UMNO itu pertubuhan haram, maka tidak sah memimpin negara – Aspan Alias
UMNO sedang sibuk untuk meminta ROS
(Pendaftar Pertubuhan) untuk melakukan siasatan ke atas isu pemilihan
CEC parti DAP di Pulau Pinang Januari lalu. Hishamuddin Hussein, baru
sahaja menghjadapi malu kerana meminta ROS mengambil tindakan terhadap
DAP kerana gagal menghantar lapuran persidangan tahunan DAP dalam jangka
masa yang telah di tentukan. Ketua Pengarah ROS juga berkata dengan
nada yang sama.
Tetapi akhirnya telah jelas yang isu itu
merupakan isu yang tidak wujud kerana lapuran yang di perlukan itu
sesungguhnya telah di hantar oleh DAP pada 8hb Februari yang lepas. ROS
telah memohon maaf kepada DAP kerana kesilapan itu. Hishamuddin berkata
di Johor dua hari yang lepas mengakui yang lapuran yang di hantar oleh
DAP pada 8hb Februari itu tidak sampai ke pengatuannya. Ketua Pengarah
ROS juga mengakui keslahan tidak mengetahui yang DAP sudah pun
menghantar lapuran itu ke pejabat ROS dalam tempoh yang di benarkan.
Hishamuddin terus berkata apabila
lapuran itu sudah dihantar sekarang sampailah masanya ROS menyiasat
tentang tuduhan yang DAP telah melaksanakan pemilihan secara tidak betul
dan berlaku penipuan dalam proses pemilihan CEC itu. Oleh kerana
pilihanraya sudah hampir dan ternyata DAP telah mendapatkan sokongan dan
meningkatkan pengaruhnya di kalangan rakyat berbilang kaum. Maka parti
ini sedang menghadapi tekanan yang berbagai-bagai dari pihak kerajaan,
dan kali ini menggunakan isu yang kononnya ada penipuan dalam pemilihan
CEC bulan Januari yang lepas.
ASesungguhnya ROS bebas untuk melakukan
siasatan itu kerana sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap isu
ini, tidak siapa pun boleh menghalang ROS melakukan penyiasatan
berdasarkan kepada lapuran yang di buat oleh beberapa orang ahli DAP
sendiri itu. Kita faham pihak kerajaan dan Kemeneterian yang
bertanggungjawab sedang berusaha melakukan apa sahaja untuk memberikan
tekanan terhadap DAP yang kian hari kian berpengaruh termasuk dikalangan
orang Melayu sendiri.
Tetapi saya tidak mahu menyentuh tentang
penyiasatan itu, tetapi saya hanya hendak memberikan pandangan yang
sebenarnya yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri. ROS mesti melakukan
siasatan terhadap UMNO yang mempunyai hampir 20,000 cawangan itu.
Kita semua tahu UMNO sudah tidak wujud
secara moralnya di cawangan-cawangan di seluruh negara. Tidak banyak
cawangan yang bergiat dan UMNO sesungguhnya sedang menghadapi ‘brain
death’ di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan di seluruh negara.
UMNO merupakan parti yang melakukan penipuan dihampir kesemua bahagian
di seluruh negara termasuk di bahagian Pekan, tempat Najib menyandarkan
harapan dan masa depan beliau.
Boleh dikatakan hampir 50 peratus dari
cawangan-cawangan di seluruh negara bermesyuarat agong cawangan mereka
tidak mencukupi korum mesyuarat. Ahli-ahli yang terdaftar dengan parti
itu sendiri tidak berminat untuk menyertai kegiatan parti itu termasuk
untuk hadir dalam mensyuarat agong cawangan mereka sendiri. Tetapi tidak
ada pun cawangan yang dimatikan atau digantung oleh ROS.
Kebanyakkan ketua-ketua cawangan telah
membuat laporan palsu dan jumlah cawangan yang melakukannya adalah dalam
jumlah ribuan. Banyak minit-minit mesyuarat cawangan-cawangan UMNO di
palsukan kerana cawangan-cawangan itu gagal mendapatkan korum yang
secukupnya bagi mesyuarat agong cawangan mereka. Cawangan-cawangan ini
akan menghantar perwakilan ke persidangan tahunan bahagian dan ini
secara otomatik akan menjadikan persidangan perwakilan bahagian itu
terbatal kerana kehadiran perwakilan dari cawangan-cawangan yang haram
di seluruh negara.
Maka dengan sendirinya semua perhimpunan
agong UMNO di Kuala Lumpur setiap tahun itu adalah
persidangan-persidangan yang haram dari segi undang-undang pertubuhan
negara. Jika benar ROS betul-betul bertanggungjawab terhadap tugas dan
fungsi jabatan itu, maka UMNO perlu di siasat dan saya boleh memberikan
jaminan yang penyiasatan itu akan lengkap dalam masa sehari dua sahaja
kerana perkara ini berlaku di dalam ribuan cawangan-cawangan parti itu.
UMNO baru ini telah memasukkan klausa
dalam perlembagaan parti itu di mana tidak boleh sesiapa pun dibenarkan
membawa parti itu ke mahkamah oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati.
Kandungan Bab ini adalah di sebabkan UMNO tidak berkeyakinan yang mereka
mampu melunaskan syarat dan peruntukan dalam bab atur-peraturan parti
itu dan pimpinan UMNO tertinggi takut parti itu akan mengahadapi kes-kes
mahkamah yang dilakukan oleh ahli-ahlinya yang bertimbun-timbun.
Itu bezanya di antara DAP dengan UMNO.
Ahli-ahli DAP boleh membawa kes ketidak puasan hati ahli-ahlinya kemuka
pengadilan sedangkan ahli-ahli UMNO tertekan kerana tidak dibenarkan
oleh perlembagaan mereka untuk membawa partinya ke mahkamah.
Sesungguhnya tanpa melakukan apa-apa
penyiasatan pun kita tahu UMNO yang baru ini adalah sebuah parti yang
haram dari sudut undang-undang pertubuhan. Parti itu parti yang menekan
terhadap ahli-ahlinya. Sesiapa yang membawa kes parti mereka ke Mahkamah
akan dipecat dan tidak ada tempat untuk merujuk untuk penyelesaian
masalah mereka. Itulah sebabnya UMNO sudah mati sebenarnya kalau kita
lihat dari segi undang-undang dan etika serta moral nya.
Cawangan-cawangan yang merupakan tempat
kuasa di perolehi itu tidak berfungsi lagi. Sesungguhnya UMNO sudah
tiada lagi kerana UMNO tidak dapat dikawal lagi oleh mana-mana badan dan
Jabatan Penguat kuasa Pertubuhan.
Saya ulangi, UMNO itu adalah parti yang
haram yang sedang berkuasa dan tentulah kerajaan yang sedang dipimpin
oleh UMNO itu bukanlah kerajaan yang ‘legitimate’ lagi. ROS boleh
lakukan apa sahaja terhadap DAP dan belum tentu lagi ada penyelewengan
dalam pemilihan parti itu.
Tetapi yang pastinya UMNO adalah haram
dari segi pertubuhannya kerana di setiap peringkat khususnya di banyak
cawangan-cawangan nya, minit mesyuarat mereka adalah minit mesyuarat
yang palsu. Justeru, semua pemegang jawatan dalam UMNO di setiap
peringkat sekarang ini sepatutnya di batalkan oleh ROS serta merta. Saya
tidak berapa berani untuk melabelkan UMNO itu sebagai pertubuhan haram,
tetapi keadaan macam itu lah lebih kurang.
Oleh itu elok ROS mengarahkan UMNO
mengadakan mesyuarat agong cawangan-cawangan, persidangan perwakilan
bahagian-bahagia serta perhimpunan agong sekali lagi untuk memberikan
‘legitimacy’ kepada Najib sebagai Presiden dan semua ahli yang
menganggotai Majlis Tertinggi itu.
Buat masa sekarang mereka sedang
memegang jawatan-jawatan itu secara haram dari segi undang-undang
pertubuhan. Selesaikan masalah UMNO dahulu sebelum menyelesaikan tuduhan
terhadap DAP itu.
Itulah sebabnya rakyat mahukan perubahan
dari sebuah kerajaan yang ‘tidak legitimate’ kepada sebuah kerajaan
yang ‘legitimate’. Kita lakukan dalam pilihanraya ini nanti. Jangan undi
parti yang tidak sah.
No comments:
Post a Comment