PAS CAIR KEPADA PKR DAN DAP, US NASHA CAIR KEPADA UMNO?
SINAR semalam memetik kenyataan Us Nasha, seorang bekas Timbalan
Presiden PAS merangkap bekas Ahli Majlis Syura PAS Pusat yang menyebut
bahawa beliau tetap bersama PAS walaupun dipecat dari menjadi ahli
Majlis Syura PAS.
Aku tidak peduli samada dia sanggup bersama PAS atau PAS masih sanggup
bersama Us Nasha, kerana jika ikutkan Dr Hassan Jati pun masih mengaku
ahli PAS biarpun sudah lama dipecat. Jenis muka tidak malu, hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong, begitulah. Mungkin wujudnya Us Nasha di
dalam PAS tidak menambah, dan jika tiada beliau di dalam PAS pun tidak
mengurang, cuma boleh mengurangkan beban PAS, itu sahaja.
Bila dia sebut bahawa dia masih mahu bersama PAS kerana ingin
membetulkan PAS atau mengawasi PAS dari di'cair'kan oleh PKR dan DAP,
itu yang membuat aku merasa jijik dengan politik pencacai seperti ini.
Benarkah beliau ingin membetulkan atau mengawasi PAS? Cuba Us Nasha
jawab persoalan ini:-
1. Semenjak bila PAS bersama PKR dan DAP dan semenjak bila beliau
memegang jawatan Timbalan Presiden PAS? Waktu beliau memegang jawatan
tinggi di dalam PAS, ertinya PKR dan DAP tidak pernah men'cairkan' PAS?
Apabila beliau tidak pegang jawatan, ketika itu PKR dan DAP mula
men'cairkan' PAS?
2. Berapa kali dia hadir Mesyuarat Ahli Majlis Syura PAS Pusat? Jika
benar beliau mahu membetulkan atau mengawal PAS selama ini, sewaktu
beliau berada di dalam Majlis Syura, apa yang beliau telah lakukan?
Mengapa selalu ponteng mesyuarat yang penting itu sedangkan mendakwa
mahu membetulkan PAS? Membetulkan PAS setelah hilang jawatan?
Membetulkan PAS menggunakan media bangsat TV3 suku dan Utusan Meloya?
Mahu membetulkan PAS dengan cara mengikut bontot Najib dan Bik Mama?
3. Cuba fikir dengan otak yang berilmu. Mana lebih baik dan telus,
MCA, Gerakan atau DAP? Jika MCA atau Gerakan menentang Hudud, dan DAP
tidak bersetuju dengan Hudud, apa bezanya? Bezanya adalah DAP tidak
bersetuju dengan Hudud tetapi pemimpin mereka bersih dari skandal rasuah
dan DAP menyokong perjuangan menentang rasuah dan keadilan. MCA dan
Gerakan? Sudah lah mereka menentang Hudud, rasuah pun mereka terlibat.
Isu PKFZ boleh dijadikan contoh. Itu belum isu moral Chua Soi Lek yang
beliau sendiri mengaku. MCA dan Gerakan sekutu Umno, wajarkah Us Nasha
menghentam PAS, PKR dan DAP sebaliknya menjilat Umno?
4. Isu Kerajaan Perpaduan terutamanya di Selangor sejurus PRU ke 12
dulu, Us Nasha dan Hassan Jati memainkan peranan penting untuk mengajak
PAS belot dan khianat kepada rakan-rakan dari PKR dan DAP, hanya kerana
jawatan MB Selangor. Beginikah Islam ajar apabila berkawan? Awal-awal
lagi akhlak Us Nasha dan Hassan Jati busuk. Apa yang berlaku terhadap
kedua-dua ekor ini mungkin balasan Allah kepada sikap dan perangainya
yang busuk dan keji itu.
5. Isu Kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim. Us Nasha dan Hassan
Jati berlagak untuk menjadi hero. Hakikatnya, isu ini bukan baru malah
bertahun dahulu lagi sewaktu Us Nasha dan Hassan Jati memegang jawatan
di dalam PAS. Namun, waktu itu, kedua-dua ekor ini membisu seribu
bahasa, tetapi kini mula bersuara untuk menunjukkan mereka hero. Hero
sebenar adalah PAS itu sendiri kerana konsisten mempertahankan keputusan
Majlis Syura Ulamak mereka. Us Nasha dan Hassan Jati tidak sedar siapa
yang berkuasa membenarkan percetakan Bible ke dalam Bahasa Melayu?
Siapa Menteri KDN? Menteri dari PAS, PKR atau DAP? Ini semua
membutakan hati Us Nasha dan Hassan Jati akibat 'berkat' berkawan dengan
Najib Altantuya.
PAS bukan dicairkan oleh PKR atau DAP, buktinya PAS tetap konsisten
mempertahankan dasar dan keputusan Majlis Syura. Apa yang pasti, yang
'cair' kepada Umno dan menjadi 'pelacur murahan' adalah Us Nasha
sendiri. Terlalu banyak mahu dihujahkan tentang kebodohan kedua-dua
ekor manusia ini setelah mereka hilang kuasa. Rupa-rupanya kuasa boleh
mengubah sikap dan perangai seseorang.
No comments:
Post a Comment