Sambutan Valentine's Day Cemari Hotel Milik MUIP
Pada awalnya MUIP mendakwa Hotel MS Garden akan diubah corak menjadi "Hotel Islamik" yang menerapkan nilai-nilai Islam samada dari segi pentadbirannya atau pun sahsiah rupa diri para pekerjanya.
Malah, MUIP juga dilihat telah menutup sebuah pusat hiburan di hotel
terbabit dan kini dijadikan galeri santai untuk anak muda. Namun, apakah
ia cukup untuk menyakinkan orang ramai?. Sedangkan pengurusan dan
pentadbiran hotel berkenaan masih dikekalkan.
Bukanhkah hotel seperti
itu akan menjadi destinasi maksiat kepada mereka yang berkenaan
terutamanya pada musim cuti umum. Ini adalah lumrah dan MUIP tidak boleh
menafikannya. Malah, ada maklumat mengatakan pusat urut yang terletak
di hotel berkenaan masih beroperasi seperti biasa. Pernahkah pegawai
MUIP memantau perkara ini?. Begitu juga acara hiburan dan sosial yang
melibatkan percampuran lelaki dan wanita, kini ia seolah-olah ditutup
mata oleh MUIP. Terbaru, dilaporkan satu acara maksiat sempena Valentine' Days akan diadakan di Hotel MS Garden Kuantan pada 14 Februari
ini.
Apakah pegawai MUIP tahu semua ini Atau mereka terpaksa
membenarkannya bagi menarik perhatian pelanggan?. Difahamkan, jemputan
khas ke acara berkenaan yang dikenali sebagai "Enchanting Valentine" sudah pun diedarkan. Acara bermula jam 7.00 malam itu akan diadakan di Bilik Penthouse, Tingkat 12 hotel terbabit. Bayaran untuk satu pasangan "per-couple" ialah RM380. Dengan tema "Spend Your Valentines In One Of The Most Romantic Exclusive Place Here ...",
setiap pasangan akan disajikan dengan empat course set dinner (jamuan
makan malam) untuk dua orang dengan alunan muzik instrumental, bunga,
coklat dan hadiah istimewa lainnya.
Paling menarik, logo "halal" juga tertera pada kad jemputan berkenaan. Ini bermakna promosi yang diadakan adalah untuk mengajak sama seberapa ramai pasangan muda mudi anak Melayu Islam ke program tersebut sebenarnya. Bukankah umat Islam diharamkan menyambut Valentine's Day. Maka itu, ke mana perginya panel syariah MS Garden yang sepatutnya memantau perkara ini bagi pihak MUIP. Apa yang akan berlaku ini sungguh mengejutkan kerana MUIP mendakwa MS Garden akan ditukar wajar kepada hotel Islamik. Jika ini keadaanya, maka tidak guna dinamakan hotel Islamik kerana ia boleh mengelirukan orang ramai. Selepas meraikan acara ini, sudah pasti ramai pasangan akan "check in" di hotel tersebut untuk adengan seterusnya. Tambahan pula dikala perasaan cinta yang membuak-buak akibat program berkenaan. Bukankah ia akan menggalakkan aktiviti maksiat yang lebih parah lagi .

[Maka
dengan pendedahan ini, diharapkan pihak MUIP dapat mengambil iniseatif
sewajarnya untuk membatalkan acara tersebut dan bukan sekadar melarang
pasangan Melayu Islam untuk hadir. Ia selaras dengan konsep hotel
Islamik yang diwar-warkan oleh MUIP selepas mengambil alih hotel
tersebut secara rasmi Jun tahun lalu. Kini rakyat Pahang sudah celik
mata dan berani menegur untuk membawa kebaikan kepada semua pihak.
Malah, ada juga yang hairan kenapa Pusat Kutipan Zakat Pahang hanya
bertindak untuk mengutip zakat sebaliknya satu sen wang zakat mereka
tidak boleh agihkan kepada asnaf yang memerlukan. Mereka bekerja keras
untuk menggalakkan umat Islam seluruh negeri ini keluarkan zakat, namun
jika duit tersebut diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu sudah
pastilah hati kecil mereka hancur luluh dibuatnya. Puluhan juta wang
zakat dikutip setiap tahun akan diserahkan kepada MUIP untuk
menguruskannya. Namun, jika MUIP gagal menguruskan secara baik sudah
pasti umat Islam takut untuk keluarkan zakat dan akhirnya memberikan
zakat secara peribadi kepada asnaf-asnaf yang memerlukan satu hari
nanti. Perkara ini haruslah diberi perhatian sewajarnya oleh MUIP. Jika
selama ini segala pergerakan dan apa yang dilakukan tidak pernah diberi
perhatian atau ditegur oleh mana-mana pihak, maka kini tibalah masa
rakyat untuk bangkit menegur. Apapun segala teguran itu adalah untuk
kebaikan agar MUIP dipandang mulia disisi masyarakat serta umat Islam].
No comments:
Post a Comment