...bila DAP menimbulkan isu ini ( 1MDB
), nampak macam tidak ada perhatian dari pihak kita. Tapi bila Tun Dr Mahathir
lihat isu ini, dia kaji dan dia tahu isu ini boleh bawa mudarat kepada negara
kita.
.... beza antara Tony Phua dengan Tun
Mahathir .... Tony Phua timbulkan isu ini untuk mengalahkan BN dalam
Pilihanraya. Tun Mahathir nampak, cara ini memang boleh mengalahkan kita,
kecuali kita sendiri ambil masalah ini dan selesaikan.
Kita diminta sabar dan tunggu siasatan
dan laporan dari PAC dan Petugas Khas, rakyat tertunggu2 dan tertanya2 ....
tiba2 orang yang duk selidik ini, sebahagian daripadanya yang ada dalam PAC dah
naik pangkat jadi timbalan Menteri.
Sebenarnya kerja dalam PAC ini, saya
rasa lebih penting dari kerja Timbalan Menteri !
Orang yang tengah duk buat kerja
secara aktif dalam PAC, 4 orang paling aktif dalam PAC ini telah dinaikkan
pangkat jadi Timbalan Menteri ..lumpuhlah PAC.
....yang dah berhenti kena digantikan
dulu ... jadi ini memerlukan masa lagi.
...Pasukan Petugas pula, sorang dah
kena berhenti pasal sakit. Patutnya orang yang sakit tu minta berhenti tapi ini
tidak. Orang yang dikatakan dah lama sakit ni tak minta berhenti pun, dia nak
menyelesaikan tugasnya, tiba2 dia diberhentikan. Itu kan jadi
tandatanya.
,,,,, hasil dari penyelidikan
(siasatan) ini, dah ada tangkapan ... dan ada yang nak ditangkap dah lari.
Rakyat tertanya2, dunia pun dah tertanya2. Kawan2 saya dari luarnegeri yang duk
ikut ( semua perkembangan negara kita ) pun heran - Kenapa orang kerana dah ada
tindakan dari Pasukan Petugas .... tiba2 ada pemecatan.
..... saya rasa
apa yang Tan Sri Muhyiddin kata tu tidak ada yang sensitif. Apa yang Tan Sri
Muhyuddin kata itu perkara biasa. Yang orang duk cakap hari2 dah. Muhyiddin
tunjukkan patutnya begini, patutnya begitu .... tiba2 dia di pecat.
.... saya tak fikir dia dipecat kerana
ucapan itu. Saya fikir ucapan itu adalah sebab terakhir. Kerana nak siapkan
senarai nak lantik kabinet baru ni makan masa.
... yang jelas orang2 yang dilantik
dalam kabinet baru itu adalah orang2 yang bersuara menghentam Dr Mahathir.
Seolah2 kabinet ini kabinet 1MDB ! Kabinet untuk mempertahankan 1MDB. Kabinet
untuk menutup segala usaha untuk mendedahkan 1MDB.
Masalahnya masih belum selesai. Bunga
pinjaman bank jalan terus. Pelaburan yang tak menguntungkan jalan terus.Modal
bank terpaksa jalan terus..... Apa nak jadi kepada negara ini ?
No comments:
Post a Comment