Wednesday, February 13, 2013

UMNO/BN: BR1M, LAMBANG KEGAGALAN KAMI ...

Lebih 7 Juta Mohon BR1M 2.0, Bukti Kegagalan Umno BN

Seramai 7.3 juta bagi rakyat Malaysia memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) membuktikan kerajaan pimpinan Umno-BN didakwa gagal untuk meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat negara ini.Ini kerana kelayakan bantuan BRIM 2.0 itu hanya disasarkan kepada seisi keluarga yang berpendapatan di bawah RM3,000.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat sepatutnya mempunyai agenda khas dalam meningkatkan pendapatan isi rumah bukan sekadar memberi ‘panadol’ dengan tidak menyelesaikan isu sebenar permasalahan rakyat.

 
"Apabila dilakukan dasar pemberian BRIM 2.0 ini mendedahkan keadaan ekonomi rakyat sehingga ramai yang layak untuk menerimanya di mana mereka berpendapatan RM3,000 untuk seisi keluarga.“Ini merupakan satu pendedahan bagaimana ramai yang ‘miskin’ dan jurang perbezaan pendapatan yang besar antara yang kaya dan miskin,” kata Khalid ketika dihubungi TVSelangor.

 
 Katanya, pemberian-pemberian ini hanya bersifat sementara bagi membantu rakyat sedangkan realitinya berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berterusan.“Kerajaan Pusat sewajarnya menumpukan agenda untuk mengurangkan kos kehidupan rakyat dan menambahkan pendapatan rakyat di peringkat bawahan.

"Ini tidak dilakukan oleh kerajaan pusat dan mereka lebih suka mengambil pendekatan ekonomi ‘panadol’ dan masalah sebenar yang berlaku dihadapi rakyat terus semakin kronik,” kata beliau.Ujar Khalid lagi, PR terus komited memperjuangkan isu kehidupan rakyat dengan menumpukan isu kepada pengurangan harga petrol dan memanfaatkan wang negara ke arah yang lebih baik.

 
"Pakatan mempunyai pelan jangkamasa panjang untuk terus membina potensi modal insan,” katanya.Sebelum ini, PR dalam Buku Jingga memperjuangkan hak rakyat mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selain membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500.Ianya dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minima RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh lima tahun Pakatan Rakyat berkuasa. ~selangorku

No comments:

Post a Comment