TMJ perli FAM - Jawatan Presiden sekadar warisan anak beranak..!!
Hanya
penyerahan jawatan dalam kalangan ahli keluarga. Itulah yang
disifatkan TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkaitan Presiden FAM pada
kongres badan induk itu, 25 Mei ini.
Ia merujuk penyerahan jawatan itu daripada Presiden FAM sekarang, Sultan
Ahmad Shah kepada anakandanya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah,
TMJ berkata, tidak akan ada istilah pemilihan sebenar pada kongres itu
nanti.
“Saya tahu tidak ramai orang mahukan saya berada dalam FAM. Saya
berterus terang, saya tidak berminat (jawatan Presiden FAM) kerana benda
ini jelas tidak ada istilah pemilihan.
“Ia hanya akan diturunkan daripada ayah kepada anaknya dan saya rasa seluruh negara tahu.
“Saya tidak pandai berdrama depan rakyat Malaysia kononnya ada
pemilihan. Pencalonan itu ada tetapi saya sendiri sudah tahu apa akan
terjadi.
“Saya tidak terhegeh-hegeh atau harapkan sangat,” katanya pada sidang
media selepas memperkenalkan pemain import baru Johor Darul Ta’zim
(JDT), di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di sini semalam.
Presiden PBNJ itu berkata, beliau cintakan bola sepak dan sudah melakukan perubahan di Johor.
“Insya-Allah saya boleh lakukan juga kepada negara tetapi jika ahli
gabungan berasakan Tengku Abdullah lebih sesuai sebagai presiden, itu
pilihan mereka dan saya hormati keputusan mereka.
“Saya harap Tengku Abdullah lakukan perubahan untuk bola sepak negara,” katanya dipetik Berita Harian.
No comments:
Post a Comment