Sunday, February 23, 2014

PM ROSMAH : KALAU TAK MAU TUKAQ PEMIMPIN, TUKAQ PARTI ...

Cari pemimpin yang boleh menukar acuan kepimpinan dahulu, baru boleh berubah


Aspan Alias


Saya ingin menyambung apa yang telah saya tulis dalam posting yang lepas (semalam). Saya telah menyebut tentang masalah yag akan kita hadapi jika keadaan sekarang masih berterusan, dalam mana jika BN kekal ia akan kekal sebagai kerajaan yang sangat lemah dengan barisan pimpinan yang terlemah dalam sejarah kerajaan kita. Jika Pakatan Rakyat  mendapat mandat (yang saya jangkakan susah untuk diperolehi), ia juga akan menjadi kerajaan yang lemah dan akan merudum dalam jangka masa yang singkat sahaja.
Pendeknya pihak mana sekali pun yang akan menang jika pilihanraya umum diadakan sekarang ini ia akan merupakan kemenangan yang tipis dan tidak akan mampu untuk mewujudkan kerajaan yang stabil dan kuat.
Bagi BN, mereka tidak akan terjumpa formula dan penyelesaian yang boleh memberikan kekuatan kepada ‘coalition’ itu kerana pimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling rendah dalam sejarah kewujudannya.


Saya selalu menyebut tentang acuan kepimpinan BN khususnya UMNO sekarang ini. Bagi UMNO sekarang ini bukan lagi masalah menukar pemimpin dan barisan kepimpinannya. Sekarang ini ia adalah masalah menukar acuannya. Selepas Dr Mahathir membentuk acuan kepimpinan selepas kepimpinan beliau, siapa sahaja dikalangan kepimpinan dalam Majlis Tertinggi dan kabinet negara mereka adalah dari acuan yang sama.
Acuan ini membina budaya, sikap, nilai serta mentaliti kepimpinan yang sama. Saya dari dulu lagi telah menyatakan dalam tulisan saya dengan jelas yang jika sesiapa yang menggantikan Pak Lah mengikut kaedah yang lazim dikalangan kepimpinan UMNO yang tertinggi itu, keadaannya akan sama malah berkemungkinan lebih teruk lagi. Najib yang diharapkan boleh memperbaiki kelemahan Pak Lah telah mengecewakan ramai kerana beliau lebih lemah kepimpinan dari Pak Lah.


Malahan sekarang ini semakin nyata yang Pak Lah adalah lebih baik dari Najib yang sedang diusahakan oleh setengah pihak dalam UMNO untuk menyingkirkan beliau sekarang. Tetapi jika Najib digantikan oleh Muhyiddin untuk mengekalkan tradisi peralihan kuasa seperti yang lazim dilakukan itu, kita akan mendapat kepimpinan yang lebih lemah dari Najib pula.
Kita perlu ingat siapa sahaja dikalangan kepimpinan tertinggi UMNO itu adalah dari acuan yang sama yang dibentuk oleh Dr Mahathir dahulu dan hasilnya akan sama sahaja seperti yang kita nampak terhasil dari kepimpinan Najib hari ini. Menggantikan Najib dengan kepimpinan yang dari satu acuan itu samalah seperti tidak mengubah kepimpinan.
Sekarang ini isunya ialah untuk menukar acuan kepimpinan UMNO itu. Kita memerlukan acuan baru supaya bentuk kepimpinan itu akan berupa bentuk acuan yang baru. Acuan yang baru itu akan membentuk nilai dan cara berkepimpinan yang baru dan akan membawa ‘ambience’ politik yang baru. Sekarang ini masalah rakyat termasuk yang berada di dalam UMNO itu sedang mengalami keadaan murung yang sama sejak lama dahulu.


Kita memerlukan acuan atau ‘mould’ kepimpinan yang baru dan semestinya pemimpin itu wajar dari orang yang tidak termasuk dalam acuan binaan Dr Mahathir itu supaya pemimpin itu boleh membina acuan untuk politik yang baru untuk negara khususnya untuk UMNO itu.
Membawa acuan baru akan membawa ‘environment’ yang baru dan dengan cara itu UMNO boleh menghilangkan persepsi yang sudah keterlaluan buruknya yang kita rasakan sekarang. Berada dalam ‘environment’ dan situasi baru sahaja boleh mengalihkan persepsi buruk rakyat terhadap UMNO itu. Atas tujuan itu jangan lah masih ada mereka-mereka yang berada dalam acuan lama dahulu kerana ia akan membantutkan usaha membawa UMNO kedalam ‘environment’ yang baru itu.


Apa yang terpenting bagi UMNO sekarang ialah untuk menghilangkan persepsi buruk rakyat terhadapnya itu. Hilangkan persepsi buruk itu dahulu barulah UMNO boleh menaruh harapan untuk menjadi parti yang relevan kepada rakyat dihari muka. Persepsi buruk itu tidak mungkin dapat dihilangkan oleh barisan pimpinan yang membina persepsi buruk itu sendiri.
Jika pimpinan itu diserahkan kepada seorang ahli Legislatif yang berpengalaman dari UMNO yang tidak terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa itu maka bolehlah kita berada di dalam 'ambience’ yang baru itu dan dengan sendirinya rakyat akan merasakan berada di dalam situasi dan keadaan yang lebih meyakinkan dan sekali gus boleh melupakan politik yang kita rasakan pada hari ini.


Rakyat akan dapat merasakan seperti mereka berada dalam negara dan siasah baru dan bersama-sama membina negara tanpa perasaan prejudis terhadap kepimpinan negara lagi. Kepimpinan yang membawa aura yang baru itu akan sekali gus boleh menyelesaikan dan memperbaiki perhubungan diantara negeri-negeri dalam Persekutuan terutamanya dengan Sabah dan Sarawak yang merupakan ‘equal partner’ dengan Persekutuan Tanah Melayu itu.
Semua  isu-isu lain yang berkait dengan agama dan bangsa yang kini sangat banyak dipersoalkan oleh rakyat boleh di selesaikan secara ‘parallel’ dengan isu-isu mendesak yang lain.


Sesungguhnya menggantikan dengan pihak lain yang tidak mempunyai kekuatan yang sebenarnya tidak akan membawa apa-apa perubahan. Malahan yang kekal adalah perbalahan yang tidak sihat yang akhirnya akan meletihkan rakyat dan mereka akan menjadi mangsa politik peribadi pemimpin yang tidak berkesudahan. Sekarang sudah sampai waktu dan masa bagi pemimpin-pemimpin dari kedua-dua belah pihak ditarbiahkan dengan politik yang baru dan mengakui perbalahan diantara mereka kini tidak membawa rakyat kemana-mana.
Tinggalkan politik dan penggiat politik yang ada pada hari ini. Selepas mengalihkan politik kita ke ‘environment’ yang baru maka barulah rakyat dan negara memulakan langkah untuk maju kehadapan bagi pembangunan siasah yang baru yang lebih meyakinkan, insyaallah

No comments:

Post a Comment