Wednesday, February 5, 2014

BN PERLU DI HUKUM GANTUNG ....

PRK Kajang peluang pengundi HUKUM Umno-BN
KUALA LUMPUR - Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno BN yang gagal menunaikan janji-janji Pilihan raya Umum ke-13 lalu.
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Tapi, Umno BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa," kata beliau dipetik KeadilanDaily.
Katanya, dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.
"Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata beliau kepada Keadilandaily.
Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.
"PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.
"Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.
"Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan," katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac manakala hari mengundi undi 23 Mac. - Harakahdaily

No comments:

Post a Comment