Sunday, February 9, 2014

PM ROSMAH : DIA SEMBUNYI BELAKANG SAYA ...




Oleh Amin Iskandar


Di manakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Malaysia memerlukan kepimpinannya?

Ketika provokasi demi provokasi yang mungkin akan memusnahkan keharmonian kaum dan agama, Najib tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya

Lebih memburukkan keadaan apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semalam, tawaran RM1,200 daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjaya menampar Teresa Kok tidak dianggap sebagai satu ancaman.

Ahmad Zahid juga berkata, polis hanya akan bertindak sekiranya NGO tersebut mahu membunuh.

Jika di negara maju, menteri kanan yang 'pintar' seperti Ahmad Zah‎id sudah pasti akan dipecat kerana kenyataannya akan dianggap mewakili kerajaan.

Akan tetapi di Malaysia berbeza, seseorang menteri boleh berbuat dan berkata apa sahaja‎.

Apakah Najib akan membiarkan kenyataan Ahmad Zahid mewakili pendirian kerajaan Malaysia?

Bayangkanlah bagaimana rakyat mahu merasa selamat apabila seorang menteri kanan boleh mengatakan sesuatu galakan  jenayah secara terbuka seperti ditawarkan NGO Islam itu bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai ancaman.

‎Jadi selepas ini jika terdapat tawaran berbentuk ganjaran wang daripada pihak pembangkang kepada seluruh rakyat yang berjaya menampar Ahmad Zahid, apakah jawapan sama akan diberikannya?

Najib harus bertindak segera sebelum terlambat.

Beliau juga harus ingat, ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein, dihormati kebanyakan rakyat Malaysia.
Jangan sampai beliau jadi pemusnah kepada legasi Abdul Razak.

‎Bagaimana pula dengan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama?
Apakah Najib mahu melihat ia turut musnah?

‎Isu pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sudah menyebabkan Malaysia ditertawakan di persada antarabangsa.

‎Selepas ini, kita akan ditertawakan lagi dengan jawapan menteri kanan seperti Ahmad Zahid ketika ditanya tentang jenayah.

Jangan sampai tragedi berdarah antara kaum tidak diingini seperti pernah ‎berlaku satu ketika dahulu berulang semata-mata kerana Malaysia mempunyai perdana menteri yang tidak memimpin.

Provokasi perkauman seperti yang berlaku pada Khamis, jika tidak dihentikan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

Jika Najib sudah penat dan tidak lagi larat lagi untuk memimpin negara, lepaskanlah jawatan tersebut.

Beri peluang kepada yang benar-benar mampu untuk memimpin.

Setidak-tidaknya, bubarkanlah Parlimen untuk membenarkan rakyat Malaysia berpeluang memilih semula setelah negara tidak kemana selepas sembilan bulan  sejak Pilihan Raya Umum ke 13.

2 comments:

  1. PEMINPIN ZAMAN ERA INI SUDAH TAK ADA NILAI INTERGRITI.ZAMAN ERA MAHATRHIR TELAH MEMUSNAHKAN SEMUA.KAKITANGAN KERAJAAN JATUH MERUDUM AKIBAT DARI PADA RASUAH DARI BELBAGAI SUDUT.KEJATUHAN INI YANG MENGAKIBATKAN NEGARA HANCUR SECARA DISEDARI TETAPI TINDAKAN UNTUK DIPERBETULKAN GAGAL DISEBABKAN IA CUMA UNTUK DITONJOLKAN SEBAGAI LAKUNAN SAHAJA.PERLU DINGTKAN SEMUA MEREKA INI LUPA AKAN DARATAN DAN YANG LEBIH DAIF LAGI SEMUA APABILA KEBANYAKANNYA PEMINPIN INI AMAT KOLOT DARI SEGI PRADIGMA SEJARAH ITU SENDIRI.NILAI RAKYAT NEGARA INI ADALAH TINGGI HARUS DIINGATI PERJUANGAN RAKYAT TIDAK AKAN PUTUS DISEBALIK TAKBIR SAHAJA.TITIK PELUK PADA MEREKA YANG TERDAHULU.AKAN TIMBUL BELBAGAI LOKONAN DAN DRAMA YANG AKAN MELUPAKAN DIRI PEMINPIN INI..PEPATAH MELAYU SIAKAP,SENOHONG IKAN DURI BERCAKAP BOHONG LAMA LAMA JADI PENCURI YANG AMAT SIMPLE KITA BOLEH NILAIKAN.IA PEPATAH LAMA TAPI KEJADIAN NYA BERLAKU HINGGA DEWASA INI.INI BERMAKNA KALAU KITA PEMINPIN INI LEKA IA AKAN MEMAKAN DIRI NYA SENDIRI WALAUPUN ISTILAHNYA IA DAPAT MELEPASKAN DIRI DARI SITUASI TETAPI DOA SERTA SEBUTAN YANG KELUAR DARI MULUT YANG TERINAYA MEREKA INI TIDAK AKAN TERLEPAS AZAP NYA

    ReplyDelete
  2. KAMI SEBAGAI RAKYAT SUDAH SAMPAI MASANYA KAMI MAHU MELUPAKAN SEJARAH BAIK MAU PUN TIDAK BAPAK KAMU KE,,TUK KAMU KE,KAMI TIDAK PEDULIKN LAGI DISEBABKAN KAMU YANG MEMERINTAH TIDAK MEMPUNYAI SIFAT PEMERINTAHAN YANG BAIK.KAMI BERDOAKAN SEMOGA KAMU DAN JUGA SEMUA PEMERINTAH YANG LAIN TERMASUK KAKITANGAN KERAJAN YANG TELAH MENGINAYAKAN RAKYAT NEGARA AGAR DILAKHANAT OLEH ALLAH SETIAP DETIK ,SETIAP SAAT SETIAP HARI TERMASUK KELUARGA MEREKA.INI. DOA KAMI.SIFAT SIFAT YANG MUNAFIK YANG TERNYATA DARI GEROMBOLAN PEMINPIN INI SUDAH MULA NAMPAK IMPAK NYA SANGAT KETARA.SETIAP HARI KELUAR SATU PETANDA YANG TIDAK BAIK.WALAUPUN IA CUMA CERTA KANGKUNG.PADA KAMI WALAU PUN KAMU MENCURI,MENYAMUN,HARTA NEGARA DAN RAKYAT ,MASA AKAN MENENTUKAN KAMU. BOLEH CUBA TUNJUKAN LAKONAN KEBAIKAN TETAPI HAKIKATNYA SUMPAH KAMI TERHADAP KAMU TIDAK AKAN DISIAKAN OLEH ALLAH YANG MAHA BERKUASA..MAMPOSLAH KMU NAJIB SERTA SEMUA MENTERI MENTERI PENGKHIANAT SERTA KAKITANGAN KERJAAN YANG PENDUSTA TERHADAP RAKYAT NEGARA INI.AZAP KAN LAH MEREKA YA ALLAH YA TUHAN KAMI HAMBA YANG TERINAYA. AMIN

    ReplyDelete