Thursday, May 29, 2014

PM UMNO : DIA NEH SAJA NAK CARI PASAI NGAN AKU ...

OLEH MD IZWAN

Barisan Nasional akan tewas pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan pengundi muda, kata bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik. Gambar fail The Malaysian Insider.Barisan Nasional akan tewas pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan pengundi muda, kata bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik membayangkan Datuk Seri Najib Razak akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tiada sokongan pengundi muda.
Sabaruddin berkata, generasi muda tidak lagi bodoh dan keputusan lebih buruk akan menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya tiada perubahan dalam pentadbiran Najib.
"Pilihan raya umum seterusnya, saya takut kalau kita tidak buat sesuatu, kita akan terima lebih banyak azab.
"Orang muda, tidak banyak, banyak generasi Y ini tidak bersama dengan kita," kata Sabbaruddin dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Menyifatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu (PRU13) lalu sebagai paling teruk, Sabaruddin tidak menolak dalam pilihan raya akan datang BN akan hilang setengah kerusi di Parlimen yang mereka miliki ketika ini.
"Kalau tidak ada perubahan yang serius, kita akan hilang setengah, sekarang dua pertiga," katanya yang pernah memegang jawatan setiausaha agung Umno pada 1996.
Sabaruddin berkata, isu rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran antara faktor utama penolakan generasi muda.
"Rasuah, ketirisan dan ketelusan perlu ditekankan," katanya.
Pentadbiran Najib tercalar dengan beberapa isu ketirisan, beberapa laporan Ketua Audit Negara beberapa tahun kebelakangan ini mencerminkan ketempangan dalam pentadbiran beliau.
Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2013 baru-baru ini juga tidak mencerminkan imej transformasi, apabila beberapa kontroversi ketirisan didedahkan dalam laporan tersebut.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga terpaksa memanggil lima kementerian untuk memberi keterangan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Bagi Siri Pertama.
Usaha Najib untuk memulihkan imej bersih pentadbirannya menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada 2009 juga tidak berjaya.
Namun, laporan yang dikeluarkan Transparency International-Malaysia (TI-M) bagi 2013 menunjukkan Malaysia hanya memperbaiki kedudukan satu anak tangga, naik daripada kedudukan 54 ke 53 berbanding 2012.
Kedudukan tersebut tidak berjalan seiring dengan transformasi yang dilaungkan oleh perdana menteri.
Mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri walaupun prestasinya lebih buruk jika dibandingkan dengan perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabbaruddin berkata Najib bernasib baik.
"Najib bernasib baik kerana ambil alih daripada Pak Lah, jika beliau ambil alih daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) pasti dia pun kena letak jawatan.
"Najib bernasib baik, tapi beliau tidak boleh bergantung dengan nasib," katanya.
Abdullah terpaksa melepaskan jawatannya pada 2009 susulan tekanan daripada perdana menteri paling lama berkhidmat itu dan pemimpin Umno lain akibat keputusan buruk pilihan raya umum pada 2008.
Walaupun prestasi Najib lebih buruk berbanding Abdullah, beliau masih terselamat kerana tiada desakan untuk menurunkannya daripada tampuk kuasa walaupun pada awalnya desas-desus mengatakan ada usaha sedemikian.
Sabbaruddin berkata, tindakan mendesak Abdullah meletak jawatan tersebut sebagai tidak wajar dilakukan.
"Sepatutnya, Pak Lah dahulu tidak disuruh pun letak jawatan.
"Pak Lah tidak bernasib baik sebab ambil alih daripada Dr Mahathir kerana ketika itu beliau masih sangat kuat," katanya.
Sabbaruddin berkata, ketiadaan tokoh dan penganti yang berkemampuan dalam Umno juga punca tiada sesiapa yang berani mendesak Najib daripada meletak jawatan.
"Najib kurang tapi tiada sesiapa yang suruh beliau undur.
"Bukan selesa atau tiada yang mahu Najib diganti, tapi orang Umno takut kalau dia dipaksa pergi siapa hendak ganti beliau," katanya.
Genap setahun PRU13 pada 5 Mei lalu, pentadbiran Najib dilihat lemah dan tidak berfungsi dengan sepenuhnya, pengkritik dan pemerhati politik negara berkata ia berpunca daripada keputusan pilihan raya tersebut.
Najib mendapat mandat pertamanya secara rasmi selepas memenangi 133 kerusi Parlimen daripada 222 jumlah kerusi keseluruhan, namun keputusan itu masih buruk kerana BN hilang undi popular buat kali pertama.
Najib juga ketika ini bergelut dengan tekanan dan bahang kemelut melibatkan isu kaum dan agama yang masih tiada penghujung.
Kewujudan kumpulan ekstremis seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menurut pengkritik berpunca daripada kelemahan yang datang daripada pentadbiran Najib sendiri.

OTAI UMNO : KAMI HANYA BERANI DENGAN DAP, DENGAN GERAKAN KECUT ...

GERAKAN yang pulun menentang HUDUD sikit pun UMNO tak ulas, tapi asyik kata DAP jee..!!

Gerakan ekstrem halang hudud, Umno sila jawab

TELUK INTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Umno menjelaskan pendirian mereka dengan tindakan biadab Gerakan terhadap usaha PAS melaksanakan hukum hudud selama ini.

Menurutnya, Gerakan bertegas menolak hudud secara tidak demokratik apabila menyerahkan notis saman terhadap PAS untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke parlimen.

Gerakan juga kata beliau telah membuat demonstrasi di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur di samping mengugut untuk membuat benteng manusia di hadapan parlimen bagi menghalang Ahli Parlimen PAS membawa masuk rang undang-undang itu.

"Adakah Umno sedar Gerakan yang mereka sokong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan ini lebih teruk menolak hudud dengan cara penentangannya sangat merbahaya dan ekstrem yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat di negara ini?

"Saya minta Umno jawab adakah mereka bersetuju dengan segala tindakan Gerakan itu," katanya ketika ditemui Harakah di majlis ramah mesra bersama media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat di Padang Tembak, semalam. Turut serta ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.


Mahfuz menjelaskan, Umno perlu tahu calon mereka di Teluk Intan adalah presiden kepada parti yang sangat biadab dalam menentang hukum hudud dan bukannya hanya melihat kepada DAP semata-mata.

Tegas beliau, Umno perlu sedar Gerakan lebih teruk menentang hudud berbanding DAP yang menolak atas dasar perlembangaan dengan semangat sistem demokrasi.

Jelas beliau, calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya masih membuka ruang demokrasi dalam pendiriannya tentang hudud berbanding Gerakan yang menafikan hak rakyat PAS untuk membawa rang undang-undang melalui sistem demokrasi.

MENTERI AGAMA UMNO : YANG SAYA TAHU, "BABI" JER HARAM ...

Dok Kira BABI aja yang HARAM, nie cara Untung Atas Angin & 'Duit Free' apa pula hukumnya..?

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Disebabkan hal dan perkara ini sentiasa berlaku di syarikat swasta dan kerajaan, saya merasakan amat baik jika artikel ini dibaca dan dihayati kembali oleh pelawat web saya. Khususnya di musim kegawatan ekonomi dan kebanyakan pekerja sedang memikirkan pelabagi kaedah dan cara untuk mencari wang sampingan dan tambahan. Beringat-ingatlah dalam mencari wang sampingan, jangan sampai menyumbat bara api neraka ke dalam mulut isteri dan anakmu.
 
Tajuk utama surat khabar New Straits Times pada 11 September 2007 memaparkan isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga luar biasa.
 
Hal ini terbongkar apabila pihak Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini.
 
Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah :-
1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700.
2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224.
3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta (Kementerian Belia & Sukan).
4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap.
5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254.
6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56.
7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta.
Hebat Tapi Haram?
Secara mudahnya kita dapat mengagak bahawa kes di atas berlaku disebabkan oleh salah satu sebab berikut :-
  • 1) Penipuan oleh pegawai bertanggungjawab yang mengambil keuntungan atas angin.
  • 2) Rasuah menyebabkan harga termasuk harga bayaran rasuah.
  • 3) Salah teknikal dan pengiraan.
Menurut Islam, jika ia berlaku dengan sebab item 1 dan 2, sudah tentu hukumnya haram. Dalil pengharaman rasuah adalah :-
 
1) Firman Allah s.w.t
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
 
2) Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
 
Manakala dalil pengharaman penipuan juga sangat jelas dalam urusan perniagaan secara umum, iaitu :-
 
1) Sebuah hadis :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)
2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )
3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-
قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )
 
Hasil dari kumpulan hadis ini, bentuk tindakan yang dilakukan seperti adalah HARAM dari sudut hukum Islam jika ia benar-benar dilakukan atas dasar penipuan dan rasuah. Manakala, jika berlaku atas kesilapan teknikal, ia tidak termasuk dalam kesalahan dari sudut hukum. Ia hanya kelemahan pengurusan dan tindakan bergantung kepada pihak berwajib. 

UMNO GANU : INGATKAN DAH SETEL, RUPANYA ADA LAGI ...

PECAH BERITA!!! Pilihanraya kecil di Terengganu pula?

Beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi
terengganu sprPETALING JAYA: Heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan.
Sejak dua hari lepas pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut. Pejabat FMT turut dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai untuk mengesahkan berita tersebut.
Menurut sumber, ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang.
FMT difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji.
Pihak yang rapat dengan istana ketika dihubungi menjelaskan setakat ini ahli perniagaan tersebut belum lagi membuat temujanji dengan istana.
Jika benar khabar-khabar angin ini, maka pilihanraya kecil (PRK) tidak dapat dielakkan di negeri penyu itu.
Kini BN mempunyai 17 kerusi manakala PAS dan PKR mempunyai 15 kerusi. Jika PAS menang dalam PRK itu , ia menyebabkan BN dan PAS akan mempunyai bilangan kerusi yang sama (16 kerusi).
FMT berusaha menghubungi ADUN berkenaan tetapi gagal. - FMT

Wednesday, May 28, 2014

MENTERI POINTER TINGGI : M.KINI NAK KENAKAN SAYA ...

Menteri Umno Lompat Parit lari dari wartawan Malaysiakini?

Ketua penerangan Umno Datuk Seri Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil anjuran BN sebelum ini.

Menteri tersebut malah mengelak daripada meninggalkan majlis melalui pintu utama dan sanggup menyeberangi satu parit demi mengelak dari bersemuka dengan wartawan Malaysiakini dan KiniTV yang menunggunya.

Drama tersebut berlangsung pada kira-kira jam 10.40 malam tadi, selepas Ahmad menyampaikan satu ucapan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.

Terdahulu semasa beliau sedang berucap, seorang lelaki memakai baju kempen BN mendekati wartawan Malaysiakini dan meminta pengenalan daripada mereka.

Lelaki tersebut kembali ke tempat duduknya tanpa sepatah kata selepas mendapat tahu bahawa wakil Malaysiakini sedang membuat liputan majlis tersebut dan dilihat mencatat sesuatu di atas sekeping kertas.

Beliau seterusnya dilihat menyampaikan nota berkenaan kepada Ahmad yang sedang berucap. Ahmad selepas itu membacakan nota berkenaan dengan kuat "Malaysiakini sedang rakam ucapan".

Selepas ucapannya tamat dan bergambar dengan hadirin di majlis tersebut, Ahmad meminta pembantunya menunjukkan tempat di mana wartawan Malaysiakini dan KiniTV sedang menunggu, di pintu masuk dewan.

Beliau kemudian membuka langkah ke satu longkang berdekatan dan melintas longkang tersebut untuk keluar dari kawasan berkenaan. Seorang pembantu yang membawa lampu suluh turut membantu menunjukkan jalan kepada Ahmad.

Ahmad seterusnya berjalan cepat-cepat untuk keluar dari kawasan berkenaan dan mengelak dari lensa sertai enggan melayan permintaan untuk menemubualnya.

Beliau yang dikawal oleh lima orang pembantu bergegas ke sebuah kenderaan sambil dikejar oleh para wartawan.

Wartawan berkenaan mahu beliau menjelaskan mengenai program melibatkan sekumpulan penyokong DAP yang dikatakan mahu berpaling tadah.

Tuesday, May 27, 2014

WOI MENTERI BANGANG, BUKAN "MUNGKIN"...MEMANG "SAH BUBUH" ...

Nak membodohkan Umat Islam, Nak selamat syarikat, Menteri Kesihatan jadi penipu!


Seperti yang saya tulis sebelum ini, Kementerian Kesihatan merahsiakan keputusan ujian selama 3 bulan dan perkara ini diulas apabila maklumat tentang produk mengandungi DNA babi ini tersebar di media sosial.

Menteri Kesihatan Datuk S Subramaniam sebelum ini yang dikenali sebagai anti-Islam yang menghina umat Islam dalam isu hudud cuba menipu bagi membela syarikat besar Kraft Foods daripada kerugian.

Kenyataan kononnya kemungkinan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat Cadbury, disebabkan pencemaran sepanjang rantaian proses pembuatan coklat berkenaan.

Sebagai Umat Islam kita tidak boleh memandang ringan terhadap perkara ini apatah lagi tidak ada satu pun kenyataan minta maaf daripada syarikat berkenaan sekadar kononnya menarik balik produk yang tercemar.

Kraft Foods sekarang dalam promosi untuk menurunkan harga produk lain bagi mengelakkan kerugian atas tindakam umat Islam Malaysia. Oleh itu jangan jadi BODOH terperdaya dan membeli produk Kraft Foods.

UMNO/BN : BARU ADA SEORANG "DYANA" DAH JADI MACAM NEH, KALAU ADA 100 "DYANA", MAMPUIH KAMI ...


MSO

Abdul Hadi puji Dyana kerana berani menjadi calon.
Keadaan BN benar-benar terdesak untuk merampas balik kerusi parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini. Keterdesakan ini nampak jelas apabila tukang-tukang kempen BN memainkan apa saja isu asalkan boleh dijadikan daya tarikan untuk meraih undi.

BN akan melakukan apa saja untuk merampas kerusi berkenaan termasuk dengan cara samseng dan jahat. Kekalahan dalam pilihan raya ini memberi indiksi kepada BN parti itu masih gagal untuk memulihkan prestasinya selepas kalah teruk dalam pilihan raya lalu.

Kekalahan di Teluk Intan nanti akan menjadi kekalahan ketiga selepas di Kajang dan Bukit Gelugur. Kekalahan di Teluk Intan memabsahkan bahawa parti Cina dalam BN tidak mendapat sokongan lagi. Di Kajang baru-baru ini naib presiden MCA Chew Mei Fun telah dihumban ke dalam longkang, sekiranya di Teluk Intan ini Presiden Gerakan Mah Siew Keong pula dicampak ke dalam sungai sesuatu yang malang buat BN. BN akan terus demam tanpa kebah.

Api kehebatan kedua parti itu selama ini mungkin akan terpadam dan DAP akan mengambil alih menjadi parti nombor satu orang Cina di negara ini sepenuhnya.

Implikasi itulah menyebabkan BN akan melakukan apa saja. Calon BN, berlembut mengatakan dia akan berkempen secara baik dan teratur, tetapi apa yang berlaku disebaliknya. Kempen BN di Teluk Intan adalah antara yang terhuduh dan terkeji. Siew Keong tidak mampu melunakkan keadaan dengan kata-kata, sedang perbuatan (kempen) BN kotor.

Gambar yang direkacipta kononnya calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud memakai bikni juga diguna sepenuhnya. Katanya gambar bintang filem Filipina yang dianggap Dyana itu disebar di serta masjid di Teluk Intan. Tindakan ini jelas keterdesakan BN dan sudah hilang kewarasan berpolitik. Sekiranya ia dilakukan oleh rakan Gerakan, iaitu Umno dimanakah nilai dan maruah Umno sebagai parti Melayu yang beragama Islam.

Penyebaran foto bikni itu tidak dibantah atau dikecam oleh pemimpin Umno. Ia seakan direstui. Sebenarnya ini tidak mengharainkan kerana mereka pernah bertindak lebih huduh dan busuk dari itu dengan menyebarkan video lucah membabitkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam televisyen dan juga akhbar. CD lucah membabitkan Anwar turut sama dikirimkan kepada tok kadi dan tok imam. Jadi apa yang dilakukan ke atas Dyana itu tidak menghairakan kerana ia merupakan budaya Umno.

Tukang-tukang kempen juga turut memperkecil-kecilkan Dyana Sofya kononnya menjadi boneka DAP. Ada juga yang mengatakan pilihan raya Teluk Intan bukan pertandingan ratu cantik sebagai meletakkan pilihan raya itu kononnya berdasarkan perjuangan parti dan bukan individu calon. Pihak BN jelous dengan penampilan Dyana yang menarik perhatian umum menerusi pelbagai poster, banner dan juga foto-foto yang di masukkan ke dalam facebook.

Seorang lagi tukang kempen kata kalau pengundi Melayu pilih Dyana Sofya mereka bodoh. Bagi tukang kempen itu dia lebih menerima Mah Siew Keong daripada Dyana. Macam mana otak dan kepala si tukang kempen ini boleh membuat kenyataan demikian. Dyana Melayu dan kalau orang Melayu undi Dyana mereka bodoh? Ilmu "hisab kulub" mana yang diteria pakai si tukang kempen itu.

Selama ini partinya memperjuangkan Melayu tiba-tiba bila mana di Teluk Intan Melayu dicalonkan dikatakan bodoh. Sebenarnya yang bodoh dan sumbang fikiran dalam hal ini si tukang kempen bertaraf menteri keldai itu sendiri.

Tukang kempen lain pula membangkitkan soal ibu Dyana Sofya yang pernah menjadi ahli Perkasa. Kononnya dengan babitkan Yammy Samad dengan Perkasa, pengundi akan membenci Dyana Sofya. Bukankah parti yang mendokong Dyana tidak setuju dengan Perkasa? Tidak bermakna kalau Yammy pernah sertai Perkasa bermakna DAP menerima Perkasa?

Benar Yammy menyertai Perkasa diperigkat awal penubuhan. Yammy adalah merupakan ahli jawatankuasa penaja Perkasa. Sebelum Perkasa sah didaftarkan Yammy telah meninggalkan Perkasa. Yammy tidak pernah menjadi Ketua Wanita Perkasa. Kenapa Yammy meninggalkan Perkasa bukan kerana apa, melainkan setelah dia tahu arah dan tuju Perkasa dan juga siapa yang berada di sebalik Perkasa.

Perkasa tidak berbangkit apa-apa dengan Yammy dan ia juga tidak relevan untuk dikaitkan dengan Dyana Sofya. Kepada BN atau Umno carilah modal lain yang boleh diterima umum terutamanya di kalangan anak-anak muda yang kian menggila Dyana Sofya kini.

Dalam keadaan BN mahu menambahkan kekuatan untuk Mah Siew Keong, Dyana pula terus mendapat sokongan dan dokongan Pakatan Rakyat. Semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang telah turun untuk membantu Dyana. Saya yakin kalau Tokguru Nik Abdul Aziz sihat beliau juga akan berkampung di Teluk Intan memberi sokongan moral kepada Dyana.

(Dalam pada itu dengan kempen yang anih-anih dan kadang-kadang tidak tersaul dek akal yang dilakukan rakan Gerakan itu, apakah ia disengajakan untuk memberi kemenangan kepada Dyana?  Kalau benar begitu ternyata Umno bukan rakan yang ikhlas dan tulus buat Gerakan tetapi rakan yang menjadi gunting dalam lipatan).

BILA CINA SOKONG MELAYU, UMNO BOLEH BLAH ...

Fenomena "Dyana Mania" Landa Negara... Selamat Tinggal UMNO BN!


Dyana Mania : Anak Muda Meninggalkan UMNO

Satu waktu dulu pernah aku tulis membayangkan kemungkinan UMNO akan senasib dengan dinosaur, sejenis binatang yang gagah dan kuat yang ditakuti oleh semua binatang di atas bumi ini, akhirnya hilang dan lenyap. Oleh itu aku membayangkan apakah UMNO juga akan serupa nasibnya dengan dinosaur. Kini sudah mula muncul satu ‘petunjuk’ yang dinamakan ‘Dyana Mania’ dalam PRK Teluk Intan. Apakah ‘Dyana Mania’ akan menjadi pemangkin kepada proses penghijrahan anak muda Melayu khususnya meninggalkan UMNO.

Apakah Tun Mahathir yang merupakan pemimpin UMNO begitu lama sudah dapat membayangkan keadaan sedemikian akan berlaku. Mungkin agaknya Tun sudah dapat merasakan keadaan sedemikian akan berlaku dan hanya sekadarkan beliau tidak mahu menyebutnya dan mungkin juga terlalu gerun untuk melafazkannya. Jikalau tidak begitu ‘ramalan’nya tentulah tidak mungkin beliau begitu gabra meperkatakan tentang penampilan anak muda bernama Dyana dalam PRK Teluk Intan.

Mungkin pemimpin UMNO yang lain tidak dapat nampak apa yang ‘dilihat’ dan ‘direnung’ oleh Tun Mahathir. Pastinya Tun Mahathir amat bimbang tentang perkembangan yang berlaku kini. Apa tidaknya. Dulu DAP adalah dianggap sebagai parti kaum Cina. Dan sehingga kini DAP sentiasa dianggap dan diwar-warkan sebagai parti rasis yang memperjuangkan kepentingan Cina dan anti Melayu. Tetapi dengan kehadiran beberapa pemimpin Melayu dalam DAP, tohmahan dan anggapan sebegini pastinya akan hilang dengan sendirinya.

Yang paling merunsingkan para pemimpin UMNO ialah hilangnya label UMNO yang sentiasa dikatakan bahawa UMNO sahajalah yang akan memperjuangkan orang Melayu. Kini sudah ada tiga parti yang kuat dan kukuh yang bukan sahaja memperjuangkan orang Melayu tetapi juga kaum Cina, India, Kadazan, Dayak dll Maknanya lama kelamaan orang Melayu yang berpendidikan akan lebih selesa dengan parti yang berorientasikan bangsa Malaysia, yang berteraskan orang Melayu.

Hakikat ini yang pada fikiran aku amat membimbangkan pemimpin UMNO terutama Tun Dr. Mahathir. Dan kemunculan Dyana mungkin merupakan ‘catalyst’ dan ‘game changer’ yang akan mencetuskan berbagai-bagai perkembangan selepas ini. Mungkin….

Oleh itu mahu tak mahu UMNO kena berubah ikut zaman. Jikalau tidak nasib UMNO akan sama dengan nasib Dinosaur. Lenyap di atas muka bumi ini. Dalam banyak hal UMNO terpaksa buat perubahan. Bak kata peribahasa Melayu, ‘sekali air bah sekali pasir berubah’. ‘Air bah’ telah pun berlaku dan telah meninggalkan kesan-kesan yang memaksa ‘pasir’ berubah. Hukum alam mengatakan bahawa pasir mesti berubah selepas air bah. Oleh itu tidak salahnya ahli UMNO melihat keadaan sedemikian daripada mencari jalan menyalahkan ‘orang’ itu dan menyalahkan ‘ pihak’ ini. Buang masa. Bukan zamannya kita membebel dan menyalahkan orang lain. Orang UMNO juga selalu’ menyalak’ ke sana ke mari menyuruh orang lain ‘ think positive’. Diri sendiri bagaimana?


Aku perhatikan ramai pemimpin UMNO yang masih berada pada tahap tahun-tahun 60an. Jikalau ada pun perubahan cara berfikir dan bertindak, ia hanya berlaku dikalangan setengah pemimpin. Sedikit benar bilangannya. Apa tidaknya. Hadirkanlah diri di Persidangan Agung UMNO (PAU) yang diadakan pada setiap tahun itu. Itulah rupanya semenjak dari dulu sehinggalah sekarang. Dari segi penyampaian dan ‘input’ aku rasa tak banyak beza dengan keadaan pada tahun-tahun 60an dan 70an, walaupun ada usaha pembaharuan yang cuba hendak diketengahkan oleh golongan muda, namun usaha yang sedemikian ‘tak jalan’. Itulah UMNO sehingga kini dan mungkin selama-lamanya.

Berbalik kepada persoalan perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO. Aku tidak dapat memberikan formulanya. Aku hanya ‘pandai’ mengkritik tetapi tidak dapat memberikan penyelesaiannya. Itu aku mengakuinya. Dan bukan pula tugas aku nak memikirkannya. Cuma aku dapat memberikan senario yang sedang dan akan dihadapi oleh UMNO sekiranya mahu menjadikan parti itu relevan.

UMNO terpaksa mengambil kira perasaan anak muda generasi DEB, terutamanya anak muda Melayu yang berpendidikan tinggi. Cara berfikir mereka agak berlainan dengan cara berfikir generasi lama – generasi sebelum DEB. Golongan ini tediri daripada para eksekutif yang boleh berdikari dengan ilmu dan ijazah yang mereka perolehi. Mereka tidak memerlukan ‘tongkat’ atau penggantungan kepada sesiapa. Mereka berdikari. Lantas cara berfikir mereka juga amat sukar dipengaruhi.

Ramai anak muda generasi Kurun ke 21 sudah tidak berfikir berlandaskan kaum dan bangsa. Ini berlaku pada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain. Mereka sudah tidak berapa peduli sangat tentang kedudukan kaum dan bangsa. Mereka adalah Bangsa Malaysia. Keadaan ini berlaku adalah ekoran daripada sukatan pelajaran yang merentasi kurikulum yang didedahkan kepada mereka di sekolah-sekolah.

Aku perhatikan UMNO secara umumnya semacam tidak sedar tentang perkembangan yang dinyatakan di atas. UMNO masih syok sendiri. UMNO masih ‘melayan’ orang Melayu. Masih ‘menjaga’ hati orang Melayu. Begitu ‘enaknya’ melayan ‘mimpi-mimpi’ yang endah sehinggakan ramai orang Melayu tidak sedar tentang perkembangan yang berlaku disekeliling.

Memang berlaku. Dan aku perhatikan keadaan itu dengan penuh minat. Aku nampak macam cerita seekor katak yang berada dalam air yang dipanaskan. Disebabkan terlalu selesa berada dalam air berkenaan, sikatak lupa bahawa air sedang dipanaskan. Si katak baru sedar yang ia dalam bahaya setelah air telah mendidik.

Kesannya….. fikirlah sendiri….. -abuhassanadam


PRK Teluk Intan: Sebab saya sokong Dyana

Saya bertuah dapat mengenal Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP untuk kerusi parlimen Teluk Intan.

Sepanjang lebih setahun mengenalinya, saya dapati beliau seorang yang berpengetahuan dan tekun. Wanita muda ini cukup berkemampuan dan mempunyai masa depan yang cerah. Saya sentiasa merasa lebih bersemangat setiap kali menyaksikan Dyana beraksi penuh bertenaga dan dengan idealisme yang segar. Saya yakin, jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan, Dyana akan menjadi kebanggaan para penduduk di sana.

Antara sebab saya menyokong Dyana sebagai calon di Teluk Intan ialah, pertama, beliau telah menunjukkan kemampuan untuk berfikir secara kritis dan mandiri tentang beberapa isu nasional yang penting. Dyana juga telah mempamerkan keupayaan untuk mempertahankan pendiriannya walaupun diserang hebat oleh para penentang. Sebagai contoh, pada bulan September 2013, Dyana mengemukakan saranan agar pelajar bukan-Melayu dari keluarga miskin diberi peluang untuk meneruskan pengajian di sebuah universiti yang mirip dengan UiTM. Dyana tidak pernah mencadangkan agar UiTM dibuka kepada bukan-Melayu. Meski pun begitu, beliau dikecam oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik, termasuk pemimpin UMNO Selangor dan bekas menteri Datuk Noh Omar serta Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Tidak banyak Ahli Parlimen akan sanggup untuk mempertahankan pendirian seperti Dyana ketika berdepan dengan serangan sedemikian.

Seterusnya, Dyana telah mengecam cadangan sesetengah pihak untuk menjadikan UiTM sebagai “universiti Diraja” untuk ‘melindungi’ kedudukannya sebagai institusi Bumiputera memandangkan cabang universiti itu – INTEC – terbuka kepada bukan-Bumiputera.

Dyana juga tidak gentar mengkritik para pemimpin tertinggi BN-UMNO, termasuk meminta Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi agar tidak menjadikan Malaysia bahan lawak ketika menteri itu menuduh Mat Sabu terlibat dalam gerakan Syiah tanpa sebarang bukti kukuh. Dyana juga pernah mengingatkan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar bahawa Dr. Mahathir sendiri pernah mengkritik orang Melayu.

Selain itu, Dyana pernah mengajak orang ramai untuk berfikir secara kritis tentang beberapa isu besar seperti kepentingan Rukunegara, kegagalan dan bahaya Biro Tata Negara (BTN) dalam pembentukan hubungan antara kaum, serta peri penting untuk memahami dan mengingati sejarah kita.

Ciri-ciri yang saya sebutkan di atas amat penting dimiliki oleh Ahli Parlimen. Orang yang menjadi Ahli Parlimen tidak boleh gentar dan ragu untuk mempersoalkan status quo dan mengemukakan alternatif untuk membentuk negara yang sejahtera buat semua warganya. Malah, saya boleh katakan dengan yakin bahawa selama setahun menjadi setiausaha politik Lim Kit Siang, Dyana lebih kerap bersuara dan menulis tentang isu-isu negara berbanding Mah Siew Keong selama 7 bulan beliau menjadi Presiden GERAKAN.

Kedua, Dyana telah menunjukkan kemampuan untuk memegang banyak tugas sebagai setiausaha politik Lim Kit Siang. Walaupun Dyana tidak berasal dari Johor, dia sanggup berpindah ke sana untuk berkhidmat kepada para pengundi di Gelang Patah bagi menangani permasalahan mereka. Saya yakin, Dyana akan melakukan perkara yang sama di Teluk Intan.

Selama di Johor, Dyana telah menangani beberapa persoalan baru dan mencuba kaedah-kaedah baru untuk menyelesaikan persoalan yang timbul. Sebagai contoh, walaupun bukan penggemar ular atau hidupan liar, Dyana sanggup meluangkan masa untuk melawat kawasan paya bakau di Sungai Pulai untuk memahami kepentingan hutan paya bakau di sana yang sepatutnya dipelihara menurut “Ramsar Convention”. Dengan berbuat demikian, Dyana bukan saja dapat memahami kepentingan kawasan paya sedemikian bagi alam sekitar, malah juga memahami kepentingannya dalam memulihara sumber pendapatan penduduk di sekitar hutan paya bakau, terutamanya nelayan.

Sebagai langkah awal untuk membantu mengatasi permasalahan di kawasan hutan paya bakau, Dyana dan beberapa rakan dari DAP Johor serta Jaring, sebuah NGO tempatan, telah menghimpun 100 orang sukarelawan untuk menanam benih pokok bakau bagi meningkatkan kesedaran tentang perlunya memulihara kawasan hutan paya bakau.

Selain itu, Dyana juga telah mengadakan usaha untuk mendekatkan pengundi Melayu dengan wakil rakyat DAP.

Dalam program ini, keluarga Dyana sendiri telah menerima Howard Lee, ADUN DAP Pasir Pinji, Perak, sebagai tetamu. Saya sendiri mendapat manfaat daripada program ini apabila Dyana ‘memasangkan’ saya dengan Muhaimin, penuntut dalam bidang penyediaan makanan dan juga penggemar permainan DOTA. Saya mendapat peluang bermalam di rumah Muhaimin di Datuk Keramat, KL, melihat beliau bermain DOTA dengan kenalan beliau secara online, dan ‘lepak’ di kedai mamak bersama kawan-kawan lamanya, termasuk Umar Azmi, aktivis mahasiswa yang telah ditangkap kerana terlibat dalam gerakan Occupy Dataran pada tahun 2012.

Ketiga, Dyana sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk mempelajari perkara-perkara baru dan memperbaiki diri. Dia sering berbincang dengan rakan-rakan yang lebih berpengalaman di ibu pejabat DAP di KL dan di peringkat negeri untuk meningkatkan pengetahuannya sendiri. Dyana juga kerap menghadiri persidangan dan seminar berenaan pelbagai isu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan isu alam sekitar untuk meraih pengetahuan baru. Dia juga sentiasa sanggup melibatkan diri dalam projek baru.

Sebelum diangkat sebagai calon, Dyana telah mengemukakan kertas cadangan untuk menghidupkan semula “Kuiz Kenegaraan” sebagai cara untuk memberikan lebih banyak pendedahan tentang perlembagaan negara, sejarah, seni, budaya, agama, pemimpin negara, dasar kerajaan dan hubungan antarabangsa. Tidak seperti kuiz yang pernah diadakan sebelum ini, Dyana mencadangkan satu format baru yang melibatkan pandangan orang ramai untuk menampilkan sebuah kuiz yang benar-benar mencerminkan masyarakat Malaysia.

Gagasan dan sudut pandang baru dalam melihat permasalahan seperti beginilah yang amat diperlukan di setiap peringkat pemerintahan. Dyana seperti angin segar bagi lanskap politik Malaysia – angin segar yang akan membawa perubahan, bermula dari Teluk Intan dan seterusnya bertiup ke seluruh pelusuk tanahair.

Saya menggesa pengundi Teluk Intan untuk mengundi Dyana berdasarkan kebolehan, keupayaan, gagasan, idealisme, semangat, tenaga muda, keteguhan sikap dan kematangan beliau. Saya menggesa para pengundi Teluk Intan untuk memberi undi yang dapat mengukuhkan politik Malaysia masa hadapan. Saya menggesa pengundi Teluk Intan untuk mengundi demi meruntuhkan rintangan perkauman, keagamaan, kebahasaan, kebudayaan, kejantinaan dan usia. -Dr. Ong Kian Ming

*Dr. Ong Kian Ming adalah Ahli Parlimen Serdang

MENTERI AGAMA UMNO : SAYA TAK TAU, SAYA TAU MAKAN GAJI JAAA ...

Menteri Agama jangan buat2 terkejut, semua tu dibuat di kilang yg sama.

 
 
 

Aku cukup heran ngan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ni.. Kes DNA Babi dalam coklat Cadbury ni rupanya telah dikesan dan disahkan seawal Febuari 2014 lagi. Apesal baru sekarang kecoh??
Nampaknya pengarah2 JAKIM semua kene letak jawatan sbb terlalu cuai!!! Termasuk Menteri Agama. Ni lah padahnya kalau jabatan agama bawah kerajaan sibuk buat kerja politik menangkan UMNO-BN, tanggungjawab pada rakyat diabaikan. Daaah disahkan HARAM tapi lambat ambil tindakan.. 
 
Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dah makan beribu ribu ekor BABI. Gara gara JAKIM akhirnya org Melayu dpt tau gak camne rasa BABI kan?? LIKAT, LEMAK BERKRIM DAN MANIS... Phhuuuuuuiiii!!!

La ni nak jalankan lagi ujian. Dah tu hanya wartakan 2 jenis coklat je yg diharamkan penjualannya. Yang lain?? 
 
JAKIM jangan buat BANGANG, Menteri Agama jangan buat2 terkejut, semua tu dibuat di kilang yg sama. 
 
X mustahil dari acuan hingga dan segala proses hingga pembungkusan adalah menggunakan barangan dan alat yg sama kan??!!!! So, keCADBURYan apakah ini??

Elakkan memakan makanan yang syubahah di mana hati akan menjadi keras dan hitam mcm.... 
 
X payah cakap lah, korang faham maksud aku.. Berhati2 dalam pemakanan harian kita..

Y.B UMNO DUN TJG DAWAI : "UMNO CELAKA" @ BLOGGER UMNO "CELAKA" ...

SIAPA YANG CELAKA?


APA NAK HAIRAN DENGAN CELAKA? BLOGGER JALANAN SEPERTI MR PUN PERNAH DICELAKAKAN OLEH SEORANG PEMIMPIN KANAN UMNO DI KEDAH KERANA TIDAK BOLEH MENERIMA TEGURAN MEMBINA.

NAJIB JADI MENTERI UMUR 26 TAHUN, DYANA MASUK BERTANDING UMUR 27 TAHUN... OK APER ...

DYANA SOFYA - KOMEN MAHATHIR DAN ANAKNYA MARINA

Komen dua beranak Mahathir dan anaknya Marina ternyata bercanggah berhubung calun prk Teluk Intan, Dyana Sofya bt Mohd Daud. 
Kata Marina melalui FB nya :- "Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis. Itu sudah tiga perkara, lebih baik daripada kebanyakan ahli politik,". "Saya tidak faham mengapa ramai yang menentangnya hanya kerana beliau muda? Najib Razak (Perdana Menteri) menjadi menteri ketika berusia 26 tahun. Dyana hanya 27 tahun dan bertanding kerusi Parlimen. Kita perlu lebih ramai orang muda kerana mereka bawa idea segar,". 
Kata Mahathir kepada wartawan:- "Itu 'window dressing'. Bukan ada harapan apa pun. Tetapi kalau dia menang, dia menang la. Kita kalau hendak buat 'window dressing', kita kena buat cantik-cantik. Baru orang nampak (ia) menarik sikit". 
Hakikatnya kemunculan calun muda Dynana Sofya secara otomatik memperlihatkan wajah-wajah dan perangai tua UMNO. Realitinya ramai lagi remaja di luar sana malah bekas graduan UiTM yang berperinsip seperti Dyana dan sedang menunggu masa untuk “ROAR” atau 'MENGAUM".

PM UMNO : PANDA .... SAYA MESTI PILIH .....

Rumah2 Rakyat Yang Najib Perlu Lawat Selepas Melawat Panda.

Baru2 neh media massa telah melaporkan bahawa Najib melawat panda.

Lihat kat bawah neh jap ;


Penyayangnya Najib korang neh. Tapi sayangnya ini hanyalah hipokrit yang jelas lagi terbukti. 

Apa? 

Nak marah dan kutuk aku kaw2 lepas neh? Boleh je. Tapi tunggu la lepas aku kutuk Najib kaw2 dulu. Setakat melawat panda pun nak masuk berita memang bengap juga la kan laporan akhbar ini. Takde masa nak respect citer2 bodoh yang sampai wartawan nak up masuk berita. 

Siapa peduli piem melawat panda yang ;

- Makan minum terjaga

- Dibelai dalam rumah yang mahal nak mampos kosnya

- Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh pekerja2 yang memang dilantik khas untuk menjaga kebajikan panda.

Panda dah tentu terjaga kebajikan dia walaupun binatang2 lagi protes layanan double standard yang kerajaan tunjukkan.

Jika binatang2 pun protes apatah lagi manusia yang ada ahti dan akal. Sudah tentu terlebih2  lagi protesnya.

Aku sekarang neh menjemput Najib Razak secara terbuka untuk melawat rumah2 rakyat kat bawah neh. Cakap banyak tak mau. Hadir dengan tak hadir je yang aku peduli. Ko melawatla rumah2 rakyat. Tahu la hidup ko asyik pandang atas aje. Tapi tak bermaksud ko tak boleh pandang bawah. Inila masanya untuk ko belajar2 pandang bawah.

Lai lai Najib.

Mari lawat rumah kami semua.

Rumah yang harapkan kedatangan ko untuk melihat sendiri masalah dan penderitaan rakyat yang terpinggir dek polisi2 bodoh nak mampos yang diamalkan oleh pentadbiran Barisan Nasional.

 


 


Sejak 2013 duduk bawah jambatan. 2013. Ini tahun 2014. Tahu tak? Apa yang masyarakat kita buat bila lalu lalang di kawasan tersebut?

Kita hilang rasa simpati sebab kita juga susah.

Kita hilang rasa prihatin sebab kita fikir kita tak mampu dan takde kudrat nak tolong.

Kita hilang rasa simpati sebab kita fikir apa sahaja tindakan yang kita buat takan membuahkan hasil.

Duduk bawah jambatan. Mandi air longkang. Anak2 tak sekolah. Tidur malam berbumbungkan langit. Siang hari duduk berlantaikan simen. Kita baru aje habiskan 25 juta untuk buat rumah panda. Di saat ada manusia lain yang lebih memerlukan rumah dimana kosnya tak sampai pun 100 ribu untuk dapatkan rumah yang selesa bagi melindungi diri dari hujan dan panas.

Bukan hanya kisah keluarga ini. Bahkan ramai lagi rakyat lain yang menghadapi situasi sama seperti dia. Jangan tipu diri kita. Di setiap tempat kita berjalan kita akan dapat perhatikan. Ada keluarga2 yang susah dan memerlukan bantuan. Namun setiap kali itulah kita akan ditanamkan dengan persepsi dan alasan. 

A tak buat kerja. Bukan salah Najib. Bukan salah pemimpin.

B tak buat kerja. Bukan salah BN. Bukan salah parti pemerintah.

A gagal jalankan amanah. Bukan salah Najib. Bukan salah Muhyiddin.

Masyarakat tak mengadu ada orang susah disitu.
Ketua kampung tak bertanggungjawab abaikan orang2 susah disekitar situ.
Pegawai2 dari agensi kerajaan buat kerja tak betul. Itu sebab ada rakyat yang terpinggir.

Betul ke itu punca masalah yang utama?

Masalah2 di atas wujud. Tapi punca utama ialah Najib dan pemimpin2 negara malas nak berfikir. Malas nak mampos. Malas nak cari idea macam mana orang2 susah boleh dibantu tanpa dipinggirkan lagi seperti sebelum2nya.

BILA KO RASA ORANG KERAJAAN TAK BOLEH NAK BUAT KERJA DENGAN CEKAP, KO FIKIR. FIKIR MACAM MANA NAK ATASI BENDA TUE.

KO ADA OTAK. AKAL PUN ADA. KUASA PUN ADA. 

Tinggal lagi nak fikir je macam mana nak pastikan ko mampu melawan ketidakadilan yang wujud dalam agensi kerajaan.

Aku suka tengok citer2 politik.

Antara yang aku tertarik bilamana ada raja dari Joseon (korea, kisah dulu2) macam mana dia nak atasi karenah biokrasi, kroni, dan juga ketidakadilan yang wujud dalam pentadbiran kerajaan ialah melantik musuh dia secara sembunyik2 untuk kumpul bukti dan bawa masalah2 yang dihadapi oleh rakyat untuk dikemukakan padanya.

Apabila kawan2 sudah tidak boleh dipercayai. Kaki bodek dan jilat. Maka kepada siapa kita nak letakkan kepercayaan kita?

Datangla kepada rakyat, Najib.

Datang kepada rakyat, minta buah fikiran.

Kita akan sama2 mencari jalan macam mana nak bantu orang susah di negara ini.

Kita boleh tubuhkan skuad khas yang kerja dia pusing satu negara, satu negeri ke satu negeri, satu daerah ke satu daerah, satu rumah ke satu rumah untuk amek tahu masalah2 rakyat dan bantu dorang selesaikan.

Masalahnya. Najib dan BN takan buat.

Bahkan. PR juga takan buat.

Mana2 partisan di negara ini takan buat.

Persaingan politik yang wujud sesama mereka lebih penting dari menyelesaikan masalah rakyat.

Buktinya. BN pernah pegang kesemua negeri. Mereka juga tak buat. Apatah lagi PR yang paling banyak pernah pegang 5 negeri. Mereka juga tak pernah buat.

Apa yang mereka buat ialah setiap kali PRK ataupun PRU pemimpin2 akan buat muka manis dan berjanji macam2 perkara.

Dan tinggallah rakyat disitu.

Diperbodohkan. Ditipu. Ditinggalkan. Macam selalu.

BLOGGER UMNO : KAMI PENCACAI YANG KENANG BUDI ...

Akibat Kebodohan Menteri Ini, Beliau Di Belasah..

MIC memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menyifatkan pengundi India sebagai golongan "tidak mengenang budi", seperti dalam ucapan menteri itu semalam.
Timbalan presiden parti, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kenyataan seperti itu akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil 31 Mei.
Tambahnya, ahli politik juga harus berhati-hati agar tidak menyentuh sensitiviti kaum lain dalam keghairahan mereka untuk meraih sokongan.
Subramaniam berpendapat Zahid silap langkah kerana menyifatkan golongan Cina yang menyokong DAP sebagai orang tidak mengenang budi dalam satu ceramah di kampung Melayu di Teluk Intan semalam.
"Isu seperti ini kita perlu elak seboleh mungkin...," kata menteri kesihatan itu. ~mk

ANAK MALAYSIA TUMBANGKAN MALAYSIA. JANGAN SAMPAI UMNO/PERKAKASA/BN KATA DERHAKA DAH LAA...

RAHSIA JEPUN RAMPAS PIALA THOMAS TERBONGKAR !!!

Jepun mengambil jurulatih dari korea, Indonesia dan Malaysia di sebalik kejayaan Jepun merangkul Piala Thomas







Kejayaan Jepun memenangi Piala Thomas membuktikan semangat mereka bukan lagi boleh dipandang enteng.

Menundukkan gergasi sukan badminton seperti China, Indonesia dan Malaysia semalam menjadikan negara matahari terbit itu sudah berada dalam senarai negara-negara pemenang Piala Thomas.

Kita sudah terima hakikat Malaysia tidak sehebat Jepun kali ini namun berpuas hati dengan semangat juang pasukan negara termasuk penampilan akhir datuk Lee Chong Wei dalam pentas antarabangsa itu.

Bagaimanapun, tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun....





Selain ketua jurulatihnya, Park Joo Bong – bekas pemain kebangsaan Korea dan pernah melatih pasukan badminton Malaysia – ada seorang lagi yang memberi sumbangan melatih pasukan Jepun iaitu Izuan Ibrahim.

Apa yang menarik, Izuan merupakan seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun dan pernah menjadi jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.

Izuan dikatakan pernah melatih dan menggilap bakat Kento Momota dan beberapa pemain-pemain negara berkenaan.

Kemenangan Jepun memberi nilai sentimental kepada beliau walaupun mungkin kecewa apabila Malaysia sendiri gagal dan kempunan merampas kejuaraan Piala Thomas sejak kali terakhir pada tahun 1992.
 

KINI SEORANG ANAK IBRAHIM RUJUKAN HANGAT MEDIA SELEPAS ANWAR DAN KHALID.

 Di Japan.."Ayah..saya nak jadi pemain badminton seperti Tago.".."Ayah ; Cikgu,saya hendak masukkan anak saya dalam kelab badminton sekolah.Sila beri tunjuk ajar cikgu."Dalam masa yang sama,si ibu bapa akan mencari inisiatif untuk memberi latihan tambahan kepada anak mereka dalam memajukan diri dalam badminton.Termasuklah,dengan pembacaan melalui laman web dan sebagainya.Anak kecil ini,akan terus mengenali badminton sejak dari Elementary School hinggalah peringkat University.


http://izuanibrahim84.blogspot.com
Rujuklah blog yang penuh analisa dan info berkaitan sukan terutama badminton oleh seorang Melayu Islam dari Malaysia
http://izuanibrahim84.blogspot.com/
KONNICHIWA..

Salam kepada semua..Tergerak dihati saya untuk melontarkan 1 topik yang mungkin memberi sedikit gambaran demi sebuah kesedaran..
1 ) Malaysia pernah mengatasi Japan 3-0 pada satu masa dahulu.Tetapi kini??
2 ) Malaysia pernah mengatasi Japan dengan mudah dalam sukan hoki..Tapi kini???
3 ) Malaysia pernah mengatasi Japan dengan mudah dalam sukan badminton..Tapi kini??
4 ) Malaysia merupakan kuasa dunia dalam Sepak Takraw..Namun kini,Japan menghampirinya??

Apa yang silap dan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan??Seiring bidang saya,saya ingin menyentuh tentang badminton di Japan..Jika dilihat,badminton Japan belum maju seperti Malaysia..Tapi tahukah anda mereka sedang meningkat naik??Pengalaman saya melatih sekolah di Japan,seramai 40 orang setiap sesi latihan dan hampir separuh mampu digilap bakat..Itu baru sahaja sebuah sekolah..
 
MALAYSIA SIBUK DENGAN PANDA..
MUNGKIN PANDA TU AKAN JULANG PIALA THOMAS MUSIM DEPAN ...

REEZAL CAN MALICAN OHOII : KAMI TAK MINAT BAB CERAMAH AGAM NEH ...

CERITA SEMALAM!!! Nak berkawan dengan UMNO lagi, ini bukti UMNO tak boleh dijadikan kawan

Monday, May 26, 2014

MENTERI GST : ADA SAJA ORANG YANG NAK KANTOIKAN DASAR BN ...

GST akan menyebabkan harga barang naik - Bekas Timb. Pengarah Bank Negara


PELAKSANAAN CUKAI GST : HARGA BARANG AKAN NAIK KATA BEKAS TIMBALAN PENGARAH BANK NEGARA MALAYSIA ~

cukai Gst akan membebankan rakyat. Menteri umno berkata cukai gst tidak membebankan rakyat. Itu hanya pandangan menteri cap ayam umno saja.

Cukai gst dilaksanakan oleh kerajaan kerana sikap boros & tidak berjimat cermat mereka dalam mengurus tadbir kewangan negara.

Kerugian dana awam berlaku akibat perbagai projek untuk mengkayakan kaum kerabat dan kroni pemimpin umno. Bukannya meringankan beban rakyat.

Setiap projek yang dilaksanakan kerajaan umno, kos nya akan melambung berlipat kaliganda. Dari situ ketirisan dana awam berlaku sekaligus melonjakkan hutang negara ke tahap bahaya.


Ramai dikalangan rakyat berhadapan dengan muflis diusia muda kerana gagal membayar hutang akibat perbagai cukai dikenakan oleh kerajaan umno.

Bolehkah kita menuju negara jika pengurusan kewangan negara terus di kronikan oleh pemimpin atasan?

Dinegara maju, pemimpin meletakkan kepentingan rakyat dihadapan. Bukan sekadar bercakap berdegar degar seperti pemimpin umno.

Lagi lama umno-bn memerintah, lagi sengasara lah rakyat... ‪#‎fakta‬!

-AP-

CIKGU KITA : UNTUK KAMI @ UNTUK UNTUNG KRONI ???

400,000 netbook untuk guru..ada baik dan buruknya, yang pasti duit negara akan di faraid lagi..!!

Agus: Kaji semula pemberian netbook.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff  
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 
Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Cadangan kerajaan bagi membekalkan netbook kepada 400,000 guru perlu dikaji keberkesannya terlebih dahulu sebelum keputusan muktamad dibuat.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, pemberian tersebut sama sekali tidak dapat membantu pendidik malah merugikan negara.

“Pertanyaan saya, untuk apa dibekalkan komputer tersebut?

“Bagi saya ia projek membazir yang boleh merugikan duit negara.

“Alasannya mudah, bagi saya, sudah ramai guru yang mempunyai laptop peribadi, laptop guru lebih ‘canggih’ daripada netbook yang hendak dibekalkan kerajaan.

“Netbook sudah ketinggalan zaman kerana spesifikasi yang terhad. Ultrabook adalah lebih sesuai.

“Oleh itu, saya tidak melihat penggunaan netbook sebagai keutamaan pada guru sekarang malah ianya bukan satu kriteria untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara,” katanya yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.
Mengulas lanjut , Agus berpandangan adalah lebih baik guru diberi peruntukan untuk menyelenggarakan komputer mereka seperti lesen untuk antivirus dan langganan internet.

“Oleh itu, semoga rancangan kerajaan membekalkan netbook kepada para guru ini dapat dinilai semula,” katanya.

Pemberian netbook kepada guru adalah cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi menghargai jasa pendidik.

Shabery dalam kenyataanya berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.

Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan.