara sistem yang diperkenalkan tersebut adalah seperti memotong separuh perbelanjaan pegawai-pegawai kerajaan.
"Tindakan kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah membawa rakyat marhaen ke jalan raya pada 1 Mei yang lalu.
"Ini kerana mereka berasa terbeban dengan kenaikan kos hidup, biarpun hakikatnya GST akan mula berkuatkuasa 11 bulan dari sekarang.
"Lalu beberapa sistem Jokowi boleh ditiru kerajaan dalam menjimatkan lagi perbelanjaan negara, antaranya mengambil separuh perbelanjaan pegawai, termasuk untuk tiket kapal terbang,minyak percuma dan kereta percuma.
"Hanya tingkat tertinggi sahaja yang betul-betul mendapat kemudahan tersebut, di samping memotong perbelanjaan mesyuarat di hotel-hotel besar dan tidak melanjutkan perkhidmatan pegawai yang telah sampai tempoh pencen," katanya yang dipetik menerusi akaun Facebook miliknya.
Oleh itu, Agus menambah,sekiranya langkah ini dilaksanakan sudah semestinya banyak wang negara yang boleh dijimatkan.
"Saya fikir, bagus juga negara mengambil langkah begini,kemudahan kereta hanya untuk Ketua Setiausaha (KSU),Ketua Pengarah dan Naib Canselor sahaja.
"Lain-lain pegawai tidak perlulah disediakan kereta,minyak dan pemandu, sementara pegawai berpangkat besar yang pencen itu, janganlah disambung kontrak, jika masih bertenaga, ceburilah bidang lain.
"Jadi jika inilah yang boleh kita lakukan, banyaknya perbelanjaan negara yang boleh kita jimatkan," katanya.
kalau PM1 Malaysia tak boleh nak ikut juga,, maka memanglah PM 1Malaysia jenis manusia yang kita tahu selama ini tidak pernah merasai kesusahan sepertimana rakyat-rakyat marhaen,,
PM 1Malaysia, bila ibunya Toh Puan Hajjah Rahah melahir Najib ke dunia dan celik aja biji mata telah hidup dan melantak dalam kemewahan, jadi erti kesusahan kehidupan seperti mana rakyat marhaen tempuhi memang tak pernah dirasai oleh Najib walaupun se minit...
jadi mahu ke Najib nak ikut saranan Prof Dr Agus tu,,,sepertimana telah dipraktikkan oleh negara jiran..
kalau nak sebut pembaziran yang dilakukan oleh najib banyak lagi,,, yang paling besar pembaziran ialah najib membanyakkan jawatan menteri kabinet berbanding negara-negara maju dan lebih besar dari Malaysia, itu tidak termasuk lagi jawatan khas buat bekas pemimpin politik BN yang sama taraf dengan menteri...
No comments:
Post a Comment