Sunday, February 16, 2014

BN : RAKYAT PUN KAMI LANGGAR, SETAKAT PERLEMBAGAAN APALAH SANGAT ...

darisungaiderhaka.blogspot



Menurut Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari Menjadi gabenor negeri tidak semestinya menjadikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kebal daripada sebarang pendakwaan.

Walaupun sembilan raja Melayu kebal dari sebarang prosiding undang-undang di mahkamah, mereka boleh didakwa di mahkamah khas yang dibentuk bawah Artikel 182 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mengulas protes Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak yang membantah Abdul Taib menjadi Yang di-Pertua Negeri maka dengan itu beliau boleh mengelak menjawab dakwaan lalu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.

Abdul Taib yang menjadi ketua menteri Sarawak sejak 33 tahun lalu, berdepan dengan dakwaan rasuah dan penyalahguanaan kuasa dan ia sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lapor Malaysiakini

Tapi selain dari tidak kebal, Jika Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di Pertua Negeri Sarawak ianya adalah salah dan bertentangan dengan perlembagaan Negeri Sarawak.

Dimana dalam perlembagaan tersebut pada perenggan yang ke enam jelas dinyatakan "Yang di Pertua Negeri tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang membawa keuntungan dan tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial."


Perlembagaan penuh lihat di SINI
Rasanya sudah menjadi rahsia umum tentang berapa banyak perniagaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud ni..

Berapa banyak akupun tak pasti tapi tentu banyak kerana harta Taib Mahmud dianggarkan mencecah USD20 Billion..

Perkara ini telah didedahkan oleh DAP Sarawak..

Tapi kalau puak-puak UMNO/BN ni dalam mengejar kuasa habis semua diredahnya tak kira perlembagaan atau apa...

Berikut adalah kenyataan dari BMF berkaitan isu ini..

No comments:

Post a Comment