SPR : UMNO TAKPER, KALAU PR DAH LAMA KAMI AMBIL TINDAKAN ...
Politik Wang: Penggantungan Adun Bukit Naning urusan dalam Umno kata SPR...kalau PR ia satu kesalahankan...!!!
SHAH ALAM – Tindakan Umno menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib tidak boleh menjejaskan statusnya sebagai Adun Bukit Naning meskipun beliau dikatakan terlibat dengan politik wang pada pemilihan parti itu, November tahun lalu.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan Lembaga Disiplin Umno menggantung keanggotaan Adun Naning tersebut adalah urusan dalaman parti dan ia tidak akan memberi kesan kepada statusnya sebagai wakil rakyat.“Selagi beliau (Saipolbahri) tidak dikenakan tindakan mahkamah sama ada denda RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, status beliau sebagai Adun Naning itu tidak terjejas.“Malah jawatan itu kekal selagi mana beliau tidak meletakkan jawatannya dan kerusi Naning itu tidak diisytiharkan kosong oleh Speaker Dun Johor,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng pada minggu lalu yang mendesak Adun Bukit Naning itu meletak jawatan selepas digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November lalu.Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan membawa perkara tersebut kepada pihak berwajib.“Anggota PKR Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad lalu.
Pada 10 Februari lalu, laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Johor mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.Penggantungan keanggotaan Saipolbahri disahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Mohd Jais Sarday.Empat lain yang turut digantung keanggotaan adalah Ketua Penerangan Bahagian Yaacob Jamian, anggota Jawatankuasa Bahagian Uzir Sahid dan Naib Ketua Wanita Bahagian Safiah Siwon.
No comments:
Post a Comment