Monday, February 24, 2014

TAUKE BERAS : SEMUA BERAS DI BUMI MALAYSIA MILIK SAYA ...

KEADILAN DAILY

syed_mokhtar
Merujuk kepada rencana Reuters bertarikh 19 Februari 2014 bertajuk "Thai rice to pour into global markets as subsidy ends", berjuta tan beras Thailand bakal dieksport ke pasaran antarabangsa akibat daripada penghapusan skim subsidi padi Kerajaan Thailand pada akhir bulan Februari 2014.

Di bawah skim subsidi padi Thailand, para petani Thai telah dibayar sebanyak 15,000 baht setiap tan semenjak skim subsidi ini diperkenalkan pada bulan Oktober 2011. Apabila skim subsidi padi Thailand ini dihapuskan nanti, para petani dijangka akan terpaksa menjual padi pada harga pasaran terbuka sekitar 8000 hingga 9000 baht sahaja (47% lebih rendah). Para petani juga akan terpaksa menjual padi pada harga yang rendah ini kerana kekurangan tangki simpanan beras kerajaan yang tidak membolehkan beras disimpan lama sehingga harga pulih semula.

Para pengeksport Thai meramalkan penurunan harga beras hancur 5% daripada USD 375/tan (RM 1,238/tan) kepada USD 350/tan (RM 1,155/tan) yang juga merupakan harga terendah dalam 7 tahun terkini. Selain Thailand, India dan Vietnam juga bakal mengalami penurunan harga beras akibat daripada hasil tuaian yang tinggi. Pertambahan pengeluaran beras sebegini akan terus menekan harga ke paras yang lebih rendah.

Malaysia sebagai negara pengimport beras bakal menikmati harga beras import yang yang lebih murah. BERNAS juga bakal mendapat imbuhan keuntungan yang lebih besar akibat harga import yang lebih rendah.

Perkara diatas amat konsisten dengan kenyataan media saya pada 12 November 2013 yang bertajuk "BERNAS bakal diswastakan: Ketamakan Bermaharajalela" iaitu "Keuntungan (BERNAS) bakal meningkat 40% ke RM 165 juta pada jangkamasa terdekat kerana pengurangan harga beras antarabangsa akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam, India dan Pakistan. Hal ini akan menguntungkan sesiapa yang memiliki BERNAS di masa hadapan.

Sekiranya harga beras untuk rakyat Malaysia tetap kekal diparas lama, BERNAS bakal mendapat pertambahan keuntungan yang majoritinya bakal dikaut oleh seorang individu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar sendiri.

Berdasarkan situasi pasaran antarabangsa terkini, harga beras di Malaysia sepatutnya lebih banyak rendah, dan kerajaan harus memastikan harga beras turun bagi membantu meringankan beban rakyat yang semakin terhimpit akibat kenaikan kos sara hidup.

Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen Alor Setar
Naib Pengerusi KEADILAN Kedah

No comments:

Post a Comment