Wednesday, February 19, 2014

TUN DR. M : INI BUKAN DEDIKASI, INI "DADDY KASI" ...

Anak Dr Mahathir Tersenarai Antara 10 Terkaya Di Malaysia

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir tersenarai 10 individu terkaya di Malaysia, menurut majalah perniagaan, Malaysian Business.

Dalam satu kenyataan media hari ini, majalah tersebut menyenaraikan dua individu yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut masih kekal dalam senarai 'Top 40 Richest Malaysian 2014'.

Syed Mokhtar berada di tangga keenam, jatuh satu anak tangga dengan jumlah kekayaan mencecah RM11.07 bilion.

"Syed Mokhtar jatuh ke tangga keenam walaupun kekayaannya naik 4.43% berbanding RM10.6 billion tahun lalu," kata Malaysian Business dalam kenyataan media.

Syed Mokhtar merupakan jutawan yang memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Beliau juga mempunyai kepentingan dan aset dalam syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan Malakoff Berhad, iaitu IPP, syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia.Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai komoditi gula dan beras.

Mokhzani pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lalu.

"Datuk Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya, Sapura Kencana Petroleum berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.

"Beliau berada pada tangga ke-13 tahun lalu, dengan jumlah kekayaan RM2.63 billion," kata majalah tersebut.

Kenyataan itu berkata, keseluruhan hasil kekayaan 40 individu tersebut meningkat lebih 10% tahun ini, disumbangkan oleh pasaran saham yang baik.

"Jumlah terkumpul keseluruhan bernilai RM217.82 billion setakat 18 Januari 2013, meningkat 11.73% berbanding RM194.86 bilion setahun lalu," kata majalah tersebut dalam edisi bertarikh 16 Februari 2014.

No comments:

Post a Comment