Pendedahan ini dibuat
selaras dengan tuntutan YB Khairy yang mahu tahu siapa 20 nama yang terlibat
berkomplot guling kerajaan. Akan mengurangkan sedikit polemik dan tuduhan
terhadap siapa yang tidak terlibat.
Pendedahan YB Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri mengenai komplot guling
kerajaan bukanlah sesuatu yang baru. Mengikut sumber sumber yang boleh
dipercayai usaha terancang sudah bermula semasa Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai
Timbalan Perdana Menteri lagi. Siri pertemuan di belakang tabir bersama Tun M
serta pemimpin pembangkang telah berlaku sebelum ini melibatkan Tan Sri
Muhyiddin dan juga Datuk Seri Shafie Apdal.
Dengan isu-isu semasa
IMDB, Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal, Khairy Jamaluddin telah berusaha
menyerang secara terbuka YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana
Menteri
Perkara ini makin jelas
sebelum pengumuman rombakan kabinet pada 28 Julai 2015 lalu betapa telah ada
usaha gerakan ahli Parlimen BN dan Pembangkang untuk membuat undi tidak percaya
kepada Perdana Menteri Mohd Najib melalui Dewan Rakyat pada bulan Oktober
2015.
Satu cara lagi ialah
mengumpulkan tandangan MP untuk akuan bersumpah lalu dipersembahkan kepada Yang
DiPertuan Agung.
Menurut sumber yang
boleh dipercayai melalui seorang Pengerusi PKR di sebuah negeri pertemuan dengan
Tan Sri Muhyiddin dan juga Dato’ Shafie Apdal menunjukkan perkembangan positif
hanya menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan.
Katanya terdapat 20
orang MP yang dikenal pasti termasuk Datuk Jazlan Mohamed yang sebelum ini
adalah Pengerusi PAC sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri KDN. Datuk Jazlan
mungkin mengetahui jika Menteri KDN itu melaporkan 26 orang.
Antara 20 nama yang
telah dikenal pasti ialah ;
1) Muhyiddin Yassin
(Pagoh),
2) Shafie Apdal
(Semporna),
3) Noraini Ahmad (Parit
Sulong),
4) Aziz Sheikh Fadzir
(Kulim),
5) Bung Mokhtar Radin
(Kinabatangan),
6) Khairy Jamaluddin
(Rembau),
7) Hasbullah Osman
(Grik),
8) G Palanivel (Cameron
Highland),
9) Razali Ibrahim
(Muar),
10) Normala Abd Samad
(Pasir Gudang),
11) Othman Aziz
(Jerlun),
12) Rahim Bakri
(Kudat),
13) Jumat Idris
(Sepanggar),
14) Shahidan Kassim
(Arau),
15) Marcus Mojiggoh
(Putatan),
16) Ewon Ebin (Ranau),
17) Raime Unggi
(Tenom),
18) Nurjazlan Mohamed
(telah dirunding Jadi timbalan menteri),
19) Zahidi Zainul
Abidin (Padang Besar, sudah dirunding jadi Pengerusi Risda) dan
20) Othman Abdul
(Pendang).
Sehingga maklumat ini
diterima, 20 nama ini memang diakui telah ada dihubungi oleh pihak pihak
terbabit untuk tujuan tujuan komplot tersebut.
Pihak pihak yang
terbabit dan mengenali ahli ahli parlimen ini diminta untuk tampil membuat
penafian dakwaaan bahawa mereka terlibat sama dalam komplot ini.
Pasti ramai yang panas
tetapi inilah nama nama seperti yang dimahukan oleh YB Khairy Jamaluddin. Apakah
Khairy tidak tahu namanya juga ada dalam list ini?
Sumber : LinK
-tranungkite-
No comments:
Post a Comment