Sunday, February 9, 2014

ZAHID KOMIDI : SAYA MENTERI CAP AYAM ...

Muhammad Faizal 


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memecat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman.

Jelas Mahfuz, Najib tidak boleh memandang mudah kenyataan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu memandangkan ia boleh mencetuskan ketegangan umum dan menggalakkan perlakuan samseng di kalangan pelampau kaum.

"Saya minta Najib segera memecat Ahmad Zahid atas kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang menteri.

"Kenyataan beliau itu sebaliknya akan mencetus lebih banyak ketegangan serta ugutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika timbul tidak puas hati.

"Malah saya pasti, bila seorang menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian maka akan ada rakyat Malaysia yang akan bertindak dan kita tidak tahu apa akan berlaku dari tawaran tersebut," jelasnya kepadaHarakahdaily.

Menurut beliau lagi, memberi tawaran wang ringgit kepada sesiapa yang dapat menampar seseorang tidak ada bezanya dengan menawarkan upah untuk melakukan pembunuhan.

"Kalau sekarang upah akan dapat bila ada individu boleh menampar seseorang, dan selepas ini mungkin upah yang lebih lumayan bila dapat membunuh seseorang.

"Adakah Ahmad Zahid tidak terfikir apa akan berlaku, jika ada mereka yang menyahut tawaran tersebut dan saya pasti bukan sekadar menampar perkara yang lebih teruk akan berlaku.

"Yang pastinya kecederaan teruk dan tidak mustahil akan mengakibatkan kematian, adakah Ahmad Zahid mahu tunggu kematian baru tindakan terhadap individu yang menawarkan tawaran akan dikenakan," tegas beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berharap pihak berkuasa akan mengambil tindak tegas kepada individu yang membuat tawaran tersebut dan lebih profesional dalam menjalankan tugas mereka sebagai penjaga keamanan negara.

Menurut beliau lagi, kenyataan Menteri Dalam Negeri itu juga turut memberi imej buruk kepada negara ini kerana pelancong luar akan mengganggap unsur ugutan serta tawaran upah untuk cederakan seseorang bukan satu kesalahan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment