Antara pemimpin UMNO yang aku nampak cerdik sikit dari ramai-ramai yang ada tu ialah Khairy.. tapi malangnya kali ini nak cover malu Najib dia pula sanggup dimalukan..
Bercakap seolah-olah rakyat Malaysia ini semuanya bodoh seperti macai-macai di kelilingnya..
Katanya keputusan UMNO Semporna membatalkan undangan kepada Najib untuk merasmikan mesyuarat persidangan bahagian yang dibuat atas faktor keselamatan dilihat sebagai suatu tindakan yang tepat.
"Itu keputusan UMNO Bahagian Semporna, yang saya tahu banyak lanun di sana,” .. katanya..
Banyak lanun?.. Agak-agak la KJ wei kalau nak cover malu boss hang tu..
Awat kat Samporna tu tak ada Polis ke?.. tak ada Tentera?.. Habiskan beratus juta ringgit untuk ESSCOM tu untuk apa?
Body Guard Najib yang dah ramai sangat keliling dia tu batang pisang ke?
KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO Semporna membatalkan undangan kepada presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk merasmikan mesyuarat persidangan bahagian yang dibuat atas faktor keselamatan dilihat sebagai suatu tindakan yang tepat.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tindakan itu wajar memandangkan keadaan di Semporna yang dianggap tidak selamat kerana terdapat lanun di kawasan berkenaan.
“Itu keputusan UMNO Bahagian Semporna, yang saya tahu banyak lanun di sana,” katanya sewaktu ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, pada Khamis.
Pada Selasa lalu, UMNO Semporna telah membatalkan undangan kepada Najib untuk merasmikan mesyuarat agung tahunannya yang dijadual pada 15 Ogos ini dan telah digantikan dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keputusan itu dikatakan dibuat atas desakan ahli di peringkat akar umbi pada hari sama ketuanya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lapor Free Malaysia Today
Dari apa yang dikatakan oleh Khairy itu bolehlah di simpulkan biarpun beratus juta ringgit dah di habiskan untuk ESSCOM bagi menjadikan Sabah lebih selamat, ianya adalah sia-sia kerana Lanun masih banyak berkeliaran.
No comments:
Post a Comment