Aspan Alias
Najib sedang menghadapi tekanan lebih hebat dari apa yang dialami oleh Abdullah Badawi semasa Abdullah masih Perdana Menteri dahulu. Semasa Dr Mahathir mundar mandir kedarat dan kebaroh membidas Abdullah, masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan Abdullah Badawi. Kumpulan Abdullah telah memberikan reaksi yang agak kuat terhadap tindakan Dr Mahathir, sehinggakan Dr Mahathir sendiri telah dimalukan oleh Abdullah. Dr Mahathir telah di gagalkan oleh perwakilan Kubang Pasu untuk beliau menjadi perwakilan ke perhimpunan agong UMNO pada tahun 2006 dahulu.

Di sebaliknya sekarang ini tidak kedengaran suara mempertahankan Najib dikalangan pimpinan UMNO selain dari sekali sekala kedengaran Ketua Pemuda Khairy membela Nbeliau dalam beberapa isu. Sesungguhnya Najib merupakan seorang 'orphanage leader' yang hanya dapat pembelaan mungkin dari isterinya sahaja. Satu dua insiden kedengaran Ahli Parlimen Kota Belut, seorang Menteri baru yang bernama Rahman Dahalan yang membela Najib dengan sambil lewa sahaja.
Kalaulah keadaan ini berlaku semasa tahun tujuh puluhan dahulu, seorang Perdana Menteri yang berada dalam situasi seperti Najib ini pasti akan meletakan jawatan jika sudah ada tanda-tanda pemimpinan mereka itu tidak mendapat sokongan padu dari ahli partinya. Pemimpin itu tidak akan bertahan kerana takut partinya akan perpecah belah dan mereka rela melepaskan jawatan tertinggi mereka demi kelangsungan perpaduan diantara ahli parti dan rakyat.
Saya ingin mengingatkan insiden-insiden yang masih segar dalam ingatan saya tentang isu isu ini yang anak-anak muda sekarang mungkin mengaggapnya sebagai ganjil. Walaupun ia berlaku lebih tiga puluh tahun dahulu saya tetap ingat dan menjadikan sikap yang diambil oleh pucuk pimpinan semasa itu sebagai tauladan baik yang sepatutnya di ikuti oleh pimpinan hari ini.
Tetapi ia tidak ditauladani lagi kerana nilai kepimpinan sekarang sudah jauh berbeza kerana nilai yang baik dahulu itu tidak di gilapkan oleh pucuk pimpinan yang bernafsu kuat untuk berkuasa berseorangan. Nilai kepimpinan seperti itu sudah dianggap 'out-of- date' kata setengah yang baru main politik, hari ini.
Tun Husien Onn merupakan contoh yang terbaik untuk kita buat contoh dalam isu ini. Selepas sahaja beliau ditentang oleh Hj Sulaiman Palestin sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978 dahulu, beliau terus mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan 1981 nanti. Beliau tahu walaupun beliau memenangi undi dengan majoriti yang sangat besar, beliau tahu ada sedikit dikalangan pimpinan dan ahli-ahli UMNO tidak menyokong beliau.
No comments:
Post a Comment