Binaan Tandas yang biadap sebab berbentuk Masjid siap ada Kubah telah di pinda..!!
Tandas / Bilik Persalinan Menyerupai Surau Di Ubah Setelah Kecoh Di Alam Maya
Bilik persalinan berdekatan kolam mandi di Hotel Lotus, Desaru, di sini,
menjadi isu selepas ada pihak memuat naik gambar bangunan yang didakwa
menyerupai rumah ibadat di laman sosial, kelmarin.
Ekoran itu, pihak pengurusan hotel mengambil langkah
segera menurunkan bahagian atas bangunan tersebut yang menyerupai kubah
masjid bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan pengunjung hotel
terbabit.
Pengurusnya, Indra Ghandi berkata, dia turut hairan mengapa isu tersebut
dibangkitkan sedangkan bangunan tersebut telah lama dibina sejak hotel
tersebut dikenali sebagai Desaru Impian.
Menurutnya, tanggapan orang ramai yang mendakwa bangunan tersebut tandas
juga adalah tidak benar kerana bangunan tersebut merupakan bilik
persalinan.
“Ia menjadi salah faham selepas ada pihak memuat naik gambar itu di
laman sosial mengatakan bangunan itu tandas yang menyerupai surau.
“Sejak dahulu lagi bangunan tersebut telah ada, malah dengan rekaan sama
seperti sekarang. Bangunan tersebut dibina dengan rekaan ala Morocco,
bagaimanapun ia disalah anggap sesetengah pihak.
“Oleh itu sebagai langkah terbaik kita turunkan bahagian atas bangunan tersebut pagi tadi (semalam).
“Pihak pengurusan juga tidak mahu salah faham ini berterusan terutama kepada pengunjung hotel ini,” katanya.
Menurutnya, diharap dengan langkah yang diambil pihak pengurusan itu, orang ramai akan berhenti daripada memainkan isu tersebut.
Tambahan, isu tersebut merupakan isu sensitif terutama masyarakat di Malaysia adalah masyarakat majmuk. ~sh
No comments:
Post a Comment