Wednesday, August 12, 2015

Rahsia kenapa Hj Hadi nampak hebat


 
Hj Hadi menerusi vdo dibawah ini menyatakan :

Islam menerima manusia yang baik.Menerima ilmuan-ilmuan dari pelbagai bangsa dan agama. Ada Ilmuan pelbagai-bagai bidang, Sains dan teknologi. Tak masuk Islam, diambil ilmunya. 

Kalau kita baca sejarah purba... Socrates, ahli falsafah Greek, dibunuh oleh kerajaan Greek kerana dia bijak. Di India, seorang akitek yg bijak mencipta istana dan bangunan yg indah, setelah bangunan selesai, raja mengarahkan tangan akitek ini dipotong ; (takut) nanti dia akan buat istana yg lebih cantik, dipotong tangannya. 

 Kita baca dalam sejarah Melayu, walaupun dongeng, tapi menjadi pengajaran. Bila Singapura diserang todak, raja Singapura mengarahkan rakyat jelata tahan betis untuk melawan todak yg menyerang Singapura.Lalu seorang pemuda kata, "Jangan tahan betis,bodoh!Tebang pisang ambil batang dia!" 

 Lalu ditebang pisang, ambil batang, diletak batang pisang dipantai Singapura.Maka todak kalah berlawan batang pisang, bukan berlawan batang betis! 

 Sejarah mengatakan, orang besar mengatakan, "Tuanku, budak ni bijak, cerdik, nanti besar dia guling kerajaan." (lalu) Dibunuhnya pemuda itu itu!Ini sejarah Melayu.

 Bukan sahaja sejarah Melayu, sejarah India, sejarah China, sejarah Jahiliah Arab, Rom, Parsi...bunuh orang yg bijak!

 Islam mengambil orang bijak ......


Ternyata PAS buang yg bijak, ambil yg kureng...

 Ini pula sejarah di Kelantan..... Mohd Amar Nik Abdullah,yang sebelum ini galak menyusun calon-calon PAS bersama birasnya Zulkefli Mamat hingga akhirnya kini kita dapat menyaksikan Husam telah dinyahkan dari kerajaan Kelantan dan tidak lagi disenaraikan sebagai Exco.
Husam tidak disenaraikan bukan saja sebagai TMB, tempat yang dikira wajar dan tepat untuknya berdasarkan track rekod dan pencapaian, tetapi dia juga tidak dilantik menjadi Exco. Namanya tidak termasuk dalam sembilan nama Exco. 
Ketiadaan Husam dalam barisan kabinet Kelantan inilah yang anih dan ganjilnya dan menjadi isu di Kelantan kini. Husam memang kalah di perlimen Putrajaya, tetapi dia menang besar di Salor dengan majoriti, 3,683. Apakah mereka yang menyenaraikan nama Husam untuk dihantar kepada Sultan, terlupa yang Husam menang? Baca di sini
Rahsia Hj Hadi dipandang Hebat

Islam mengambil orang bijak ......Kata Hj Hadi; tapi dia tidak merealisasikan apa yang dia sendiri ucapkan.Dia singkir kalangan yang bijak pandai yang berpengalaman dalam parti dan telah teruji dengan pelbagai dugaan lalu digantikannya dengan orang-orang seperti Mokhtar Senik , Nasruddin Tantawi, Nik Abduh dan yang sewaktu dengannya....

 Ini hanya kerana semata-mata Hj Hadi seringkali tidak mampu mematahkan hujah mereka ketika didalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat; hingga menyebabkan Hj Hadi terpaksa buat keputusannya sendiri dan mengetepikan keputusan yg dibuat dalam mesyuarat. 

Dengan tersingkirnya mereka yg bijak pandai itu, dan hanya tinggal tukang hangguk-hanguk, maka semua pendapat dan cadangannya sudah tidak ada lagi yang berani membantah dengan hujah....

Perkara ini diakui sendiri oleh Dr Mahfodz sewaktu ditemuramah  disini :
"Sebenarnya, kita bukan tidak mahu golongan profesional tetapi dengan adanya lebih ramai golongan ulama ia akan memudahkan kerja Presiden untuk membuat keputusan yang menyentuh dasar parti. Sebelum ini beliau menghadapi kesukaran dalam soal tersebut."
 Maka ituHj Hadi dilihat hebat! Inilah rahsia bagaimana Hj Hadi nampak hebat kerana dikelilingi oleh manusia wala'un yg hanya pandai mengangguk setiap masa dan ketika....

No comments:

Post a Comment