Tuesday, August 11, 2015

#SupportTunMahathir: RM semakin jatuh berbanding USD

 

Kedahtimes bukan pakar ekonomi. Hanya tahu serba sedikit tentang permintaan dan pembekalan. Ambilpun asas ekonomi sahaja masa di universiti dulu.

Apa-apa pun, nilai RM semakin jatuh berbanding US Dolar. Kejatuhan ini sudah sampai ke paras RM4,00 berbanding USD1.00.

KedahTimes ada bertanya kepada seorang pakar ekonomi yang pada masa krisis kewangan 1997-98 dulu tentang kenapa RM jatuh berbanding USD.

Kawapan beliau, dia pun tidak boleh beri jawapan tepat kenapa RM kita jatuh dan USD semakin kukuh. Ini kerana katanya fundamental ekonomi Malaysia agak teguh. Berbanding dengan ekonomi US yang terlalu banyak hutang luarnya. Hampir kebanyakan negara di dunia mengalami kejatuhan nilai berbanding USD.

Walaubagaimanapun, mungkin ada faktor lain yang menjadikan RM kita menurun walaupun fundamental ekonomi kita kukuh.

Apa yang KedahTimes boleh fikir ialah:


1. Keyakinan pelabur ke atas Malaysia sudah tiada disebabkan kes pinjaman 42Bilion oleh sebuah syarikat Milik Kerajaan.

2. Ketidaktelusan dalam pengurusan syarikat tersebut membelanja wang 42b itu, walhal wang itu adalah boleh dikatakan 'Public Fund'

3. 'Skandal' yang melibatkan pelbagai individu yang rekodnya tidak baik dalam menguruskan wang 42b tersebut.

4. Penglibatan dana-dana awam dalam memberi hutang atau membeli produk-produk yang ditawarkan syarikat tersebut.

5. Pendedahan kemasukan 2.6b kedalam akaun individu yang juga seorang Presiden parti, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 

6. Jawapan-jawapan yang tidak konsisten atau asyik bertukar-tukar ke atas soalan-soalan yang ditanya.

7. Persepsi orangramai yang isteri mempunyai pengaruh besar dalam setiap tindakan PM

Dan mungkin banyak lagi yang boleh kita fikirkan kenapa terjadi sebegini. FDI semakin kurang. RM semakin merudum, tapi tiada apa-apa tindakan dibuat untuk mengembalikan kepada suasana selesa rakyat. Cuma yang ada hanya kata-kata manis sahaja tanpa tindakan serius.

Malah PM semakin sibuk bukan menguruskan negara tetapi mengurus masalah peribadi.

Elok sangatlah #UndurNajib

No comments:

Post a Comment