Wednesday, August 5, 2015

Kalau dokumen draf pertuduhan itu palsu, kenapa beriya polis nangkap pegawai SPRM?


 
MACC (SPRM)  AGC (Pejabat Peguam Negara)
Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diserbu polis hari ini.

 Langkah itu dipercayai berkaitan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.

 Sekurang-kurangnya lima kenderaan, termasuk empat kereta polis, dilihat meninggalkan ibu pejabat polis daerah (IPD) pada jam 6.45 petang dan kini berada di luar pejabat bahagian itu di Menara Prisma, Putrajaya.

 Beberapa orang pegawai polis berpakaian biasa dipercayai telah memasuki bangunan itu.

 Jurucakap SPRM sebelum ini memberitahu pemberita di luar IPD itu bahawa tiga pegawainya disoal siasat berhubung kebocoran itu sehingga 6.45 petang. ~malaysiakini

Sementara itu themalaymailonline melaporkan :

Setakat ini, dipercayai bahawa sembilan telah diheret sehingga setakat ini dalam siasatan mengenai dakwaan kebocoran - tujuh dari SPRM, salah seorang daripada mereka adalah seorang pendakwa dipinjamkan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC), bekas ahli lembaga penasihat SPRM  ahli sekretariat kewangan dan anti-money laundering Jabatan Peguam Negara.

 Malam ini, selepas  tiga daripada sembilan disoalsiasat , polis menyerbu pejabat operasi bahagian khas SPRM. Dua turut ditahan dalam proses itu walaupun masih belum disahkan yang kedua-duanya itu.

 Sabtu lepas, polis menyerbu rumah dan pejabat Ahmad Sazilee Abdul Khairi, pendakwa dari Jabatan Peguam Negara yang telah dipinjamkan kepada SPRM, berkaitan dengan siasatan 1MDB itu.

Komen al-Husseyn :

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Peguam Negara yg baru saja dilantik, Apendi Ali telah menafikan keabsahan draf kertas pendakwaan yang didedahkan oleh Sarawak Report itu.

 "Draft pertuduhan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tidak dibuat atau dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara. Harap maklum." kata Tun Abdul Majid menerusi twitternya.

Macam-macamlah mereka yang tukang gosok Najib berebut-rebut buat kenyataan menyatakan bahawa maklumat yang dikeluarkan oleh SR itu adalah palsu semata-mata melainkan palsu!

 Kalau benar dokumen draf pertuduhan yang disiarkan oleh SR itu palsu, kenapa polis beriya benar menangkap dan menyoalsiasat sebegitu ramai pegawai SPRM yang terlibat secara langsung dalam bahagian operasi khas dalam penyiasatan 1MDB?

 Kalau benar dokumen draf pertuduhan yang disiarkan oleh SR itu palsu, kenapa Peguam Negara, Gani Patail disingkirkan dari jawatannya secara tergesa-gesa hingga tak sempat beliau nak buat majlis 'farewell' kepada kakitangannya?

 Kalau benar dokumen draf pertuduhan yang disiarkan oleh SR itu palsu, kenapa polis tidak mendapatkan pengesahannya dari Gani Patail sendiri? 

Semakin pelik kemelut 1MDB ni...

No comments:

Post a Comment