Sejak akhir-akhir ini bertambah risau benar Tun Mahathir akan kemungkinan Barisan Nasional tumbang pada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13
Malah dalam entry yang dulu, aku ada tulis mengenai kerisauan Mahathir hingga menganggap pakatan akan cuba menghidupkan kembali Akta ISA untuk menghumban pemimpin BN yang tidak diskai oleh pakatan.
"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila
berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat
persendirian boleh berlepas."
Aku tak tau sama ada cerita ini relevan atau tidak, tapi bila aku tengok
drama atau filem aku teringat pada kisah politik seperti yang aku
cerita kat atas.
Kalau ada seorang manusia yang buat salah seperti membunuh ke, mencuri
ke, dia pasti akan dihambaat rasa bersalah dan rasa takut yang amat
sangat. Malah dia akan rasa seperti "diburu" siang dan malam. Tidur
malam pun termimpi-mimpi.
Itu seperti yang diterjemah dalam siri drama atau filem. Dalam realiti
politik, orang kata kenapa beriya-iya benar nak mempertahankan sesuatu
dan cepat benar untuk menuding pakatan akan menyumbat mereka ke dalam
penjara?
Macam ada sesuatu yang terselindung hehehehhee hanya mereka sahaja yang tahu.
Agak-agak kenapa UMNO beriya-iya sangat ingin mempertahankan putrajaya?
No comments:
Post a Comment