Kelantangan seorang Ahli Wanita UMNO mengkritik Presiden Parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi video sensasi dan mendapat perhatian pengguna alam maya.
Menerusi sebuah video yang menjadi viral, wanita tersebut yang dikenali sebagai Alina menuduh Najib sebagai `penipu’ apabila membuat kenyataan tiga juta ahli UMNO menyokong terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Visual tersebut yang berdurasi 2.52 minit telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Hanizam Yunos.
Alina berkata demikian ketika ucapan penangguhan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Langkawi pada Ahad.
“Why Datuk, kamu nak kencing (tipu) tiga juta ahli UMNO. Datuk Seri Presiden dah kencing tiga juta ahli UMNO. Jangan kata tiga juta ini menyokong penuh kepimpinan beliau, saya minta MT (anggota Mesyuarat Tertinggi) bawa Najib pergi berubat.
“Saya sokong Barisan Nasional, demi Allah saya ahli UMNO, walau apa jadi saya pangkah Barisan Nasional. Saya mengkritik kerana saya sayangkan Barisan Nasional, saya sayangkan UMNO. Jangan pertikai kesetiaan saya pada Barisan Nasional dan UMNO, tapi kita lihat pada Presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari, keluar kat tv (televisyen) cakap merata-rata,” katanya.
Sehingga berita ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 209, 875 kali dan dikongsi 7,853 pengguna lapor Free Malaysia Today
.
Hmm.. jadinya sekarang dah tak cukup 3 Juta lah yang sokong Najib..
No comments:
Post a Comment