Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa demkorasi di Malaysia sudah tiada lagi dan mati dan beliau tenyata sudah malu untuk berceritakan kepada orang luar tentang Malaysia.
Menurutnya dalam penulisan di blog miliknya Chedet.cc, beliau selalu ditanya tentang negara Malaysia apabila ke luar negara tetapi sudah tidak pada masa sekarang.
Persepsi mengenai Malaysia kini telah berubah dimana sebelum ini orang luar sering tertanya tentang kehebatan Malaysia tetapi kini mereka sudah menganggap Malaysia seperti negara yang tinggal di benua Afrika dan arab di mana banyak rasuah dan nilai mata wang semakin mengecil.
"Saya tidak dapat menjawab dengan jujur tentang Malaysia kini tetapi saya tidak mahu berbohong dan semua ini adalah kerana salah 1MDB dan Najib."
"Saya merasakan sesuatu yang salah mengenai 1MDB apabila telah dikeluarkan oleh The Edge bahawa ia telah membeli loji kuasa di atas harga pasaran dan meminjam wang membayar komisen sebanyak 10% dan kadar faedah sebanyak 5.9%."
"Saya menunggu tindakan kerajaan untuk menafikan apa yang di siarkan oleh The Edge berkenaan tetapi tidak sebaliknya tidak dab barulah saya sedar ia adalah salah," katanya.
Selain itu beliau turut menyentuh mengenai isu lain melibatkan 1MDB seperti PetroSaudi di mana mempersoalkan bagaimana urusan jual beli dilakukan dan wang tersebut seolah-olah hilang dan ia perlu dipulangkan kembali kepada Malaysia.
Di dalam tulisan panjang lebarnya tun turut menyentuh tentang laporan dari World St Wall Street Journal tentang dakwaan wang USD700 juta dalam akaun Najib dan beliau masih tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira.
Selain isu itu Tun M juga menyentuh isu kehidupan Najib dilihat terlalu bermewah-mewah di mana majlis pertunangan dan perkahwinan anak perdana menteri terlalu mewah sehingga mengalahkan raja-raja.
"Apa yang Najib lakukan ini belum pernah terjadi di Malaysia, orang yang rugi dan sedar akan bangun menentang apa yang dilakukan oleh Najib dan peluang Najib untuk memerintah pada masa hadapan dilihat gelap dimana kita akan lihat selepas ini pembangkang mungkin akan mengambil alih Malaysia."
"Demokrasi sudah mati. Ianya mati kerana seorang pemimpin yang dipilih itu telah memilih untuk merosakkan institusi Kerajaan dan menajdikan ia sebagai alat untuk mengekalkan dirinya, jika bercakap mengenai 1MDB siapa yang harus untuk disiasat oleh polis tiada orang lain melainkan Najib," kata Tun M menghabiskan tulisannya.
No comments:
Post a Comment