Wednesday, August 5, 2015

Jangan layan pemimpin laksana separa dewa, kata MB Johor.


 
 Berikut merupakan antara petikan ucapan Menteri Besar Johor,  Mohd Khaled Nordin dalam posting Facebooknya yang merujuk kepada ucapannya ketika merasmikan persidangan Wanita UMNO Bahagian Pasir gudang pada 2hb Ogos 2015 di Dewan MPJBT Jalan Gunung, Seri Alam.

Sebelum ini, anak beliau, Akmal Saufi telah membangkitkan pelbagai persoalanberkaitan derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadi DS Najib.

 Khaled mengingatkan bahawa Perjuangan UMNO kesemuanya adalah tentang bangsa dan parti. Tidak pernah tentang diri sendiri dan kepentingan peribadi.

"UMNO tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergulat dengan kemiskinan dan jurang keberadaan. Kalian tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati. UMNO tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti. Atau disiplin kepartian mentaati pemimpin.Sudah sampai masanya UMNO bergerak beberapa langkah ke hadapan. Lebih proaktif dan lebih dominan." Tulisnya lagi.

 Beliau menambah bahawa zaman ini bukan lagi zaman dimana kepemimpinan itu dilayan laksana separa dewa. Sifat dan budaya feudal bukan budaya UMNO. Budaya UMNO adalah tentang nilai-nilai yang baik, yang terpuji, luhur dan mahmudah. 

"UMNO bukan milik pemimpin. Ia milik kita semua. Kita kena terima hakikat, umno hari ini berhadapan dengan krisis kredibiliti yang luar biasa, bukan lagi krisis persepsi, kini menular sebagai krisis kewibawaan, rekahan kepada kesatuan parti telah mula jelas kelihatan." Tulisnya. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Harapan DS Najib Tun Razak untuk menutup mulut rasa tidak puas hati dalam Umno, terutamanya di Johor, sejak penyingkiran Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin kini lebih mencabar daripada yang dijangkakan.  Encik Azalina dan Puan Hishamuddin kena kerja lebih kuat lagi!!

No comments:

Post a Comment