Friday, February 28, 2014
JPN : LAGI CEPAT, LAGI BAGUS, KERJA SENANG AMBIL PATI JADI WARGA ...
Transformasi: JPN yang dulu bukanlah yang sekarang
Kedua, selagi kita belum memiliki sijil pengenalan sementara, selagi itu kita mampu dicas sebagai warga asing. Kerana warga asing hari ini bukan saja ramai melimpah ruah, tetapi keterampilan mereka menghampiri keterampilan warga tempatan. Hanya berbeza dengan ketara pada vokalnya sahaja.
Setibanya di JPN Puduraya, ketika mengurus penggantian MyKad, saya mengalami satu kejutan, saya tidak pasti apakah ia kejutan budaya? Urusan penggantian Mykad sangat mudah dan lancar, ini di luar fikrah yang terdoktrin sejak sekian lama.
Transformasi: JPN yang dulu bukanlah yang sekarang
Thursday, February 27, 2014
BLOGGER UMNO : PRESIDEN KITA DISERANG HENDAP DARI DALAM ...
Pentadbiran Najib diserang Daim dan MahathirDaim Zainuddin yang dilihat sebagai regu kepada Dr Mahathir Mohamad dan juga menjadi 'jubir', jurubicara untuk menghuduhkan Najib Razak dan kerajaannya, tidak mudah diam. Daim terus bercakap tanpa melihat suasana dan memilih 'cerlak' (masa dan ketika) untuk bercakap. Seperti sudah tidak ada simpati dan sokongan lagi DARI Daim kepada Najib sebagai perdana menteri.Terbaru Daim terus mengkritik Najib dengan mengulangi pandangan dan kesimpulan-kesimpulan buruk ke atas kepimpinan Najib seperti dibuat beberapa kali sebelum ini. Dalam temuramah dengan sebuah saluran berita video, Daim mengusik dan mengkritik Najib mengenai beberapa perkara.Beliau memberi pandangan yang Najib seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh. Seorang perdana menteri yang lambat dan lembab. Menurutnya penguatkuasaan untuk mengawal apa-apa keadaan yang timbul sekarang ini boleh diambil kerana undang-undang yang ada sudah mencukupi. Tetapi kerana kerapuhan dan ketidaktegasan Najib, maka apa yang tidak sepatut berlaku, berlaku. Contohnya mengenai pergolakan kaum dan meletusnya isu agama, seperti kalimah Allah dan Kristinasasi.Daim juga persoal Najib jangan sahaja mempertahankan mandat yang bersambungan turun temurun itu, tetapi kena memperkasakan kepimpinannya. Tidak ada guna ada kuasa tetapi kepimpinan lemah. Daim juga menyatakan kepimpin kerajana kini lemah kerana ia dipimpin oleh seorang yang lemah, tidak berani dan tidak tegas.Selain itu Daim mempersoalkan anggota Kabinet Najib yang tidak dilantik dari mereka berpandangan jauh dan arif memahami sejarah Malaysia. Apa maksudnya itu? Ertinya mereka yang dipilih menganggotai kabinet mereka yang cetek pengetahuan, tidak berilmu dan mempunyai semangat, patriotisme. Disebabkan keadaan itu maka pentadbiran menjadi huruhara.Ini memberi gambaran Najib dalam menyusun kabinetnya pakai tangkap muat sahaja. Ia juga menunjukkan mereka yang cerdik tidak diambil atau pun diberi kesempatan kerana Najib bimbang ianya akan memakan dirinya. Contohnya seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Najib membiarkan saja seorang tokoh ekonomi berpengalaman dari menyertai kabinetnya. Atau pun Daim sediri yang dia merasakan dia adalah juara ekonomi negara ini.Gara-gara anggota kabinet yang sebegitulah menyebabkan kerajaan pimpinan Najib hari ini lemah dan tidak dapat mengatasi pelbagai masalah yang timbul.Daim juga mengkritik pilihan raya Kajang di mana baginya tidak perlu kerana membazirkan wang. Pilihan raya itu hanya memberi publisiti kepada Anwar saja, katanya. Bagi Daim, Anwar bukan mudah untuk ditundukkan walaupun rakyat tidak memilih PR di dalam pilihan raya lalu, namun populariti Anwar masih hidup. Daim tidak percaya dengan cara dan strategi Najib, dia dapat menewaskan Anwar.Kalau dilihat keseluruhan aspek yang dikritikan Daim itu ia melihatkan pengurusan dan pentadbiran Najib menjadi mangsa. Ini berbeza dengan kritikan 'bapa mertuanya' Mahathir yang mengkritik atau menyerang kepimpinan bekas PM Abdullah Ahmad Badawi sebeulum ini, yang dibuat dari segi politik. Mahathir memberi tekanan politik kepada Abdullah dengan keluar Umno dan menimbulkan masalah dan mengaitkan peranan menantunya, Khairy Jamaluddin dan juga peranan budak-budak di Tingkat 4 yang mempengaruhi pentadbiran Abdullah.Tampaknya untuk berdepan dengan Najib, Mahathir yang menggunakan Daim atau mereka bersekongkol tidak mengambil pendekatan politik, tetapi mereka menyerang pentadbiran Najib. Di bongkar dan disebutkan satu persatu aspek-aspek kelemahan dalam pentadbiran Najib.Apapun cara dan kaedahnya, tindakan dan agenda Daim dan Mahathir sama sahaja iaitu untuk menjatuhkan Najib. Disebalik itu tentulah ada orang yang hendak diangkat menjadi PM baru menggantikan Najib. Siapakah tokoh itu yang sedang diandang untuk menjadi pengantin perdana menteri?MSO
Wednesday, February 26, 2014
EX-MP MERBOK : SAYA NAK CARI MAKAN PUN SUSAH NANTI ...
THE MALAYSIAN INSIDER
Jadi mengapa Tun Daim Zainuddin bising?
Apa yang nyata, bekas menteri kewangan itu dalam keadaan penuh kebimbangan. Cukup bimbang sehingga beliau terus bercakap mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Secara terbuka, beliau menolak pemimpin PKR sebagai seorang gila publisiti dan sukakan perhatian. Secara terbuka juga, beliau merendah-rendahkan ketua pembangkang itu sebagai seorang yang tidak pernah mampu menyelesaikan sebarang masalah.
Secara terbuka, beliau berkata bahawa langkah Anwar bertanding pilihan raya kecil di Kajang hanya membazirkan duit rakyat.
Rupa-rupanya penentangan Daim terhadap Anwar diteruskan dalam sesi perbincangan peribadi tetapi dengan nada lebih serius dan tidaklah begitu memandang rendah terhadap kemampuan Anwar.
Mereka yang berada di kelilingnya berkata, beliau gusar akan kesan sekiranya Anwar menang di Kajang; terutamanya kemungkinan Anwar menjadi ketua eksekutif negeri paling kaya di Malaysia dengan beberapa bilion pada tangannya dan kesan segera terhadap moral ahli-ahli Umno di Selangor serta seluruh negara.
Namun, tidak dinyatakan ketakutan bahawa ia mampu menjadi asas ekonomi yang kukuh dan landasan untuk mempamerkan kualiti kepimpinan kuat berbanding Putrajaya, nafas baru dan fokus Anwar ini boleh membawa Pakatan Rakyat (PR) untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang – keputusan akhir yang ternyata membuatkan Daim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno lain dari zaman kegemilangan penswastaan tidak senang duduk.
Tambahan pula, Selangor adalah negeri perindustrian dan paling kaya serta bersebelahan dengan Kuala Lumpur yang menjadikannya sumber bagi projek-projek infrastruktur, tawaran hartanah dan perniagaan untuk kroni dan lain-lain yang berkaitan dengan Putrajaya.
Ia menjadi penting bagi pihak yang pernah mendapat manfaat untuk memastikan Selangor kembali kepada BN. Kepimpinan Anwar di negeri ini akan menjauhkan lagi kemungkinan masa hadapan dan menjadikan Selangor sebuah lagi kubu politik seperti Kelantan bagi PAS.
Secara mudah, wujud keperluan untuk melindungi "angsa emas". Para jutawan yang mempunyai kaitan dengan Umno akan berusaha sedaya mungkin menghalang Anwar mengambil alih jawatan sebagai menteri besar.
Justeru, jangan terkejut jika Daim mengambil berat terhadap bagaimana persediaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk "berperang" dengan Anwar.
Penting bagi golongan yang mendapat manfaat pada zaman Mahathir jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengosongkan jawatannya.
Jelaslah, dakwaan mereka berkenaan "Langkah Kajang" sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan dana awam untuk pilihan raya kecil.
Ini kerana jika mereka benar-benar mengambil berat bagaimana wang pembayar cukai dibelanjakan, mereka pasti tidak akan membenarkan konsesi tol yang berat sebelah atau tawaran untuk pengeluar tenaga bebas atau menyimpan sumber air di tangan beberapa ahli perniagaan tertentu sahaja.
Oleh itu, pertempuran di Kajang adalah pertempuran bagi menentukan siapa yang akan dapat mengawal Putrajaya pada masa hadapan. Kemenangan Anwar di Kajang boleh menyebabkan Umno kehilangan Putrajaya lambat laun nanti.
HAKIM UMNO : KALAU DIA TU DARI PR, KAMI TETAP AKAN HUKUM ...
Oleh Izmil Amri
Dasar DAP, pembangkang kerjanya menghasut sahaja.
Tetapi rakyat Malaysia tidak akan tahu apa yang dihasutkan oleh Karpal. Apa sebenarnya kalimat yang keluar daripada mulut peguam dan ahli politik veteran itu yang dikira sebagai menghasut? Apa indikator yang menjadi kayu ukur mahkamah untuk menentukan sama ada perkara yang disebut Karpal itu satu hasutan atau tidak? Adakah semua hasutan itu pula salah mengikut Akta Hasutan?
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita harus bertanya 'menghasut' ini apa bendanya? Hasut, perkataan yang bunyinya pun macam kasut. Kalau disebut berkali-kali, akan rasa macam pelik. Hasut, hasut, hasut.
Hasut menghasut ini kerja orang politik. Kalau doktor kerjanya mengubat orang, tukang masak kerjanya memasak, orang politik kerjanya menghasut. Perkataan lain yang lebih lembut untuk menggambarkan pekerjaan orang politik ini ialah 'memujuk sokongan'. Menghasut dan memujuk sokongan tidak banyak beza. Manusia harus dihasut supaya pemikirannya berkocak dan sokongan atau pendiriannya berubah.
Saya akan beri contoh mudah.
Katakan anda dan seorang teman sedang berada di kedai nasi kandar. Teman anda yang seorang ini ada penyakit susah mahu buat keputusan apabila ditanyakan soalan 'nak makan apa?' Bukan sahaja teman anda, malah ramai lagi manusia yang punya penyakit nan satu ini.
Okay, jadi anda pun buat tak peduli dan memesan mee goreng mamak, basah, pecah telur dua biji, bikin kasi pedas; dengan semangkuk kecil kari kambing, kuahnya saja. Air teh tarik Komtar dan segelas air kosong.
Teman anda, saya pasti akan terpengaruh dan mula menelan liur ketika makanan itu dibawa ke meja. Dan kemudian akan tambah kecur liur apabila menyaksikan bagaimana anda menggaul mee yang sedang berasap itu sambil menyudukan kuah kari tadi untuk digaul bersama.
Tetapi mungkin dia belum yakin lagi dengan kelazatan makanan Pulau Pinang. Jadi anda pun memanggil pelayan, "Anney.. roti kosong dua, koyak siap-siap, kuah campur kasi banjir".
Sekonyong-konyong makanan itu sampai, teman anda pun bersuara.
"Mamak, saya mau macam ini lagi satu."
Nah, hasutan anda telah berjaya. Hasutan yang sebegini disebut orang Pulau Pinang sebagai 'yang dinamakan punca'. Tapi itu cerita lain.
UMNO juga menghasut
Baik, kerja hasut-menghasut ini sebenarnya UMNO buat setiap hari. Di media tradisional yang dikawal pemerintah, aktiviti menghasut ini berjalan tanpa disedari sesiapa pun kerana penghasut seperti UMNO-BN pastinya tidak akan mengaku dirinya sedang menghasut. Tetapi saya yakin rakyat Malaysia bijak pandai orangnya dan akan sedar apabila dihasut oleh media kawalan kerajaan Persekutuan untuk membenci Anwar Ibrahim si Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Lim Guan Eng si Ketua Menteri Pulau Pinang, Nik Abdul Aziz Nik Mat mantan Menteri Besar Kelantan dan ramai lagi pemimpin politik pihak lawan UMNO.
UMNO juga sentiasa menghasut rakyat untuk menolak pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan; supaya kerajaan yang dipilih rakyat itu secara demokratik akan tumpas dan mudah dirampasnya pada pilihan raya akan datang. Ya UMNO lebih-lebih lagi mahu menggulingkan kerajaan Selangor dan 'menghasut' rakyat supaya membenci Pakatan Rakyat di negeri itu dengan pelbagai jenis 'hasutan' di akhbar dan kaca televisyen.
Tetapi rakyat tidak akan tahu bahawa UMNO juga menghasut kerana tidak ada orang yang mengheret UMNO dan pemimpinnya ke mahkamah kerana menghasut untuk menggulingkan kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Rakyat juga ada yang tidak sedar bahawa UMNO itu pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Dan hasutan UMNO-BN ini juga yang mengabui mata rakyat seluruhnya bahawa Pakatan Rakyat itu bukan kerajaan di negeri yang disebutkan tadi.
UMNO-BN menunjukkan kepada anda bagaimana lazatnya mee goreng mamak yang dijirus kari kambing dan anda gagal mengawal perasaan dan menerima cadangan itu sebagai satu keyakinan baru, mengalahkan keyakinan asal anda. Mereka berjaya memujuk, dan anda tergoda dan kalah.
Ini caranya saya menerangkan kepada anda maksud 'menghasut' kepada anda secara panjang lebar.
Jadi balik kepada persoalan mula. Apa salah Karpal?
Akta Hasutan
Apakah ayat atau bahasa jenis apa yang digunakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor ini yang ditafsirkan mahkamah sebagai menepati peruntukan hasutan mengikut Akta?
Pada 21 Februari lalu, Karpal Singh, peguam tersohor Malaysia dan pemimpin lama Parti Tindakan Demokratik disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana dipercayai mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung krisis perlembagaan yang melanda negeri itu setelah beberapa ahli dewan negerinya melompat parti dan berlakunya rampasan kuasa dalam kerajaan negeri.
Akta Hasutan 1948 menafsirkan kalimat 'menghasut' sebagai: dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut.
'Kecenderungan menghasut' ditafsirkan Seksyen 3 (1) Akta yang sama seperti berikut:
Sesuatu "kecenderungan menghasut" ialah kecenderungan—
(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;
(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh kerajaan itu;
(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana negeri;
(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana negeri;
(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau
(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.
Panjang betul.
Karpal disifatkan sebagai menghasut apabila beliau mengatakan bahawa keputusan yang dibuat Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam krisis kerajaan negeri itu beberapa tahun lalu boleh dipersoalkan di mahkamah. Itu sahaja.
Ya, itu sahaja. Seorang peguam yang sudah berpuluh tahun bertarung di mahkamah dalam kes berprofil tinggi memberikan pendapatnya tentang undang-undang perlembagaan. Hukumannya denda dan/atau penjara, yang akan menyebabkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor mungkin terpaksa dikosongkan dan satu lagi pilihan raya kecil berlangsung.
Bagaimana persoalan Karpal itu boleh disebut sebagai menghasut berdasarkan peruntukan undang-undang? Bagaimana pula sepanduk bertulis "Kerana mulut pemimpin DAP 13 Mei terjadi.. Mau lagi kaa!!!" tidak disebut sebagai menghasut bertepatan dengan perenggan (e) dalam subseksyen di atas?
Kalau seorang pengamal undang-undang veteran tidak boleh membuat komentar tentang permasalahan undang-undang negara, siapa yang boleh? Pelayan restoran nasi kandar yang bawakan mee goreng mamak tadi? – Roketkini.com
BN : DAP PENGHALANG KEMAJUAN "MELAYU TULEN" SARAWAK ...
KUALA LUMPUR: DAP Sarawak semalam memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuching bagi menghalang pelantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri kerana melanggar Perlembagaan Negeri.
Memetik laman Malaysiakini, Ketua Pemuda DAP negeri, Wong King Wei berkata, Artikel 2(2) Perlembagaan Negeri melarang ketua negeri terbabit secara aktif dalam mana-mana perusahaan komersil.
"Apabila Taib menerima pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri, satu akuan (declaration) sedang diusahakan bahawa beliau melanggar Artikel 2(2) Perlembagaan Negeri Sarawak agar beliau digugurkan," katanya.
Taib adalah pengarah Mesti Bersatu Sdn Bhd sejak 9 Mei 2007.
Katanya lagi, Taib juga seorang daripada pemegang saham Mesti Bersatu dan memiliki 400,000 syer dalam syarikat itu.
Selain itu, Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) Padungan itu sedang mendapatkan akuan bahawa Taib selaku Ketua Menteri telah melanggar Artikel 6(5) Perlembagaan Negeri, juga kerana terbabit dalam perusahaan komersil.
Wong memberi masa 14 hari – bermula tarikh writ saman itu disampaikan untuk Taib hadir ke mahkamah.
Pada masa sama, katanya lagi, satu permohonan 'ex-parte' sedang disediakan dan akan difailkan secepat mungkin untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang pelantikan itu.
Taib akan melepaskan jawatan yang dipegangnya selama 33 tahun pada 28 Februari ini dan hampir pasti akan menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebagai Yang di-Pertua Negeri.
Pelantikan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, apatah lagi beliau kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.-Roketkini.com
PKR : ANWAR PEMIMPIN YANG SANGAT LEMAH ....
MALAYSIAKINI
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".
"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.
"Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.
"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.
Tambahnya lagi, Anwar juga "lemah" kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.
"Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.
"Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.
"Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim," katanya lagi.
Dalam wawancara yang disiarkan KiniBiz semalam, Daim yang juga merupakan tokoh korporat berjaya menyifatkan Anwar sebagai "lemah" kerana tidak mempunyai sebarang pencapaian sewaktu berada di dalam kerajaan.
Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan kepimpinan di peringkat nasional.
UMNO/BN : PM KITA SEDANG DIGULING-GILINGKAN ....
Berita 1: Status berpendapatan tinggi tidak bermakna Malaysia maju sepenuhnya, kata Dr Mahathir
Arkitek Wawasan 2020, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi tidak bermakna menjadi negara membangun sepenuhnya seperti digambarkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, menjadi sebuah negara maju bukan semata-mata mencapai pendapatan per kapita tinggi tetapi ditakrifkan dengan kecanggihan masyarakatnya.
"Setengah orang, secara mudah mentakrifkan menjadi negara maju adalah dengan mencapai pendapatan per kapita USD12,000 dan KDNK yang tinggi. Ini tidak cukup untuk melayakkan kita menjadi negara maju.
"Bagi saya, menjadi sebuah negara bukan semata-mata mencapai pendapatan per kapita tinggi tetapi juga kecanggihan masyarakatnya,"katanya di hadapan pelajar di Manchester, United Kingdom hujung minggu lalu.
Najib sebelum ini meletak sasaran negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan menggariskan beberapa polisi dan insentif sejak mengambil alih pemerintahan Putrajaya.
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir mengkritik Putrajaya.
Januari lalu, beliau berkata, pelaburan asing langsung (FDI) yang menyumbang kepada pergantungan Malaysia kepada pembinaan dan buruh asing murah tidak akan membantu negara menjadi maju.
Dr Mahathir mengakui amalan tersebut berjalan sejak pemerintahannya, bagaimanapun berkata dalam blognya bahawa usaha meneruskan tradisi tersebut hanya akan menyebabkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi atas kertas sahaja.
"Untuk negara menjadi maju, kita perlu kepelbagaian. Membina bangunan menakjubkan dan pencakar langit tidak akan menjadikan kita sebuah negara maju tidak kiralah berapa pun pendapatan per kapita atau KDNK," katanya.
Dr Mahathir semasa berucap dalam majlis anjuran United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students pada Ahad lalu berkata, jika Malaysia bergantung kepada status maju berasaskan pendapatan per kapita, ia masih tidak sama tahap dengan negara seperti Arab Saudi.
"Jika kamu berpegang kepada anggaran itu, maka negara paling maju adalah Arab Saudi. Tapi anda tahu, Arab Saudi tidak dianggap sebagai negara maju.
"Sebaliknya, kita perlukan industri. Kita perlukan pemikir. Kita perlukan kemudahan. Infrastruktur kita perlu hebat. Semua ini perlu dimiliki sebelum menjadi negara maju sepenuhnya," katanya.
Dr Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020 pada 1991 untuk meletakkan Malaysia di landasan menjadi sebuah negara "perindustrian dan maju sepenuhnya" menjelang 2020.
Ia termasuklah kekayaan ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi serta perpaduan nasional dan sosial.
"Minta maaf saya katakan, tapi kita tidak ke arah itu. Kita terlalu fokus kepada pendapatan per kapita. Saya benci untuk katakan ini, tetapi menjelang 2020, kita mungkin tidak mencapai status sebuah negara maju sepenuhnya," katanya.
Dalam ucapannya lagi, Dr Mahathir juga menggesa supaya belia tidak menjadi hamba mengikut cara Barat, menyifatkan terlalu cenderung ke arahnya menyebabkan pemikiran orang ramai masih lagi dijajah.
"Barat menyumbangkan banyak idea hebat kepada dunia. Mereka mampu ke bulan, ruang angkasa lepas dan sebagainya.
"Tapi adakah kita perlu mengikuti apa saja mereka lakukan," katanya ketika menyampaikan ucapan mengenai peranan belia negara di era globalisasi.
Dr Mahathir berkata, dunia menjadi sebuah perkampungan global kecil dan menggesa belia agar tidak memisahkan diri mereka dengan tidak menjadi seorang yang bebas.
"Apabila kamu mengikut idea Barat, nilai dan amalan, kamu bukanlah bebas sepenuhnya.
"Menjadi bebas bermakna anda dapat berfikir dengan sendirinya," kata dan menambah belia Malaysia patut tahu menerima perkara betul dan salah.
Malah, masyarakat juga perlu menghormati hak majoriti untuk memerintah dan juga hak minoriti untuk membantah, tetapi bukan sehingga ke tahap untuk menjatuhkan kerajaan.
"Kerajaan dipilih oleh majoriti. Oleh itu, mereka yang menentang kerajaan pastinya adalah minoriti.
"Jika minoriti itu dibenarkan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh majoriti, maka tidak ada demokrasi," katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mesti belajar untuk hidup antara satu sama lain.
"Jika mereka tidak belajar untuk bertolak ansur antara satu sama lain atau mahu merebut segala-galanya untuk diri mereka sendiri, maka akan ada konflik dan ketidakstabilan di negara ini.
"Jika negara tidak stabil, ibu bapa anda tidak akan dapat menghantar ke luar negara belajar kerana mereka tidak boleh memperoleh wang di Malaysia," katanya. Beliau berkata, rakyat Malaysia hidup dengan aman dan harmoni, maka mereka perlu membentuk pemikiran sendiri, idea dan nilai moral agar tidak menjadi terhutang budi kepada Barat atau orang lain. -TMI
ARTIKEL 2
Utamakan kestabilan, bukan mandat, kata Daim kepada Putrajaya
Keamanan dan kestabilan adalah dua perkara terpenting yang dimahukan rakyat Malaysia selain agen provokasi yang perlu dihapuskan, kata bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Daim berkata, kerajaan sedia ada bukan sahaja perlu memikirkan untuk mengekalkan mandat sedia ada tetapi juga dasar kepimpinan.
"Undang-undang sedia ada memadai untuk mengawal perkara ini. Jika terdapat pihak yang cuba mencetuskan kontroversi, mereka perlu ditangani.
"Jika ia lambat ditangani maka akan ada pihak cuba mengambil kesempatan," katanya dalam satu wawancara bersama KiniBiz.
Berbicara tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Daim berkata akar umbi dan rakyat mempunyai impian yang sama iaitu mahu melihat kepimpinan yang kuat.
Katanya, Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan agama maka terdapat pelbagai isu sensitif berlingkar dalam negara.
"Berdasarkan maklum balas yang saya terima, ramai yang berasa Najib seorang pucuk pimpinan yang rapuh atau kurang tegas.
"Sebagai pemimpin, beliau harus tahu mengawalnya selain pasukan terbaik untuk menasihati bagaimana berdepan dengan isu yang tidak boleh diselesaikan secara individu," katanya.
Beliau berkata, Kabinet yang kuat diperlukan dan mereka yang memahami sejarah Malaysia dapat menjangkakan masalah yang berlaku berbanding terus mengambil tindakan.
Katanya, perancangan yang baik akan memperlihatkan kepada rakyat arah yang ingin dituju dan jika rakyat berasa orientasinya sesuai, mereka akan memberi sokongan.
"Pertama kali dalam sejarah, warga asing dan tempatan melihat secara serius situasi politik di Malaysia. Jika anda melihat orang luar menulis tentang Malaysia, ia bermakna mereka mula curiga terhadap kestabilan negara.
"Rakyat mahu melihat dan berasa selesa bersama Putrajaya sebaliknya majoriti rakyat berasa ada sesuatu yang tidak kena," katanya.
Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini, Daim menyifatkan pilihan raya itu tidak perlu diadakan dan membazir dana rakyat.
Katanya, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak berupaya menyelesaikan pelbagai masalah.
"Anwar sendiri tidak diundi ke dalam PKR tetapi mempunyai banyak pengaruh dan kuasa. Beliau memutuskan apa yang perlu dilakukan kepada pemimpin parti terpilih.
"Sama ada media memuji atau mengkritik, ia membuatkan Anwar gembira kerana masih mendapat liputan," katanya.
Berhubung isu kalimah Allah, Daim berkata perkara itu tidak seharusnya menjadi pertikaian kerana tidak wujud permasalahan seumpama itu di Sabah dan Sarawak.
Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan Islam kini sedang menerima ancaman sebaliknya menyifatkan ahli politik yang gemar membesarkan isu tersebut.
"Kenapa tiba-tiba bawa isu ini ke Semenanjung Malaysia dan menjadikannya masalah besar?
"Mendapatkan sokongan dengan membangkitkan isu agama adalah perbuatan bodoh. Kita selalu hidup aman damai dan persoalan agama tidak pernah dibangkitkan," katanya.
ULASAN GB
"Serangan" Mahathir & Daim ke atas kepimpinan Najib seperti yang dilaporkan di atas semacam mengesahkan apa yang Pengarah Strategi PKR dedahkan beberapa minggu lalu yang mencetuskan "Rencana Kajang".
Apabila "rahsia" itu bocor, diberitakan Matahir telah memanggil satu mesyuarat khas untuk membincangkannya.
Dan dari maklumat yang tersebar: keputusannya - teruskan usaha gulingkan Najib! Hal Anwar kita selesaikan kemudian.
Wallahu alam.

"Semasa mesyuarat itu, seorang bangkit berkata Anwar bertanding Kajang sebab nak jadi menteri besar, tak boleh jadi perdana menteri jadi menteri besar sajalah. Apa dia boleh buat.
"Kemudiaan Tun Daim Zainuddin bangun, dia marah. Dia kata kamu tidak kenal Anwar, kamu tidak kenal dia, Anwar kalau dia ambil menteri besar, nazak Umno," kata Anwar menjelaskan situasi yang berlaku semasa mesyuarat tersebut. -petikan TMI
Dan dari maklumat yang tersebar: keputusannya - teruskan usaha gulingkan Najib! Hal Anwar kita selesaikan kemudian.
Wallahu alam.
Tuesday, February 25, 2014
UMNO/BN MAKIN GALAK, PROJEK RETAK, MENTERI GELAK, ROSMAH MELALAK, RAKYAT TERIAK ...
DUIT RAKYAT JADI MANGSA LAGI: KLIA2 LAMBAT DI BUKA KERANA LANDASAN RETAK ??
Kebimbangan mengenai keselamatan lapangan terbang tambang murah klia2 dibangkitkan lagi selepas penemuan keretakan di jalan rayap, kawasan apron dan sekurang-kurangnya satu tempat parkir pesawat, seminggu selepas bangunan terminal gagal pemeriksaan bagi piawaian kebakaran dan keselamatan.
Satu set gambar yang diambil baru-baru ini menunjukkan keretakan dan permukaan beralun di jalan rayap membawa ke landasan sepanjang 3.96 km, selain keretakan di kawasan apron dan tempat parkir pesawat yang boleh menyebabkan pembukaan lapangan tambang murah itu yang dijadualkan pada 2 Mei ditangguhkan lagi.
"Jalan rayap ini penting kerana lebih 300 pesawat berlepas dan mendarat di lapangan terbang tambang murah pada ketika ini dengan pesawat yang penuh. Sebarang keretakan akan menyebabkan kebimbangan keselamatan kepada syarikat penerbangan untuk mendarat di sini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Di antara syarikat penerbangan bakal menggunakan terminal ini adalah AirAsia, AirAsia X, Cebu Pacific dan Malindo Air yang kebanyakannya akan menggunakan pesawat kecil seperti Boeing 737 dan Airbus 320. Bagaimanapun, AirAsia X menggunakan pesawat besar A330 dan A340 yang boleh membawa beban lebih berat.
"Pihak berkuasa sudah diberitahu mengenai keretakan dan kerja baik pulih akan mengambil masa, lebih lama daripada tarikh pembukaan pada 2 Mei ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan," tambah sumber tersebut.
Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengadakan ujian landasan Oktober lepas menggunakan pesawat Boeing 737-900ER Malindo Air di Landasan 3 dan menganggapnya sebagai satu kejayaan kerana pesawat tidak melantun semasa mendarat.
KUB Builders, anak syarikat KUB Malaysia adalah kontraktor landasan lapangan terbang bernilai RM268.8 juta yang menghubungkan jalan rayap ke terminal lapangan terbang.
Sumber mengatakan syarikat pesawat tambang murah akan berwaspada menggunakan klia2 sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dengan salah seorang mengatakan.
"Ini boleh menjejaskan rekod keselamatan 100% mereka, jadi syarikat seperti AirAsia dan Malindo Air mahukan jaminan penuh kerana sebarang kemalangan akan menjejaskan perniagaan mereka."
"Sesetengah syarikat tambang murah masih belum membuat keputusan sama ada mahu berpindah operasi ke lapangan tambang murah itu pada 2 Mei sehingga pihak berkuasa menyelesaikan isu keselamatan," kata sumber lain.
Awal bulan ini MAHB mengesahkan pembukaan klia2 mungkin ditangguhkan kerana dua pertiga daripada bangunan terminal utama lapangan terbangan itu tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran selepas pemeriksaan dijalankan bulan lepas.
Menurut satu kenyataan dari MAHB, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan terhadap bangunan itu pada minggu terakhir Januari lalu dan mendapati 65% daripada terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.
Terdapat keretakan dalam paip pembetungan di luar terminal, dan bahagian-bahagian jalan dan perparitan tidak sesuai untuk digunakan. Perakuan pihak berkuasa itu penting bagi pengeluaran Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) untuk lapangan terbang yang menelan belanja RM4 bilion itu.
Malaysia Airports Holdings Bhd, dalam kenyataan tersebut turut berkata mereka gagal untuk menerima CCC bagi bangunan terminal klia2 daripada UEMC-Bina Puri.
Kontraktor utama UEMC-Bina Puri Joint Venture sebelum ini sudah memberi jaminan ia akan menyerahkan bangunan terminal atau menyerahkan CCC kepada pengendali lapangan terbang itu pada 31 Januari.
Dalam satu kenyataan berasingan, UEM-Bina Puri mengesahkan ia tidak boleh mendapatkan CCC pada 31 Januari dan mendakwa ini disebabkan oleh "isu yang tidak dijangka" berlaku baru-baru ini semasa pemeriksaan susulan.
Akhbar The Star melaporkan awal bulan ini kerja-kerja pembaikan akan mengambil kira-kira tiga hingga empat minggu untuk melengkapkannya dan walaupun kontraktor dijadualkan akan melalui satu lagi ujian yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam masa dua minggu lagi, namun sebarang kelewatan dalam mendapatkan pengesahan kelayakan untuk bangunan beroperasi akan memberi kesan kepada pembukaan lapangan terbang.
"Begitu banyak janji dan jaminan yang diberikan oleh kontraktor, namun gagal untuk mendapatkan CCC. Kini terdapat kebimbangan adakah mereka boleh mendapatkan CCC pada akhir Februari," kata sumber dalam industri kepada The Star.
Kelewatan pembukaan klia2 selama hampir setahun menyebabkan perang mulut diantara pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin berkata pada hujung minggu pihak berkepentingan usah menunding jari atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mengutamakan kepentingan nasional dan rakyat terlebih dahulu untuk mematuhi tarikh operasi yang ditetapkan iaitu pada 2 Mei ini.
"Tarikh yang dijanjikan itu ditetapkan oleh mereka sendiri bukan dari kerajaan kerana ia merupakan 'private commercial venture'. Jadi mereka kena bertanggungjawab kalau mereka tidak sehaluan sekalipun.
"Saya sebagai menteri bertanggungjawab mahu tarikh yang ditangguhkan dahulu, dan sudah dijanjikan akan beroperasi pada 2 Mei itu dapat ditunaikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kajang pada Ahad.
Sehari sebelum itu Fernandes menggunakan akaun Twitternya untuk menyerang MAHB dan Hishammuddin kerana peningkatan kos dan cukai klia2.
Fernandes berkata di Twitternya: "Kita harus jelas. Lapangan Terbang Malaysia adalah monopoli. Kebimbangan saya adalah mereka perlu pastikan kos dikurangkan untuk orang awam Malaysia.
"Kita cipta penerbangan tambang murah. Kita tidak minta lapangan terbang 4 bilion (ringgit) yang lewat selama 3 tahun. LCCT sekarang hanya berkos RM250 juta.
Sebagai respon kepada Fernandes, Hishammuddin mempertahankan kelewatan klia2 selama lebih dua tahun:
"KLIA2: Peningkatan kos&Kelewatan-Orang ramai akan tahu kenapa/siapa selepas dibuka 2 Mei = Fokus kerajaan @jayadylan @tonyfernandes."
Klia2 sudah beberapa kali ditangguhkan pembukaannya dengan terakhir seharusnya dibuka pada 30 April sebelum ditunda lagi ke 2 Mei.
MENTERI UMporNO : KALAU TANGGUH TUH, MAKNANYA NAK NAIK LA. KORANG JANGAN BUAT-BUAT TAK FAHAM PLAK ....
1MDB: Tarif elektrik mungkin terus naik
KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik mungkin akan terus berlaku jika kerajaan menganugerahkan projek jana kuasa arang batu 2,000MW, atau projek 3B kepada Syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meminta kerajaan tidak menganugerahkan projek tersebut kepada 1MDB kerana rakyat yang akan menanggung beban kenaikan tarif elektrik. Menurut Husam, syarikat lain yang bersaing dengan 1MDB ialah YTL Corporation Berhad. Bagaimanapun, 1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh. "Kalau 1MDB dipilih kita akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh. Perbezaan ini menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi. "Adakah rakyat Malaysia perlu membayar kos elektrik yang lebih mahal semata-mata nak bayar kepada 1MBD sedangkan ada saingan yang lebih murah dengan saingannya YTL," kata pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Selain itu, beliau turut mempersoal 1MDB yang membayar harga lebih mahal sebanyak RM2.65 billion untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) Ananda dan Genting. Pada Mac 2012 Syarikat 1MDB membelanjakan sebanyak RM8.5 billion untuk membeli Tanjong Energy Holding. Pada Ogos 2012 1MDB berbelanja sebanyak RM2.35 billion untuk membayar faedah 75 peratus Genting Sanyen Power. "1MDB menghasilkan perolehan sebanyak RM1 billion setahun. Jumlah yang hanya cukup untuk membayar bunga tetapi masih tidak mencukupi untuk membayar hutang secara keseluruhan," katanya.
Tambah beliau lagi, mengikut perolehan dari Internal Rate of Return (IRR) yang lazimnya digunakan untuk mengukur keuntungan pelaburan dan rata-rata kadar yang biasa diperlukan adalah antara 10 hingga 12 peratus. IRR bagi Tanjong Energy Holding ialah sebanyak 5.2 peratus manakala IRR bagi Genting Sanyen Power ialah 0.5 peratus. "Mengikut kadar semasa untuk mendapatkan IRR 10 peratus, 1MDB perlu membayar hanya RM8.2 billion iaitu RM2.65 billion lebih tinggi. Megapa ini terjadi?" soalnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)