Sunday, August 16, 2015

UMNO berantakan mesyuarat kecoh, perwakilan dakwa dipukul, ditendang

 


PETALING JAYA: Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan di Pulau Pinang pada Ahad kecoh seketika apabila dua perwakilan mendakwa ditumbuk dan ditendang.

Dalam kejadian di Hotel The Light di Butterworth kira-kira jam 1.30 petang itu, kedua-duanya dibelasah kerana mempertikai senarai perwakilan mesyuarat berkenaan selepas nama cawangan mereka serta 17 lagi tidak tersenarai.

Memetik laporan Harian Metro, mereka mendakwa dicederakan sekumpulan lelaki yang bukan ahli UMNO serta beberapa ahli jawatankuasa bahagian itu.

Akhbar itu melaporkan pergelutan berkenaan berlaku hampir 10 minit sebelum berjaya dileraikan anggota polis bertugas.

Susulan kejadian itu, kedua individu yang mendakwa dipukul membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika mengesahkan menerima laporan dibuat dan sedang menyiasat kejadian itu.

No comments:

Post a Comment