Wednesday, August 19, 2015

Ahli Parlimen, 182 ahli `tinggalkan’ PAS?


SlTI Mariah (kanan) bersama ahli dan pimpinan PAS Kota Raja yang meletak jawatan dalam parti itu.

KLANG : Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud bersama 182 ahli dan pimpinan PAS Kota Raja meletak jawatan dalam parti itu untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), petang tadi.

Beliau berkata, tindakan itu bagi menyahut saranan dan arahan daripada kepemimpinan supaya semua ahli yang mahu menyertai GHB meletak jawatan.

"Kami di Parlimen Kota Raja terdiri daripada Yang Dipertua (YDP), Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Naib Yang Dipertua (NYDP) serta Setiausaha Kawasan meletak jawatan dalam PAS.

"Ia diikuti sembilan Ketua Cawangan serta ahli jawatankuasa (AJK) cawangan yang melakukan tindakan sama," katanya.

Beliau berkata, tindakan itu bagi memudahkan AJK yang masih bersama PAS dapat menjalankan tugas di kawasan itu.

Suara Politik
Belantan

No comments:

Post a Comment