Wednesday, February 6, 2013

UMNO/BN: THE DAY AFTER TOMORROW ???

Polls Rating Ok, Pengundi Hantu ada, Duit Banyak- masih takut dengan pilihan Rakyat


by sakmongkol

Dalam tahun 2008, UMNO dan BN tewas di Semanjung. Mereka hanya dapat 49% dari undi popular di Semenanjung. Oleh yang demikian, UMNO tak boleh sombong. Kalau tidak ada Sabah dan Sarawak, UMNO dah berkubur dalam PRU12.

Dan untuk menyedapkan hati mereka dan kawan2 BN yang lain, maka UMNO dakwa orang kampong semua dah kembali ke pangkuan UMNO. UMNO ingat Melayu kampong masih boleh kena tipu dengan rasuah RM500. RM500 diberikan kepada rakyat, ratusan dan ribuan juta disamun dan dirompak dari rakyat.

Dalam PRU13, rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan bersama BN lagi. Rakyat Malaysia Timur tidak sebodoh yang disangka oleh UMNO. Mustahil mereka mahu jadi pembangkang. Mereka mahu besama kerajaan persekutuan yang baru.  mereka melihat masa depan yang lebih baik tanpa UMNO. Undi UMNO dapat BR1M RM500. Undi Pakatan dapat royalty 20%, dapat taraf semi autonomy, dapat pendidikan percuma dan paling penting, pribumi Sabah jadi KM.

Menyokong UMNO bererti berada dalam pembangkang. Tiada yang sanggup jadi pembangkang melainkan DAP dan PAS. Parti lain masuk dalam gelanggang mahu jadi kerajaan. Dengan kiraan lojik ini, rakyat Sabah dan Sarawak akan bersama PR kerana mereka melihat gelombang menyokong PR tidak dapat dibendung lagi.

Tanda2 nya ada didepan mata. Seperti yang saya sebut- UMNO ada wang, ada pengundi hantu dan polls rating Najib pun dikira ok. Tidak sebaik Pak Lah, tapi pendukung UMNO kata sudah cukup hebat. Tapi dengan kombinasi 3 ramuan ini, Najib tak berani buat PRU sebab dia dan pemimpin UMNO lain, tahu UMNO akan tewas. Dan UMNO bukan berani jadi pembangkang. Najib pulak. Dia pemimpin yang lemah. Bukan saya kata- Dr Mahathir, Mursidul am UMNO yang kata. Dia nasihatkan UMNO berkawan dengan orang jahat lebih baik berkawan dengan orang baik2.

Dan orang Melayu pun sudah sedar, jika UMNO tewas yang kalah itu UMNO bukan orang Melayu. UMNO hanya 3 juta dari 18 juta Melayu. 15 juta Melayu boleh hidup tanpa UMNO. Kalau mati semua ahli UMNO yang berjumlah 3 juta itu, ada 15 juta lagi orang Melayu boleh terus hidup tanpa UMNO.

Calun2 UMNO diganti dengan orang Melayu juga. Maka orang Melayu tidak kehilangan apa2. Bukanlah kepakaran dan kepandaian mengurus negara ini, hanya orang UMNO sahaja yang ada. Melayu lain pun yang ada dalam PAS, PKR dan DAP boleh buat lebih baik dari matlaon UMNO.

Pemimpin tertinggi UMNO kata PR tidak ada pengalaman. Benar itu!- PR tidak ada pengalaman merompak dan melanun harta benda rakyat.  Dalam negeri2 PR- tidak ada kes NFC. Tidak ada kes Puspahanas. Tidak ada beli paip air substandard dari syarikat sendiri.

Ertinya- dalam negeri yang UMNO kalah, rakyat lebih mewah dan aman makmur. UMNO ada, kacau bilau.

Rekod pengurusan dan pentadbiran negeri yang diperintah PR jauh lebih baik dari rekod pengurusan dan pentadbiran negeri2 yang dikuasai oleh UMNO/BN. Belasan tahun UMNO memerintah Selangor, reseb tunai yang Khir Toyo boleh beri Khalid Ibrahim ialah RM600juta. 4 tahun dibawah Khalid yang diejek sebagai gagap itu- reseb tunai ialah RM2500juta. Malukan UMNO? Cakap besar tapi mengurus negeri tidak pandai.

No comments:

Post a Comment